View: 18108|Reply: 306
|
Puteri Sarah tak henti-henti aib rumah tangga? Berlagak seperti mangsa pula
[Copy link]
|
|
PUTERI SARAH
Berlagak seperti mangsa pula – Puteri Sarah
PETALING JAYA – Kurang 24 jam selepas pengarah Syamsul Yusof ‘keluar dari gua’ berjanji mahu membuat pemdedahan tentang kemelut rumah tangganya dalam masa terdekat, isterinya, Puteri Sarah Liyana pula tampil dengan respons berbaur sinikal.
Tanpa menyebut nama mana-mana pihak, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan, terdapat individu yang akhirnya keluar dari persembunyian, tampil bersuara seolah-olah menjadi mangsa keadaan.
“Sudah keluar gua tetapi berlagak seperti mangsa pula. Tidak mengapalah, janji selesai.
“Bak kata orang, stay classy (kekal ada kelas),” katanya dalam satu perkongsian InstaStory hari ini.
Difahamkan, perkara tersebut dipercayai maklum balas kepada kenyataan pengarah filem Mat Kilau terbabit yang berjanji akan memberi penjelasan tentang dakwaan sudah beristeri dua.
Dalam hantaran berasingan, Sarah yang masih bercuti di Jepun itu menitipkan pesanan tahun baharu 2023 kepada kaum wanita agar bangkit menjadi lebih kuat dalam banyak hal berbanding lelaki.
“Tahun 2023, para isteri lebih daripada kaum lelaki itu sendiri. Heads up! (bangkit), kita semua kuat,” katanya lagi.
Pesanan tersebut dititipkan Puteri Sarah bersama tangkap layar perkongsian kisah rumah tangga berkisarkan pengorbanan seorang isteri dalam menghadapi kemelut rumah tangga.
Sejak awal tahun lalu, kisah rumah tangga pasangan berkenaan menjadi bualan hangat ramai selepas Puteri Sarah mendedahkan diganggu oleh orang ketiga.
Tidak tahan dengan gangguan tersebut, dia nekad memfailkan saman dan perintah injunksi kepada wanita tersebut.
Difahamkan, individu tersebut bakal diheret ke muka pengadilan pada Ogos depan.
Kemelut rumah tangga mereka semakin memuncak apabila Syamsul didakwa sudah bernikah di Selatan Thailand dengan Ira Kazar.
Syamsul menjelaskan dakwaan tersebut fitnah dan bertegas mahu mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta atas dakwaan menyebarkan maklumat palsu.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -pula-puteri-sarah/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tapi dia memang mangsa.
Digantung tak bertali.
Mangsa sebab dapat laki cam sol yang langsung tak jaga maruah martabat bini.
Sebagai ibu punyai anak anak yang bapak entah di mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kena mental torture selama 4 tahun. Dia mmg patut marah. Dia manusia. Bukan malaikat. |
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 replied at 1-1-2023 09:54 PM
Tapi dia memang mangsa.
Digantung tak bertali.
betul betul. setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Yang berlagak seperti mangsa dalam post PS kan ke SY.
Ko ni TT.
Ayat level wartawan CARI jgk ke dalam buat tajuk |
|
|
|
|
|
|
|
ini memang sarah lajakkan segala rasa seksa selama ni. dia macam dah sampai tahap - peduli apa hakuuu. haaa gituuu hahahahaha
takpe. nanti dia sampai tempoh bertenang dan kembali stabil. moga yang baik baik semua nya. insya ALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
gud luck ps..i ok jer ps nk meroyan kt medsoc..hati org tersakiti lain org lain caranya
acik porem tgu laki korg kena kacau lakk..handle ikut cara masing2..nk meroyan kt medsoc or tak terserah |
|
|
|
|
|
|
|
4 tahun nasib dia sbg isteri kena gantung, emosi kena ganggu, trigger factor kot utk dia meroyan. Ada ke org nak meroyan, merempan, kalau dia perlakukan dgn baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata acik2 porumer
Ira lebih classy |
|
|
|
|
|
|
|
Ps ni tgh bahagia and syg sgt kat laki dia mse mula2 rumahtangga kne kacau. Dulu dia sendu dia tak kisah pun sbb nmpk dia bahagia and rse hidup complete. Sbb tu skang sgala marah benci dendam sakit hati sume dihamburkan. Paling ksian kat ank2 dia. Bapak hidup lg. Blum becerai pun ngan mak. Tp pi holiday ngan mak je. Ingt ank2 tu tak terasa nk bapak ada skali ke? Benci btul aku ngan sol ni! Penyumbang dlm list jantan tagune kat malaysia! |
|
|
|
|
|
|
|
Sol tak buka lagi pekung di dada, berapa byk dah nak buka thread. 1 ig story 1 thread. Hanjinggggg |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tahu ke tidak maksud stay classy? |
|
|
|
|
|
|
|
Better ceraikan je this annoying woman
Mcm dia sorang bermadu |
|
|
|
|
|
|
|
Realpeople17 replied at 1-1-2023 11:45 PM
Ps ni tgh bahagia and syg sgt kat laki dia mse mula2 rumahtangga kne kacau. Dulu dia sendu dia tak k ...
Betul tu, nampak loving SY dgn PS ...sebelum ada penyondolan |
|
|
|
|
|
|
|
tahanie replied at 2-1-2023 12:24 AM
Dia tahu ke tidak maksud stay classy?
Di tujukan pada Sol kut |
|
|
|
|
|
|
|
bioessence replied at 2-1-2023 12:56 AM
Better ceraikan je this annoying woman
Mcm dia sorang bermadu
Dia merempan bukan sebab bermadu, sebab cara suami dan penyondol buat kat dia.
Penyondol asyik provoke dia, si suami tak mengaku, ignore dan beri silent treatment.
She has the right to know her position, she is his wife and mother of his children.
|
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 1-1-2023 10:24 PM
Dia kena mental torture selama 4 tahun. Dia mmg patut marah. Dia manusia. Bukan malaikat.
Setuju. Orang yang tak kena tak tau ya azab dia dan pedihnya hati. She is a victim. |
|
|
|
|
|
|
|
tahanie replied at 2-1-2023 12:24 AM
Dia tahu ke tidak maksud stay classy?
Sarcasm lah |
|
|
|
|
|
|
|
Yg konon classy classy ni,cuba suami pergi dating perempuan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
My colleague( anak dara) ikut another colleague ( lelaki yg sudah beristeri )ke sesuatu tempat konon utk berubat(.jumpa bomoh). Si lelaki tak beritahu isteri. Nasib malang ada sedara isteri terjumpa mereka, dan beritahu si isteri.
Habis lah my colleague kena maki hamun. Si isteri sampai call office, call kami2 ini nak tanya pasal kawan kami.
Di Facebook pun kena sindir, sampai my friend blocked the wife.
Itu belum si suami curang. Baru menemankan je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|