CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5186|Reply: 38

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Lepas 14 Hari Hilang Di Mekah

[Copy link]
Post time 31-3-2023 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Jemaah Malaysia, Rosli Salleh, 62, yang dilaporkan hilang di Mekah ketika mengerjakan umrah pada 10 Mac lalu telah meninggal dunia.


Perkara itu dimaklumkan anaknya sendiri, Muhammad Farid Rosli menerusi hantaran terbaharu di kumpulan Facebook, Group Umrah semalam.




Rosli Salleh yang dilaporkan hilang di Mekah ketika mengerjakan umrah pada 10 Mac lalu telah meninggal dunia




“Assalamualaikum. Update (laporan) terbaharu, kami sekeluarga telah menjumpai ayah (Rosli) kami. Beliau telah meninggal dunia di sana (Mekah).


“Kami mohon tolong doakan untuk kesejahteraan ayah kami di sana, mohon kebaikan untuknya di akhirat dan semoga kami semua akan disatukan di syurga kelak. Amin Insya-Allah,” katanya.


Dalam pada itu, Muhammad Farid turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama membantu dalam misi pencarian bapanya itu.







“Kami sekeluarga mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.


“Kami juga ingin berterima kasih atas segala pertolongan dan doa yang diberikan sepanjang pencarian ini. Terima kasih. Mohon jangan tanya tentang detail (terperinci), cukup di sini sahaja,” ujarnya.


Terdahulu, Muhammad Farid meminta bantuan orang ramai untuk mengesan keberadaan bapanya apabila gagal dihubungi sejak 17 Mac lalu ketika mengerjakan ibadah tersebut secara bersendirian tanpa ejen.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Al - Fatihah.. DIY kan dia p mekah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya la umrah diy umur2 cmtu.. mekah tu mencabar. X kena gaya mmg akan tewas
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mcmn blh jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 09:52 PM | Show all posts
Innalillah.Semoga Allah mengampuni dosa2 arwah dan ditempatkan bersama2 para sollihin. Aamiin.

BTw, mana ada sebut 14 hari. Anak arwah cari daripada 17/3 dan semalam 30/3 dia upload yang bapa dia telah dijumpai tetapi telah meningal.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 10:01 PM | Show all posts
ni yang mana ni? bukan yang anaknya hafiz quran dari syria ke ape haritu kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2023 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 31-3-2023 09:52 PM
Innalillah.Semoga Allah mengampuni dosa2 arwah dan ditempatkan bersama2 para sollihin. Aamiin.

BTw, ...

Kes org hilang yg ni paling trajis. Dah la DIY patu meninggal.
Kes sblom ni acik umo gini gak tp pegi dgn TA...syukur jumpa wpon byk hari.
Yang lagi 1 muda lagi ustaz umo 49...ni x jumpa2 lagi. Lama dah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 10:11 PM | Show all posts
makita replied at 31-3-2023 10:08 PM
Kes org hilang yg ni paling trajis. Dah la DIY patu meninggal.
Kes sblom ni acik umo gini gak tp  ...

Ohh ada lagi yang hilang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 31-3-2023 10:11 PM
Ohh ada lagi yang hilang?

Ada..seingat meols yg ustaz tu lom jumpa. Tp kes yg atas ni ank dia x bgtaw detail lak. Jumpa kat mana..meninggal bila. Sbb si anak ni siap mintak sapa2 pegi umrah mintak tgok2 kan barang2 bapak dia kat penginapan terakhir seblom hilang. Tup tup lepas tu kata bapak dia dah ninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 10:21 PM | Show all posts
Apa khabarnya Cikgu Mustapha Kamal yg juga diberitakan hilang ketika umrah kemaren.
Dah jumpa ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam gambar atas ni arwah pakcik yg hilang di Mekkah tu? Ada iras2 papa ex tunang anju
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
unguaurora: Bahaya la umrah diy umur2 cmtu ...


maksudnya mcm mana? tewas sebab penat ke ape? jd meninggal kt tepi2 jalan ke mcm mana? sory mcm xleh imagine pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 04:51 AM | Show all posts
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:41 AM | Show all posts
"...Mohon jangan tanya tentang detail (terperinci), cukup di sini sahaja,”

ayat yang jadi kemarahan acik2 bawang forum
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-4-2023 07:41 AM
"...Mohon jangan tanya tentang detail (terperinci), cukup di sini sahaja,”

ayat yang jadi kemaraha ...

mmg la...masa nak suh cari beria2 minta tlg itu ini. ujung2 dah jmp cukup smpai sini saje infonya

tp sbbkan pakcik ni hlg&meninggal di mekah dan dibulan ramadhan iols bias biar la info tu utk sedara dia je. nati kalau persoal dikecam plak kiri kanan

semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 08:18 AM | Show all posts
syamzana replied at 1-4-2023 07:49 AM
mmg la...masa nak suh cari beria2 minta tlg itu ini. ujung2 dah jmp cukup smpai sini saje infonya: ...

at least dia tak kata mohon jangan speku macam polis biasa buat. So, gelanggang masih terbuka la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 31-3-2023 10:21 PM
Apa khabarnya Cikgu Mustapha Kamal yg juga diberitakan hilang ketika umrah kemaren.
Dah jumpa ke bel ...

oh ni org lain. igtke ini yg cikgu mustapha kamal
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
OyenLemas replied at 1-4-2023 01:45 AM
maksudnya mcm mana? tewas sebab penat ke ape? jd meninggal kt tepi2 jalan ke mcm mana? sory mcm xl ...

Sesat mungkin , terpisah dr kawan kawan.Tak jumpa jalan nak balik ke hotel.Kad hotel , nama dan alamat hotel atau tempat tinggal pun tak ambik. Dah fon pun takde line. Kalau tersilap keluar pintu masjid memang akan hilang arah sbb masjidil haram sgt besar dan pintu semua nampak sama je. Kalu duduk dirumah yg disewa memang lagi susah nak cari.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 05:31 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 1-4-2023 07:41 AM
"...Mohon jangan tanya tentang detail (terperinci), cukup di sini sahaja,”

ayat yang jadi kemaraha ...

Mohon jangan tanya tentang detail (terperinci), keluarga kami perlukan privasi,


ayat yang boleh menaikkan darah iols
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.474587 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list