CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4078|Reply: 75

Tiga Bulan Terpisah, Oyen Dah Tak Kenal Tuan- Tiada Kuku, Kuku Pecah, Badan Luka, Mata Kanan Hampir Buta Dan Selesema

[Copy link]
Post time 16-2-2023 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Nor Hafiqah Rosli ditakdirkan bertemu semula kucing kesayangannya, Oyen selepas tiga bulan terpisah.


Dia yang sering menangis sejak kehilangan kucing jantannya itu bersyukur menemuinya semula
di Pasar Awam Tikam Batu, di sini yang tidak jauh dari rumahnya pada Khamis minggu lalu.




Foto: Harian Metro




"Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja di Pulau Pinang dan ternampak seekor kucing seperti Oyen.


"Saya perhatikan kucing lain berebut ikan tetapi Oyen tengok saja.


"Kebetulan, Oyen tidak makan ikan mentah dan ketika itu, terdetik di hati saya yang kucing dilihat adalah Oyen.


"Cuma, saya tidak dapat berhenti dan turun daripada kereta ketika itu kerana perlu segera ke tempat kerja jadi simpan niat datang semula dengan berharap Oyen masih ada," katanya.




Foto: Harian Metro







Mengenangkan Oyen, Nor Hafiqah datang semula ke pasar awam berkenaan dua hari kemudian untuk mengenal pasti sama ada ia adalah kucing peliharaannya atau sebaliknya.


"Sampai di situ, saya dekat dengan Oyen dan cuba panggil namanya namun tiada respon malah dia tidak mengiau seperti selalu.


"Saya cuba tengok betul-betul mukanya dan sah, memang Oyen cuma keadaannya tidak seperti dulu iaitu tiada kuku, kuku pecah, badan luka, mata kanan hampir buta juga selesema.


"Memang sedih melihatnya malah ketika pertama kali nampak dia di pasar lagi saya sudah menangis. Tanpa berlengah, saya terus bawa pulang ke rumah dan keluarga pun yakin itu Oyen," katanya.


Menurut Nor Hafiqah, dia bersyukur kerana jumpa semula Oyen yang dipelihara sejak kecil iaitu hampir enam tahun lalu bersama seekor lagi kucing betina diberi nama Gemok.


Katanya, dia kerana sudah puas dan merata tempat di sekitar rumah serta berhampiran dia pergi untuk mencari Oyen namun tidak ditemui.


"Ketika hilang, ramai cakap kucing saya itu sudah tiada tetapi naluri saya mengatakan Oyen masih hidup cuma tidak tahu di mana.


"Oleh kerana itu, saya teruskan mencari malah puas sudah saya pusing satu kampung, masuk ke hutan dan pergi rumah jiran untuk cari Oyen tetapi tak jumpa.


"Setiap hari juga saya menangis kerana fikirkan Oyen namun hanya mampu berdoa supaya Oyen selamat tetapi akhirnya dapat jumpa ibarat jodoh saya masih panjang dengannya," katanya.


Nor Hafiqah berkata, perkongsian video di TikTok dibuat sekadar untuk menyimpan memori berjumpa semula dengan Oyen.


"Selain jadikan kenangan, ia juga bertujuan memberi motivasi kepada mereka yang hilang haiwan peliharaan supaya tidak putus asa untuk mencari.


"Alhamdulillah, penerimaan di TikTok amat baik malah ramai beri kata semangat kepada saya di ruangan komen," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jumpa kat pasar tu
Makna kata ada orang buang situ
Kemungkinan jiran
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalo cacat camtu, takleh ke bunuh je... seksa hidup
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Jiran kau yg buang tu sis. Kucing iols pun iols tak bagi keluar sgt melainkan iols ada bersama. Alhamdulillah kucing iols kencing berak dalam toilet betul2 dekat lobang tandas tu. Tinggal nak flush jah & tak berbau. Bukti ramai je dtg rumah iols siap belikan kucing iols wetfood lagi.
Dan kucing iols nama Oyen jugak. Gemuk dah heshe. Anak buah iols ambik masa mata tak bukak lagi. Nasib baik kucing betina iols nak jaga oyen iols tu. Iols pernah saje cakap dekat mak iols "buang je la Oyen ni, nakal sangat. Nanti orang taknak datang rumah". Mak iols cakap "biar tak datang, boleh rehat. Janji jangan pisahkan mak dgn oyen. Mak sayang oyen".
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:22 AM | Show all posts
next time jaga ler btl2 apa2 haiwan yang kita bela...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:35 AM | Show all posts

Pengalaman iols yg pernah bela kucin yg banyak, berani cakap itu bukan kucin dia.  Kucing ni kau campak jauh pun dia boleh balik sebab bau tu.  Kalau pasar tu dah dekat area2 rumah, easily dia boleh jumpa rumah balik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2023 11:45 AM | Show all posts
Samerosie replied at 16-2-2023 03:35 AM
Pengalaman iols yg pernah bela kucin yg banyak, berani cakap itu bukan kucin dia.  Kucing ni kau ca ...

kucing iols dulu pon pernah hilang tak balik 2 weeks rupanya dia menyorok kat rumah member abg iols. lorong sebelah. mak kawan abg iols tu kata seminggu dah kucing tu duduk rumah dia, tapi tamau makan minum. abg iols masa tu pergi kutip dia balik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Are you sureeee tu Oyen chuolsss. 3 bulan tu kejap je, takkan dia dah tak ingat nama dia. At least mesti ada memori tu sikit2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by becir at 16-2-2023 01:13 PM
Samerosie replied at 16-2-2023 11:35 AM
Pengalaman iols yg pernah bela kucin yg banyak, berani cakap itu bukan kucin dia.  Kucing ni kau ca ...


