Sumber Facebook
Seorang pemuda berang apabila teman wanitanya dilemparkan dengan kata-kata berbaur lucah oleh seorang penghantar makanan.
Kata Yipin, lelaki tersebut mengeluarkan kenyataan 'Kalau kat Thailand ini perempuan sedap' ketika berselisih dengan buah hatinya menyebabkan wanita itu cuba bersemuka dengan 'rider' berkenaan.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Yipin Cheah, memaklumkan sudah membuat laporan polis bagaimanapun kejadian itu masih belum cukup untuk membuka sebarang kes ke atas 'rider' tersebut.
Sumber Facebook
Kecewa tidak dapat mengambil apa-apa tindakan ke atas perbuatan lelaki berkenaan, Yipin menyeru majikan 'rider' tersebut untuk meneliti kejadian kurang menyenangkan yang dialami oleh teman wanitanya.
Sumber FB
Menjengah di ruangan komen, ramai yang tidak berpuas hati dan jijik dengan sikap 'rider' tersebut apatah lagi ia dibuat oleh seorang lelaki yang lebih berusia.
Netizen berharap agar majikan 'rider' tersebut akan mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut. -CARI
Sumber FB
Sumber FB
Sumber FB
|