View: 2310|Reply: 46
|
Terengganu Ketatkan Undang-Undang- Wali, Saksi Terlibat Nikah Di Siam Boleh Didenda Dan Dipenjara
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU – Penduduk Terengganu perlu berfikir dua kali untuk berkahwin tanpa kebenaran termasuk di Thailand selepas pihak berkuasa agama negeri ini memperketatkan undang-undang berkaitan perkahwinan.
Mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017, bukan sahaja pasangan suami isteri yang bernikah tanpa kebenaran dikenakan hukuman oleh mahkamah syariah, malah wali dan saksi juga berdepan tindakan sama.
Hukuman denda RM2,000 hingga RM5,000 bagi setiap pertuduhan selain penjara maksimum tiga tahun dikenakan, jika sabit kesalahan.
Foto: Kosmo
Bagi perkahwinan tanpa kebenaran, mahkamah syariah boleh mengenakan denda keseluruhan sehingga RM33,000 kepada pasangan pengantin, wali dan dua saksi.
Hukuman ditetapkan Terengganu berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran itu adalah antara yang tertinggi di negara ini.
Ketua Pendakwa Syariah Terengganu, Wan Abd. Malik Wan Sidek berkata, pengantin lelaki berdepan sehingga empat pertuduhan, manakala pengantin perempuan dua dan masing-masing satu pertuduhan bagi wali dan saksi.
Menurut beliau, antara kesalahan yang boleh disabitkan untuk pengantin lelaki ialah akad nikah, berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran serta tidak melaporkan perkahwinan dalam tempoh dua bulan.
“Kesemua kesalahan itu di bawah Seksyen 37(1), Seksyen 125, Seksyen 126 dan Seksyen 32 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Terengganu) 2017 membawa hukuman denda RM2,000 hingga RM5,000.
“Pesalah lelaki juga boleh dipenjara sehingga tiga tahun,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.
Wan Abd. Malik memberitahu, pasangan wanita pula boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 32(2) dan Seksyen 125 enakmen sama.
Tambahnya, wali yang menikahkan anak mereka di Thailand boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 36 enakmen sama iaitu mengakad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 dan penjara sehingga tiga tahun.
“Saksi tempatan yang ikut serta dalam pernikahan di Siam juga tidak terlepas hukuman kerana bersubahat di bawah Seksyen 137 enakmen sama,” katanya.
Wan Abd. Malik menjelaskan, hukuman tinggi yang diwartakan enam tahun lalu itu bertujuan untuk menghalang pasangan di Terengganu bernikah tanpa kebenaran di luar negara.
“Perkahwinan yang suci di sisi agama termasuk poligami sepatutnya dilaksanakan secara tertib di negeri sendiri bagi mengelak implikasi negatif pada masa hadapan,” katanya.
Kosmo! 12 Januari lalu melaporkan denda yang rendah dan tidak langsung membebankan menyebabkan setiap pasangan yang ingin berumah tangga termasuk menambah isteri terus berani mengambil keputusan untuk berkahwin di Thailand.
Berdasarkan undang-undang di kebanyakan negeri, kesalahan tersebut hanya dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Allah kata buleh, kau pergi saman buat apa dek? Ini dah kira lawan allah ni dek. Tak takut neraka ke dek? |
|
|
|
|
|
|
|
ni baru sesuai dendanya. ada ke patut seribu sorg. |
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu kahwin .scandal je .dah susah sangat nak kahwin |
|
|
|
|
|
|
|
well done ganu... ada otak skit dorg ni.. takat denda seribu, celah gigi dorg je.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ambik package, sekali dengan wali dan saksi , apa ada hal... |
|
|
|
|
|
|
|
mana yang kaya tu, tak payah poligami,
baik simpan gundik jer kat kondo.
buat macam mamat nih, kasi sewa satu row kondo.
u can build your own harem, kasi penuh dengan gundik.
weeken buat orgy party
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus. Takde duit duduk diam2 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 19-1-2023 04:15 PM
forumer kat sini pun ramai ada anak pompuan,
majoriti tak suka dan menolak poligami kan.
one day jangan nanges di bucu katil,
kalau ada laki orang,
yang akan jadi kan anak pompuan korang sebagai gundik.
balasan cash pada sesapa yang menolak poligami,
maybe tak kena kat muka sendiri,
but one day akan kena kat anak pompuan korang
|
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 19-1-2023 04:13 PM
forumer kat sini pun ramai ada anak pompuan,
majoriti tak suka dan menolak poligami kan.
Jujurnya saya selalu tanya diri jika anak saya suka pada suami org. Apakah saya akan anggap itu takdirnya? Apakah saya akan halang? Selalunya bila kami jumpa salah satu tajuk perbualan, jangan rosakkan keuarga org lain. Elakkan rapat dengan suami orang. Jaga ikhtilat dalam bergaul. Macam2 lagi. Selagi boleh elak, kita elakkan… |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 19-1-2023 04:28 PM
bayang kan tidur bersama sama gundiks
alangkah indah nya donia
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 19-1-2023 04:48 PM
ramai jer pompuan sekarang ni yang aim laki orang.
dah suami orang memang terbukti lelaki berkualiti kan
dan kalau ada elak pun, akhir nya cair kena pujok dgn laki orang.
or kena tipu dengan status single, sampai dah tahap cintan maut tak boleh nak putus.
dapat laki yang baik, dia akan ajak kawin even poligami,
dapat yang spesis kaki betina, pompuan tu bakal jadi gundik sampai menopos.
aku ada beberapa kenalan yang jadi pompuan simpanan pada laki orang,
dalam forum ni pun ada
|
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 19-1-2023 04:13 PM
forumer kat sini pun ramai ada anak pompuan,
majoriti tak suka dan menolak poligami kan.
Aamiin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 19-1-2023 06:17 PM
terjumpa pulok masa tengah layan tiktok.
ajak bini mengeseks dia taknak,
bila ajak berubat, dia tak mahu.
tapi bila laki nak poligami bini tak bagi.
tanggung la dosa eks,
taknak layan suami satu hal,
suami selingkuh dengan gundik sebab bini taknak layan satu hal
|
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 19-1-2023 11:58 AM
Allah kata buleh, kau pergi saman buat apa dek? Ini dah kira lawan allah ni dek. Tak takut neraka ke ...
Hmmm ada betui apa hat hang habaq ni. Sangat masuk akai |
|
|
|
|
|
|
|
hukum Islam supercedes hukum manusia |
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 19-1-2023 03:24 PM
bayang kan tidur bersama sama gundiks
alangkah indah nya donia
Kat syurga nanti satu lelaki ada dua isteri dari dunia dan 70 bidadari. |
|
|
|
|
|
|
|
brego replied at 19-1-2023 05:11 PM
terjumpa pulok masa tengah layan tiktok.
ajak bini mengeseks dia taknak,
kat bod ngeseks sana macam2 hal ada pasal suami isteri tak ngam bab2 seks ni. |
|
|
|
|
|
|
|
macamana plk kalau nikah kat mesir, jordan, london, indon....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|