View: 1851|Reply: 26
|
Bapa Maut Selamatkan Anak Hampir Lemas Mandi Di Sungai
[Copy link]
|
|
KEMAMAN – Seorang buruh sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan anak lelakinya yang hampir lemas di Lubuk Tapeng, Sungai Kemaman berhampiran Kampung Air Putih di sini kelmarin.
Mayat Mohd. Mirwan Mohd. Remli, 40, ditemui pada pukul 10.23 pagi semalam kira-kira 16 jam selepas hilang dibawa arus deras sungai berkenaan.
Menurut isteri mangsa, Haryati Sulaiman, 36, berkata, luluh hatinya melihat kesungguhan suaminya yang mahu menyelamatkan anak mereka, Muhammad Zafran Aidil, 12, yang hampir lemas di lubuk tersebut pada pukul 1.45 tengah hari kelmarin.
Foto: Kosmo
“Kami sepatutnya pulang ke rumah di Kampung Batu 9, Ibok di sini selepas suaminya selesai memancing, tetapi dia tidak sampai hati melihat anak-anak masih belum puas mandi sungai.
“Tidak semena-mena anak kami (Muhammad Zafran Aidil) dihanyutkan arus hingga ke tengah sungai. Suami bingkas terjun untuk menyelamatkan Muhammad Zafran,” katanya kepada Kosmo.
Cerita Haryati, pada mulanya, suaminya dapat memaut badan Muhammad Zafran Aidil dan membawa anak mereka ke tebing sebelum dia pula dilihat kepenatan.
“Saya nampak suami tercungap-cungap sebelum tenggelam dalam sungai. Anak kami pula sempat berpaut pada dahan sebatang pokok yang terdapat di tebing sungai tersebut.
“Saya segera berlari meminta pertolongan daripada penduduk kampung sebelum pihak berkuasa sampai tidak lama kemudian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan memberitahu, mayat Mohd. Mirwan yang merupakan buruh ditemui kira-kira 30 meter dari lokasi terakhir dia hilang.
Mayat lelaki itu timbul di permukaan air selepas pasukan mencari dan menyelamat melakukan teknik kocakan air dengan olakan bot.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Btw, teknik kocakan air tu mcm mana ye |
|
|
|
|
|
|
|
Ameen.
Teknik tu kan u, dia mcm pusing2 bot tu banyak kali di satu kawasan setempat..pastu nanti kocakan tu buatkan dasar sungai naik, tu yg boleh timbul mayat yg tenggelam. u google kat youtube ada, haritu i tgk kat FB mcm mana Bomba/Penyelamat buat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Kasih seorang bapa. Semoga bertemu di syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
riwayat daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ
Maksudnya : “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah.” Riwayat al-Bukhari (2829) dan Muslim (1914)
Di dalam riwayat yang lain bahawa Baginda SAW bersabda :
مَن قُتِلَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في سَبيلِ اللهِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في الطّاعُونِ فَهو شَهِيدٌ، ومَن ماتَ في البَطْنِ فَهو شَهِيدٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang dibunuh di jalan Allah ialah orang yang syahid, sesiapa yang mati kerana taun juga ialah orang yang syahid dan sesiapa yang mati kerana penyakit perut juga ialah orang yang syahid.” Riwayat Muslim (1915) Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Kasih bapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah, salam takziah buat family ni. I harap si anak tak salahkan diri sendiri atas kematian bapa. Kesian sangat takut membesar sambil salahkan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
Salam takziah |
|
|
|
|
|
|
|
ainonymous replied at 28-2-2023 10:57 AM
Ameen.
Teknik tu kan u, dia mcm pusing2 bot tu banyak kali di satu kawasan setempat..pastu nanti ...
I see.. thank you kaka. Jap lagi nak tengok dkt youtube. Nah munge |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga keluarga tabah menghadapi ujian dari Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja: Innalillah, salam takziah buat ...
Semoga fam yg lain pun xde yg mulut hazab la dok berckp je.. bagi positive vibes ckp yg baik-baik jauh lg perjlnan hidup ank-anK ni.
Semoga dipermudahkn urusan mereka sekelurga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu sedihnya. Besar kasih sayang bapak |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirojioun |
|
|
|
|
|
|
|
First sekali aku x faham knp benarkan anak2 mandi di sungai yg bahaya mcm ni....
Apa pun innalillah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih nya baca hilang ketua keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kpd keluarga. Moga tabah |
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan reflex seorang bapa. It's not like dia sempat berfikir nak assess the risk.
The boy could have a full life ahead to look forward to tapi abang ni pun tentu belum puas hidup plus mouths to feed.
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah...sedihnya...moga Allah bagi kekuatan untuk keluarga nie...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|