CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3046|Reply: 40

RM80,030 Lesap Angkara Panggilan Nombor Tidak Dikenali

[Copy link]
Post time 3-2-2023 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Dua wanita rugi lebih RM80,030 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan berkaitan penghantaran bungkusan mengandungi barang terlarang.


Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa masing-masing berusia 40 dan 41 tahun menerima panggilan daripada ahli sindiket yang menyamar pihak berkuasa pada 31 Januari dan 1 Februari lalu.


Katanya, kes pertama membabitkan seorang guru yang menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu mangsa ada menghantar satu bungkusan yang mengandungi barang terlarang.




Gambar Hiasan




"Talian itu kemudiannya disambungkan kepada polis dan dimaklumkan mempunyai kesalahan lain dan mempunyai satu waran tangkap ke atasnya.


"Mangsa yang ketakutan kemudian disambungkan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Datuk Aman dan memintanya membuat pindahan wang jika mahu kesnya diselesaikan.


"Mangsa membuat transaksi sebanyak tiga kali ke dalam akaun bank yang diberikan sehingga mengalami kerugian berjumlah RM59,980," katanya dalam kenyataan hari ini.


Ramli berkata, mangsa kedua yang juga peniaga makanan menerima panggilan daripada seorang pekerja syarikat penghantaran barang.


Katanya, mangsa diberitahu ada bungkusan pos tidak boleh dihantar kerana bungkusan terbabit mempunyai barang terlarang seperti kad mesin juruwang automatik (ATM), buku cek dan kad sim.


"anggilan mangsa disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan bercakap dengan seorang Sarjan sebelum disambungkan kepada pegawai berpangkat Inspektor.


"Mangsa diberitahu mempunyai kaitan dengan sindiket jenayah berat dadah dan pengubahan wang haram.


"Mangsa diminta untuk memberikan butiran akaun bank untuk siasatan dan mangsa membuat pindahan wang sebanyak enam kali transaksi kepada empat akaun yang berbeza sehingga mengalami kerugian RM20,050.


"Dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.


Ramli menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan panggilan yang tidak dikenali dan nombor telefon yang mencurigakan.


"Orang ramai juga dinasihati supaya terus merujuk kepada agensi yang berkaitan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya didakwa mempunyai masalah membabitkan agensi terbabit," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat dapat call dari "etiqa insurance takaful" nak dapatkan pengesahan berkaitan claim i yang dibuat bulan Jan baru ni...

Bila i cakap takde buat apa2 claim terus dia letak telefon...insurance kereta i mmg pakai etiqa pun tapi bukan takaful. Mengada betul.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la sekarang malas nak angkat nombor tak dikenali. Lagi2 kalau landline
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kes ni nk selesai pon xth la klau org kg kena tipu aku blh la percaya lg ni cikgu kot x tahu nk sedih ke idak skrng,aku dpt call sekian2 dr pos lhdn jnt hada hada mmg lambat lg aku nk layan
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 12:20 AM | Show all posts
Kalau tengah2 berforum aku dapat call dari scammer, aku pilih layan scammer.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak, memang kalau bercakap dengan scammer ni takde jalan keluar ke? Selalu dapat call dari mobile number, mesin bercakap claiming dari LHDN etc. tapi takdela nak dengar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2023 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 3-2-2023 05:08 PM
Selamat dapat call dari "etiqa insurance takaful" nak dapatkan pengesahan berkaitan claim i yang dib ...

Eh sama la..last week..i terus jwb eh i xde amik insurans tu. Terus org tu letak..huh
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
smlm dpt call ckp dari petisyen yg aku sign. punya la bolak balik ckp.. tetiba tanya alamat rumah aku pulak.
aku mtk depa email kan detail apa yg depa ndak.. sbb aku check dlm email tkde apa2 pulak dari ngo tu..
dah la satu kerja nk check acc bank hari2 kot duit lesap..
suara tu ppuan india yg tergesa2 bercakap. aku membayangkan dia pun kerja dgn sindiket scammer ni. tk capai target ke. bila baca yg polis ckp bkn nya kena culik n dipaksa pun jd scammer.. cuma nk kerja yg senang tp gaji nak byk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2023 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Abc246 replied at 3-2-2023 10:08 PM
Sebab tu la sekarang malas nak angkat nombor tak dikenali. Lagi2 kalau landline