Kucing akak I elok lari membawa diri duduk depan pintu mymydin yg about 200m from her house nakkan aircond..berapa kali dia dtg kutip kucing bertuah tu lari balik..dahla bebudak mynmdin siap kasi makan...sudahnya my sister biarkan je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:59 PM | Show all posts
kucing mana ada ingatan..sekejap dia sudah lupa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing tu nk cari betinna.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 03:08 PM | Show all posts
_blackbird replied at 16-2-2023 11:45 AM
kucing iols dulu pon pernah hilang tak balik 2 weeks rupanya dia menyorok kat rumah member abg iol ...

Mesti tak mau balik tu .. ada awaks tak pun cowoks kat rumah tu yg dia minat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 03:09 PM | Show all posts
becir replied at 16-2-2023 01:12 PM
Kucing akak I elok lari membawa diri duduk depan pintu mymydin yg about 200m from her house nakkan ...

Tu mmg tak nak balik kut hahaha staff mydin bagi makan lagi shedap.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
3bulan bukan 3tahun sampai lupa tuan.
Sedangkn kucing yg mak aku buang kt pekan pn gigih carik jln balik umah and yes,she came back home.
Haloooo..uncle iols p buang his pet turtle that little shit reti carik jln blk weyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 05:44 PM | Show all posts
i bela bertahun pun kalau dah ramai-ramai tu tak kenal jugak mana satu anak i..
lagi pulak yang gelap gelita takde marking apa pun kat badan..
siap i pernah tersilap hantar kucing lain gi klinik sebab i ingat kucing i..
masa tengok gambar kucing tu kat klinik tetiba i nampak ada white spot padahal kucing i memang gelap gelita selai bulu putih pun tak ada..
melayang rm500
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita tuan kucing jumpa balik kucing pun boleh masuk suratkabar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 05:57 PM | Show all posts
Samerosie replied at 16-2-2023 07:08 AM
Mesti tak mau balik tu .. ada awaks tak pun cowoks kat rumah tu yg dia minat.

dia tersesat rasa kena kejar anjing agaknya. kalau happy tunggu pakwe mesti laju makan minum kat rumah member abg i. ni mogok makan minum, dia sorok celah2 pokok je berhujan panas kat situ. mak member tu kata dia nak bila dia dekat kucing i lari sembunyi mcm tu. lepas kena kutip balik, ambik ko makan kebulur tak igt dunia pastu 2 hari tdo tak bangun2. sejak hari tu tak berani keluar rumah lagi kejar burung
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 06:02 PM | Show all posts
_blackbird replied at 16-2-2023 05:57 PM
dia tersesat rasa kena kejar anjing agaknya. kalau happy tunggu pakwe mesti laju makan minum kat r ...

Kesian dia.  Kitarang tak pernah la buang kucing tapi ada sekali kucing kena kidnap berhari2 tak balik.  Satu hari dia balik tapi mcm siap mandi berbedak bagai.  Siap ada loceng baru.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 16-2-2023 03:35 AM
Pengalaman iols yg pernah bela kucin yg banyak, berani cakap itu bukan kucin dia.  Kucing ni kau ca ...

Kalau kucing tu jenis baka susah nak cari
Teruja jugak la kata junpa semula.
Tapi kalau kata oyen. Oyen ni mata kasar
Semua sama. Merata rata tempat ada.

Mungkin dia punya rindu tu dah mengaburi
Mata dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 16-2-2023 11:09 AM
Jiran kau yg buang tu sis. Kucing iols pun iols tak bagi keluar sgt melainkan iols ada bersama. Alha ...

Terharu pula baca
#teammakKurex
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Bedah Siasat/Ulasan/Gosip Santai (Post #1 UPDATED)
kakasotongPasca Penceraian Fattah Amin: Edisi Beda
Views : 71092 Replies : 4106
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 47649 Replies : 368
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 129317 Replies : 1841
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 105502 Replies : 4297
‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’ – Pelancong China Kecewa Tiada Papan Tanda Bahasa Mandarin
Abahmung‘Taubat Tak Nak Datang Malaysia Lagi’
Views : 35020 Replies : 122
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 221946 Replies : 1766
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75849 Replies : 715
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 48444 Replies : 51
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 27265 Replies : 501
[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu, Chae Won Bin, Han Ye Ri ~ 11 October 2024
Rahah[MBC/Netflix 2024] DOUBT - Han Suk Kyu,
Views : 44273 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.101504 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list