CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5209|Reply: 38

Pelajaran Tercicir

[Copy link]
Post time 12-11-2010 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Selamat pagi

Saya disini nak minta jasa baik anda semua untuk memberi idea kepada masalah ini.

Salah seorang ahli keluarga terdekat saya tercicir dalam pelajaran. Dia tidak lagi menyambung pelajaran selepas tamat UPSR.Only God knows why. Jadi kelayakan dia paling tinggi ialah UPSR sahaja.

Sekarang ni dia berumur 18 tahun dan kerja biasa-biasa sahaja di kedai makan. Pernah beberapa kali dia meluahkan rasa terkilan apabila orang lain sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Ini membuatkan keyakinan dia terhadap diri sendiri sangat rendah dan dia mengaku dia malu.

Jadi dia mengambil inisiatif untuk mengisi borang permohonan Giat MARA dalam bidang teknikal kereta sebab minatnya dalam kereta dan motorsikal. Dia pandai baiki kereta

Tapi saya risau,bagaimana kalau Giat MARA tidak menerima permohonan dia sebab kemasukan di sana adalah sangat terhad, 20 orang sahaja. Dia memerlukan back up plan. Saya tak mahu usaha dia terhenti di situ sahaja jika Giat Mara tidak menerimanya.

Adakah dia masih boleh mengambil SPM?Kalau masih boleh, adakah kelas yang layak seperti dia disediakan?

Saya dah semak sekolah persendirian namun kosnya terlalu tinggi, RM6000 1 tahun.

Saya hara anda disini dapat membantu saya dan mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2010 11:18 AM | Show all posts
cuba ambil SPM sebagai calon bebas. boleh ambil tuisyen bagi subjek susah macam math. yang lain2 ambil tuisyen by pos.

saya pernah jadi calon bebas untuk stpm. belajar sendiri guna tuisyen by pos. keputusan pun ok
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 11:47 AM | Show all posts
Reply 2# funz_universe


    sy pon ambik stpm calon bebas gak tahun depna... leh kongis tips ... sy ambik science
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 01:42 PM | Show all posts
erm..kalu xde pmr bole amik spm ker?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 02:22 PM | Show all posts
erm..kalu xde pmr bole amik spm ker?
norrah_joe Post at 12-11-2010 01:42 PM



   Haaaaaaa.....aku pun nak tanya soklan yg sama???takut2 kalau nak amik SPM sbg calon bebas memerlukan sekurang2nya lulus dalam PMR ....tak kisah la kan dr segi umur....

dan masalahnya....misal kata kene amik PMR dulu....adakah PMR boleh didaftarkan sebagai calun bebas mcm SPM???
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 02:37 PM | Show all posts
firstly...tahniah kat dia,sebab ader inisiatif nak majukan diri...dan pada pandangan saya,eloklah kame kol atau pegi pejabat mara yang berdekatan untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pengambilan pelajar nie...mungkin ckit sebanyak dapat membantu saudara terdekat kame utk pegi lebih jauh dalam bidang akademi...

www.giatmara.edu.my
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2010 02:46 PM | Show all posts
Haaaaaaa.....aku pun nak tanya soklan yg sama???takut2 kalau nak amik SPM sbg calon bebas m ...
medangmru Post at 12-11-2010 14:22


nak ambil spm xyah pmr, janji cukup umur nak ambil spm
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 02:49 PM | Show all posts
x semestinya masuk giat mara nak ambil kemahiran,
dia boleh pergi ikbn, ikm nak belajar kemahiran,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2010 02:56 PM | Show all posts
firstly...tahniah kat dia,sebab ader inisiatif nak majukan diri...dan pada pandangan saya,eloklah ka ...
lum_lum Post at 12-11-2010 14:37



    masuk giatmara just pergi giatmara tu ambil borang dan isi jer
    kalo nak masuk ikm barulah pergi pejabat mara ambil borang tu  
    jika nak pergi jauh dlm bidang akademik more better masuk ikm atau ikbn jer,
    sbb giatmara sampai situ jelah...