Aku pun tak jawab no tak dikenali. Nak apa2 sila whatsapp dan perkenalkan diri. Kalau aku tak berpuas hati dengan jawapan,terus block.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru ni scammer call aku konon dari tol RNR tapah...tah apa kena mengena tol dgn aku....dia tanya ada apa yg dia boleh setelkan..aku kata mana aku tahu ko yg call aku...katanya aku ada guna tol ke..aku kata x de..ada guna touch n go ke tanya nya lagi..aku jawab x de...semua aku jawab x de...last dia kata boleh cik bv no IC dan nama penuh untuk dia semak...aku kata untuk apa aku bg ko kalau aku x guna semua tu...ko scammer ke apa aku tanya...dia kata  x pelah kalau x nk bg....terus dia putuskan talian

BONGOKKKKK
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 4-2-2023 07:41 AM
Baru ni scammer call aku konon dari tol RNR tapah...tah apa kena mengena tol dgn aku....dia tanya ad ...

Terbaik sisss..patutnya sis sekolahkan sammer Tu sampai scammer tu nangis insaf hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 4-2-2023 08:23 AM
Terbaik sisss..patutnya sis sekolahkan sammer Tu sampai scammer tu nangis insaf hahaha

Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia teruk x tolong rakyat...dia Video Call dgn i tunjuk sekitar tempat tinggal dia...mmg daif, tanah merah...rumah buruk...dia kata ni keadaan rakyat nigeria kebanyakan...aku kata kat dia balik ko tipu org lain, org yg kena tipu tu pun bukan kaya..ada yg bunuh diri sebab duit simpanan abis...dia kata dia rasa bersalah juga bila scammed org tapi dia kata tu je cara kebanyakan depa cari duit...

Aku kata ko x usah la bodoh sgt...buat la channel youtube boleh jd kaya raya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia  ...

Terbaikkkkk sis...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia  ...

Nigeria ni mmg rakyat dia pencuri.. selamba je bom paip2 negara diorg utk curi minyak... cer Google.. setiap tahun pun tak abis2 kejadian camtu...

Negara kaya minyak.. tp rakyat jahat
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia  ...

Hebatnya kak noor bole sekolahkan nigeria smpi dia dedahkan diri dia yg sbnr. Mesti kak noor ni bkn calang2 orangnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 4-2-2023 09:41 AM
Hebatnya kak noor bole sekolahkan nigeria smpi dia dedahkan diri dia yg sbnr. Mesti kak noor ni bk ...

Ala...mcm la nigeria tu nk dgr....pandaila hang cik marjerin ayat manis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 4-2-2023 09:35 AM
Nigeria ni mmg rakyat dia pencuri.. selamba je bom paip2 negara diorg utk curi minyak... cer Googl ...

Kerajaan depa mesti jahat tindas rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 10:18 AM | Show all posts
noor2 replied at 4-2-2023 12:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia  ...

Patut bagi tahu sekali, kenapa pemimpin tak elok, sebab rakyat nya pon tak elok, begitulah juga vice versa.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 4-2-2023 08:28 AM
Sis wira.i pernah sekolahkan nigerian scammer....dia kata dia terpaksa jd scammer sb kerajaan dia  ...

Tu pun antara skrip scammer jugak.pura2 miskin,susah,terdesak..acah tak bersalah.kalau ko layan lagi,silap2 melayang singgit dua sebagai derma jihad.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka ni pelik pulak. Kalau kaka dpt call dr scammer kaka suka! Kaka akan mainkan dia balik. Awal2 perbualan, buatlah mcm innocent bla bla bla. Kendian kaka akan mencelah, kau anak siapa hah? Mak bapak ko lahirkan ko bukan suruh buat kerje bodoh mcmni!! Hei! Bertaubatlah woi!! Rugi besar la kalau dpt anak penipu mcmni!!! Ke...kau tak terdeska takde duit nk beli aiskrim! Sori you alls. Kaka mmg gatal mulut. Tgn pun gatal nk jwb je kol scammer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.416499 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list