CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3291|Reply: 30

"Tiada Pangkat Darjat, Bukan Kayangan, Jadi Anda Boleh Menghukum Saya Kerana Tidak Berhijab?"-Fasha Sandha

[Copy link]
Post time 9-2-2023 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Fasha Sandha meminta orang ramai tidak menganggap dirinya hipokrit hanya kerana dirinya berhijab ke majlis tertentu.


Fasha berkata, dia yakin ramai lagi wanita yang free hair (tidak bertudung) melakukan perkara sama sepertinya.


Foto: IG




"Dah lama tak tulis panjang. Hari ini rasa nak tulis bila terbaca komen 'hipokrit' dan 'nama pun pelakon' selepas posting saya mengenakan hijab ke majlis 'preview' berbuka puasa semalam.


"Bukan bererti mereka yang sudah berhijab boleh menghina kami sebegitu?


"Cuma jangan babitkan kerjaya saya, sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian," tulisnya di Instagram.




  



Dalam perkongsian itu juga, Fasha berkata, dia tidak perlu menjelaskannya satu persatu.


"Saya tidak perlu jelaskan satu persatu, kenapa itu, kenapa ini, sebab 'I don't owe any explanation to anyone accept to my family, my inner circle' dan Allah (saya tidak perlu menjelaskan kepada sesiapapun kecuali ahli keluarga dan mereka yang rapat)," tulisnya.




  



Dalam perkongsian itu juga, Fasha mengakui dirinya hanyalah insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan.


"Kerana saya tiada pangkat dan darjat, saya bukanlah 'level' (tahap) kayangan, jadi anda boleh menghukum saya kerana tidak berhijab?


"Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, ianya adalah kerjaya saya tapi bukan bererti saya milik masyarakat," tulisnya lagi.




  



Dalam perkongsian sama juga, Fasha mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya, keluarga, teman media, peminat sahabat yang berfikiran positif dan mendoakan yang baik-baik serta tidak pernah judge (menilai) dirinya.


"Untuk yang menghina pun, saya ucapkan terima kasih, nak hina berbakul pun silakan.


  



"Cuma jangan babitkan kerjaya saya, sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian," tulisnya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin membirah sejak berlaki muda[em:18:]
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pula rasa fasha lebih bagus sekarang berbanding dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:12 PM | Show all posts
level kayangan pun dikecam juga klu tak berhijab
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu kenapa eksplen jugak
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu- iols tak paham netijen yg sibuk nak mengjaga aurat retis2 ni. Ko jaga aurat anak2 femili ko dah la

Dua- si Pasah ni pon, pi layan nak respon2 dah kenapa lantak je laaa org nak komen apa pom. Mcm laa baru jadi retis sehari dua takkan tak biasa ngan kata2 org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2023 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Diamlah pasah..hobi tulis karangan tu dh blh simpan.tak perlu jelaskan ...abaikan komen komen tu..ko yg sendiri koyak dh kenapa.ngekk
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 01:38 AM | Show all posts
akak dulu masa free hair time gi masjid je pakai tudung tu pun ala2 sophia loren pakai shawl gitu

tp masa akak kecik2 dulu makcik2 elok je berpree hair hari balik mekah pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 02:42 AM | Show all posts

awak tu retis so mmg la kena hencap.budusss!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Free hair jela pasha selagi berlakon. Xsanggup aku tengok watak atas katil tp ber tudung
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
I pernah mkn buffet kat hotel ideas ni. Hotel baru yg cantik dan reasonable harga. Choice foods byk juga since perut bkn boleh masuk byk pun. Cuma parking scary.

Anyway, dah lama tak meroyan si fasha ni. Tak habis dgn darjat nye.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut dia diam jer. Memang susah nak mula pakai hijab ni. Biar dia slow2 pakai pi majlis ke apa...lama2 dah selesa baru terus pakai. Netizen pun semua benda nak control..ntah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 08:38 AM | Show all posts
pasa ni cam sian2 je hidupnya x mewah sbb lakinya aidil. sian ek. downgrade
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 09:58 AM | Show all posts
aku rasa Fasha bertambah baik dari dulu.. improve dari segala segi.. tgk kehidupan dia.. alhmdulillah ok, nmpk happy.. biasala klau org2 free hair pkai tudung ke majlis tertentu.. aku dulu pn camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:13 AM | Show all posts
yg dia pakai dress putih tu mmg daring la siap joget...meols tgk pun terfikir mak mertua sheol jehhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:25 AM | Show all posts
Edited by yum3 at 10-2-2023 10:30 AM
rosedemon replied at 10-2-2023 08:38 AM
pasa ni cam sian2 je hidupnya x mewah sbb lakinya aidil. sian ek. downgrade

kan. Aku macam  agak tkejut. dia blh pilih Aidil yg keja biasa2 sahaja.  Bos aku cter. 8 thn dulu Aidil  htr barang pejabat kpd bos aku. Dia ckap pada bos aku "Encik S.Lepas saya dah tak kerja company ni lagi,saya nak jadi retis dah "

hahahhaha Tergelak kami bila bos lakunan kan semula babak tu.
Now dia dah bjaya  jadi retis wlpun dah suam2 kuku.
Kira hebat lah dpt bini cantik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2023 10:36 AM | Show all posts
perkara yg kau tk payah ulas adalah perkara yg terang2 salah dan berdosa. bagi aku, baik diam jer sbnrnya bab2 aurat ni. mcm menegakkan benang yg basah. netizen ni tkde bias dan diskriminasi. sedangkan rosmah mansor rambut kembang dan tun hasmah pun kena kecam dgn rambut pelesu dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
rosedemon replied at 10-2-2023 08:38 AM
pasa ni cam sian2 je hidupnya x mewah sbb lakinya aidil. sian ek. downgrade

Tp dia nmpak bahagia. Dia takde la mewah sgt tp dia berduit jgk la. Takde la mesekin
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Pasah ni dia nmpak bahagia dgn laki muda dia..tp tulah kalau bole kurang2 kan la berjoget kt tiktok tu pasah oiii

gegar sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2023 10:41 AM | Show all posts
zuriey replied at 9-2-2023 06:31 PM
Makin membirah sejak berlaki muda[em:18:]

geli gak tgk terjoget2 dgn laki die tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109534 Replies : 6851
Diesel, petrol Malaysia dijual macam ‘air minuman’ di Selatan Thai
AbahmungDiesel, petrol Malaysia dijual macam ‘a
Views : 15945 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72968 Replies : 664
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 89217 Replies : 3456
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31644 Replies : 84
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37345 Replies : 26
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 26899 Replies : 28
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47117 Replies : 114
Bil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa Kongsi Pengalaman, PU Riz Tegas Tentang Nafkah Dan Tanggungjawab Keluarga
YgBenarBil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa
Views : 41595 Replies : 120
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 27720 Replies : 680

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.078076 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list