View: 24589|Reply: 174
|
Anjat boboy....Nad Zainal tidak diizin suami beri kenyataan, video penjelasan akan dibuat
[Copy link]
|
|
Nad Zainal tidak diizin suami beri kenyataan, video penjelasan akan dibuat
NAD Zainal ketika ditemui wakil media di lokasi penggambaran telefilem Mendarat Di Syurga. FOTO Hairul Anuar Rahim
Kuala Lumpur: "Saya akan menjawab segala persoalan dan memberi pencerahan di media sosial bersama suami, Ungku Ismail."
Demikian kata pelakon Nad Zainal yang enggan ditemubual media buat kali pertama selepas keluar daripada hospital dan mendirikan rumah tangga.
Nad berkata, suaminya tidak mengizinkan untuk memberi sebarang kenyataan sebaliknya akan berkongsi segala persoalan menerusi video dalam masa terdekat.
"Ada perkara yang saya tidak boleh kongsikan. Dalam video itu nanti, saya dan suami akan jelaskan.
"Kalau boleh sebarang kenyataan saya mahu lakukan bersama suami. Kalau dia (suami) tiada, saya tidak mahu bercakap.
"Kami sudah buat perjanjian untuk menjelaskan segala persoalan bersama-sama," katanya.
Ditanya mengenai tindakannya yang memilih media sosial sebagai platform untuk memberikan penjelasan, Nad memilih mengunci mulut.
"No Comment for now (tiada komen buat masa ini)," katanya.
Terdahulu, kira-kira 10 media hadir untuk membuat liputan penggambaran telefilem Mendarat Di Syurga sekali gus meminta penjelasan daripada pelakon drama Cina Buta itu mengenai isu perkahwinannya, dana rawatan ketika dimasukkan ke hospital serta dakwaan yang mengatakan dia 'bergaduh' dengan beberapa rakan selebriti.
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail yang juga perkahwinannya buat kali kedua pada 23 Januari lalu.
Bagaimanapun, berita tentang perkahwinan itu hanya dikongsikan mereka kepada umum pada 29 Januari, kira-kira seminggu kemudian.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... jelasan-akan-dibuat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ugh, ni rupa terkini dia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dominan nampaknya UIA ni...sejenis manusia complicated
Jangan sombong2 ye...masa sakit, doa & derma rakyat malaysia ni lah yg diperlukan
Dah sihat walafiat, janganlah nak diva pula
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa sebenarnya yang sedang berlaku?
Dah kawen rasmi kan
Masih ada isu lain ke
Maap ler nanya
Jujur nih |
|
|
|
|
|
|
|
Moon face. Effect steroid |
|
|
|
|
|
|
|
KALAU dikira-kira, sudah tiga minggu pasangan pelakon sama cantik sama padan, Nad Zainal dan Ungku Ismail bergelar suami isteri.
Sejak diijabkabulkan pada 23 Januari lalu, pasangan ini tidak banyak membuka mulut bercerita tentang kebahagiaan mereka.
Cik Bunga intai-intai juga laman sosial mereka. Selain berkaitan kerja, pasangan itu juga banyak merakamkan penghargaan kepada pihak yang memastikan hari bersejarah mereka berjalan lancar
Sejak dibenarkan keluar selepas sebulan ditahan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Ampang, Cik Bunga tengok kesihatan Nad semakin bertambah baik.
Khabarnya, Nad juga sudah kembali ke lokasi penggambaran untuk telefilem terbitan Zeel Production, Mendarat Di Syurga yang turut dibintangi Syafiq Kyle dan Siti Saleha.
Ketika pasangan itu sedang mengecap bahagia, nampaknya ada pula cakap-cakap belakang mengenai mereka. Bukan mempertikai keputusan drastik mereka untuk bernikah.
Sudah sampai seru dan kedua-dua keluarga juga merestui, jadi apa ditunggu lagi? Cuma yang tidak enak didengar, ada pihak mengungkit mengenai kutipan yang dibuat ketika Nad menerima rawatan disebabkan pendarahan paru-paru sebelum ini.
Setahu Cik Bunga, sudah berbuih mulut Ungku Ismail menjelaskan ke mana wang kutipan itu disalurkan. Jadi, mengapa masih ada yang mempertikai?
Cik Bunga pun hairan, mengapa mereka begitu gigih hadir dengan pelbagai teori hingga majlis pernikahan pasangan itu turut dikaitkan.
Tidak baiklah buat spekulasi bukan-bukan. Lagipun, majlis perkahwinan Nad dan Ungku Ismail tempoh hari biasa-biasa sahaja. Tetapi, bagi mengelakkan salah faham, mungkin Nad dan Ungku Ismail boleh tampil beri penjelasan terperinci ke mana wang tersebut disalurkan.
Rasanya, itu lebih baik bagi mengelak segelintir pihak daripada terus membuat tanggapan tidak molek. Betul tak? Sekurang-kurangnya, tak adalah orang salah anggap dengan Nad dan Ungku Ismail.
Cik Bunga harap mereka tidak berterusan berdiam diri. Masa nikah tempoh hari punya susah nak angkat telefon dan jawab mesej bila ditanya rakan media.
|
|
|
|
|
|
|
|
Terpaling berlaki ke macammana sekarang ni? Nak caras tahta teratas Jahlop ke terpaling berlaki |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tulis isu bergaduh dgn beberapa rakan artis tu, gaduh dgn siapa? Taktau pun |
|
|
|
|
|
|
|
Amboii macam first time kawen pulak
Ke dari dulu memang gigih dengar kata sampai lupa kat rumah ada suami sebenar yg sah. Bila dia cerai? Cerai rahsia kawen rahsia ada apa apa ke |
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya retis2 ni mcm ni la. Bile sakit, terciduk or kesusahan, kemain mintak doa, mintak kesian, mintak sumbangan org ramai. Siap meronta cakap jasa dan pengorbanan menghiburkan anakbangsa dan peminat. Bila sihat, bila senang, jadi mcm ni la....puiiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Die on drugs kot.. Tu kesan steroid pun leh jd bgkak gtiew... But still i think laki die lyk blakon jer.. Kalu ckp xpnh nk menunduk.. Die la terpaling method brlakon haa... |
|
|
|
|
|
|
|
Entah laa.. Memang dari dulu tak berkenan dgn nad dan Ui ni... Belum nikah dah macam laki bini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa masalahnya kalau dia nak bincang dan umum sama-sama berdua?
Gitulah husband and wife.
Bukannya sorang ke hulu sorang ke hilir. |
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 12-2-2023 04:47 PM
Selalunya retis2 ni mcm ni la. Bile sakit, terciduk or kesusahan, kemain mintak doa, mintak kesia ...
Biasalah retis. Time susah minta doakan baik2.. Bila senang, huh |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dia sebelum ni ada kes pukul awek kan. Jenis baran jugak kan. Aku rasa perkahwinan ni pun xkan lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya Nabila huda pernah hint pasal 'kena block'.. masa ig story dia dgn geng dia...lebih kurang..ni muka muka2 kena block...geng radiusone pun....haha..adan uker... |
|
|
|
|
|
|
| |
|