   



    p/s: dulu ak pernah belajar kt giatmara,
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 03:03 PM | Show all posts
Reply 1# kamehameha

1st.. congratulations.. sbb dia ader semangat utk maju..
2nd.. blh x bgtau lokasi & giatmara mn??

kalo midar blh tlg.. nanti midar tlg...
tp x janji la yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 03:25 PM | Show all posts
cuba ambil SPM sebagai calon bebas. boleh ambil tuisyen bagi subjek susah macam math. yang lain2 amb ...
funz_universe Post at 12-11-2010 11:18



    saya dah lama tak dengar kisah tuisyen gaya pos ni.awk mengingatkan saya kembali tentang ini.terima kasih ini 1 cadangan yang amat bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 03:28 PM | Show all posts
nak ambil spm xyah pmr, janji cukup umur nak ambil spm
B.K Post at 12-11-2010 02:46 PM



    camtu ...TQ for the info...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 03:31 PM | Show all posts
Haaaaaaa.....aku pun nak tanya soklan yg sama???takut2 kalau nak amik SPM sbg calon bebas m ...
medangmru Post at 12-11-2010 14:22



saya ade baca dalam 1 website http://sklaloh.kelantan.edu.my/daftarperiksa.htm ade syarat2 tertentu untuk ambil spm jika tiada pmr tapi saya tak tahu sama ada sumber ni boleh dipercayai atau tidak.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 03:34 PM | Show all posts
firstly...tahniah kat dia,sebab ader inisiatif nak majukan diri...dan pada pandangan saya,eloklah ka ...
lum_lum Post at 12-11-2010 14:37



    terima kasih atas kata2 semangat anda...saya pasti kata2 ni dapat menaikkan semangat dia.tempat saya ni agak terhad lah kursus giatmara yang ada jadi kami memang bersungguh-sungguh lah mencari tempat dan kursus yang sesuai.saya betul-betul berharap giatmara akan terima dia nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 03:35 PM | Show all posts
x semestinya masuk giat mara nak ambil kemahiran,
dia boleh pergi ikbn, ikm nak belajar kemahiran,
B.K Post at 12-11-2010 14:49



    ikbn saya kurang pasti,tapi ikm saya dah semak di internet.merek mahukan sekurang-kurangnya spm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2010 03:36 PM | Show all posts
masuk giatmara just pergi giatmara tu ambil borang dan isi jer
    kalo nak masuk ikm bar ...
B.K Post at 12-11-2010 14:56



    boleh tak awak kongsi pengalaman awak di giatmara?dan kenapa awak kata giatmara sampai situ sahaja?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2010 03:39 PM | Show all posts
Reply 10# midar


    terima kasih kerana kata-kata awak kami di kuching jadi dia dalam proses menunggu keputusan dari giatmara santubong.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 03:52 PM | Show all posts
boleh tak awak kongsi pengalaman awak di giatmara?dan kenapa awak kata giatmara sampai sit ...
kamehameha Post at 12-11-2010 15:36



    giatmara nie ada tahap 1 dan 2 jer, lepas hbs tu terus kerja.
    kebanyakan nya, member pas giatmara kerja lari drpada bidang,
    jika smbg ikm, x salah msk sem 1 balik, pengalaman kt giatmara,
    ok lah campur dgn bdk nakal, masuk pun sbb pas spm mals nk belajar
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 03:58 PM | Show all posts
ikbn saya kurang pasti,tapi ikm saya dah semak di internet.merek mahukan sekurang-kurangny ...
kamehameha Post at 12-11-2010 15:35



  nie iklan untuk ikbn, nak tamat tingkatan 5, adakah cukup umur boleh masuk   
  http://eikbn.gov.my/ikbnweb/public/Iklan12009.php?mid=2
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2010 03:59 PM | Show all posts
Reply 13# kamehameha


    boleh dipercayai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.069454 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list