CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3928|Reply: 57

Nak Pergi Makkah Balik Hari- Peniaga Kedekut Teruk! Jual Popia Goreng Angin, Inti 2 Urat Tauge

[Copy link]
Post time 16-2-2023 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pelanggan meluahkan rasa hampa apabila dia membeli popia goreng berintikan angin (kosong).


Video yang dikongsi oleh @sanusi_rashid Di TikTok itu menunjukkan bungkusan kulit popia dibuka perlahan-lahan dan cukup mengejutkan apabila di bahagian dalamnya boleh dikatakan hampir tiada inti.


Foto: Tiktok




"Orang jual (penjual) nak pergi Makkah balik hari. Popia kerepek sahaja. Zalim orang jual sekarang," tulisnya pada ruangan kapsyen.


Menerusi video itu, jelas kelihatan makanan itu nampak bersaiz besar kerana dibalut dengan kulit popia yang tebal.


Difahamkan popia itu berharga RM1 sebiji dan di dalamnya hanya mempunyai dua urat tauge.







"Kayalah penjual. Seringgit satu batang ni. Kerepek (kulit popia) sahaja seringgit. Sayur dua urat sahaja. Zalimlah penjual," katanya.


Melihat kepada popia yang dijual, peniaganya seolah-olah hendak mengaut untung lebih dengan menjual hidangan yang tidak masuk akal.


Peniaga tersebut juga dikatakan telah melanggar 'hukum' resepi popia goreng yang sepatutnya mempunyai inti mencukupi .


Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menganggap penjual seperti ini tidak ikhlas dalam berniaga.


"Sabar abang. Nak buat macam mana. Ramai yang berniaga macam ni sekarang. Jenis yang berniaga tak nak keberkatan.


"Lepas ni tak pergi beli dah la. Kalau lalu mungkin akan jeling sekali tuan kedai dan siap geleng kepala. Kalau sayalah," demikian antara komen netizen.


Ada juga netizen yang berkongsi pernah berdepan pengalaman sama seperti pengguna TikTok berkenaan.


"Anak saya pun terkena macam ni juga abang. Seringgit sebiji. Rasa terkejut juga. Buat aniaya orang macam ni.


"Saya pernah terkena juga macam ni. Sekali kena tak beli dah lepas tu.


"Sekarang nak cari popia ada tauge pun susah. Banyak sayur kobis dengan lobak merah sahaja," kongsi beberapa netizen. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak beragak kan..
Iols pung suka popia...ada skali TU beli dah masam
Sanggup iols patah balik...hahaha....nak duit balikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 09:56 AM | Show all posts
nampak juga dia bubuh inti lain tapi ya ampun taugeh tu 2 urat je ke???
takkan la sebab takut basi jadi peniaga bubuh banyak tu je...

btw popia dia nampak liat dan tak sedap, air cicah tu pun nampak haukkkk... rela lagi hakak beli tempat lain dikk dah alang2 kena bayar sehengget... kalau ada yang beli sampai 10 pcs, elok lah ko pergi kfc je dik beli dinner plate...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 09:58 AM | Show all posts
ni biasanya yg menege gini org luar/indon. bagi diorg inilah masanya kita tekan kaw2 org malaysia yg kaya raya. bengong..tu jual goreng pisang kt tepi jalan 1 keping 30 sen dibelah2. tak caya cuba korg dengar dia ckp. haritu beli popia kt giant ss13 padat mantap isinya tu org sini buat betul kuah pun bukan cos tomat diorg tu.

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by limesherbet at 16-2-2023 10:09 AM

Ape² makanan kalau nak sedap & sihat memang kene masak sendiri di rumah......homemade is the best, taste wise...kesihatan..bersih..garam gula boleh adjust...tak letak MSG...minyak tak guna byk kali.

Popiah buat sendiri boleh letak banyak inti. Makanan² luar ni mereka letak MSG, tak bagus untuk kesihatan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by limesherbet at 16-2-2023 10:18 AM
rospinki replied at 16-2-2023 09:58 AM
ni biasanya yg menege gini org luar/indon. bagi diorg inilah masanya kita tekan kaw2 org malaysia yg ...


Melayu pun sama sis. Haritu i beli goreng pisang bijan melayu....niece i nak rasa wantan goreng yg org tu jual juga.....wantan besar². Dah beli i try satu bukak nak tgk dalam rupanya dalam kosong takde inti langsung.....rupanya kulit wantan grg je. I expected ade inti walaupun sikit. Seketul rm1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2023 10:22 AM | Show all posts

Buat sendiri kalau nak puas. Tapi ye la, kadang2 nak relax, nak cepat. Tapi kena bersedialah kena macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:37 AM | Show all posts
sedapnya klu  dpt mkn drpd org yg  btl2 pandai buat popia..makan panas2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Pangkah terus la
Jgn beli lg
Aku certain makanan yg xmenepati piawaian aku, mmg lg sanggup buat sdr or kalau dah malas sgt mkn je benda lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak berkat berniaga macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa tahu cara buat popia sayur yg tak lembik. Hahahha. Iols buat mesti lembik. Emm pastu masin aduhh. ada tak resepi popia sayur confirm jadi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 01:53 PM | Show all posts
Aku pun beli biasa dpt yg mcm ni...mcm jgk beli sandwich...jd ny aku dh tak beli kedua2 jenis mknan ni...serik!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 01:56 PM | Show all posts
sori oot, knape kalau org jual harga mahal ke ape..
kene kaitkan dgn pegi mekah/haji blk hari?
kenot brain...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:24 PM | Show all posts
taugeh murah je
rm2 pun dapat banyak
apa jenis peniaga la
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:50 PM | Show all posts
popia ni memang antara makanan yang aku takkan beli dah, kalau kedai tak biasa or tak kenal

paling benci kalau dapat isi taugeh je
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 02:56 PM | Show all posts
limesherbet replied at 16-2-2023 10:15 AM
Melayu pun sama sis. Haritu i beli goreng pisang bijan melayu....niece i nak rasa wantan goreng yg ...

ye sistur..peniaga tak jujur bkan kira dari mana. kalu nk cari yg sedap pegi fc giant ss13



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2023 03:45 PM | Show all posts
Noraniza_Iblis replied at 16-2-2023 01:56 PM
sori oot, knape kalau org jual harga mahal ke ape..
kene kaitkan dgn pegi mekah/haji blk hari?
kenot ...

nak pergi haji makan cost belas2 ribu... kalau pergi balik hari means cost nya berpuluh ribu.. so meniaga jual harga yahudi sis, baharu tercapai hajat pergi mekah (aka umrah or haji) boleh balik everyday gitu.. hari ni tawaf, besok naik concorde balik, then pergi tawaf balik
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 03:48 PM | Show all posts
orang bodoh je niaga gini

nak untung cepat

berapa lama ko ingat boleh bertahan?

hujung2 meratap sendu melutut bantuan dengan gomen

masa ada peluang ko babi2 kan pembeli dengan kualiti macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 04:07 PM | Show all posts
beli kat supermarket jenama valuepak, isi dalam ada sengkuang dengan carrots, ada setengah kalau perisa ayam ada la isi ayam sikit2. shallow fry pun boleh kalau tak nak deep-fry fuhhh sedappp
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 16-2-2023 09:58 AM
ni biasanya yg menege gini org luar/indon. bagi diorg inilah masanya kita tekan kaw2 org malaysia yg ...

Amalkan jangan membeli digerai tepi jalan...beli dr peniaga yg kita tau.Mahal sikit pun tak kecewa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.079219 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list