CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2200|Reply: 26

Nampak Tenang Makan Nasi Berlauk Ketika Air Paras Dada, 'Ribut' Di Hati Siapa Yang Tahu

[Copy link]
Post time 20-12-2022 01:37 PM | Show all posts |Read mode
Saban tahun, masyarakat Pantai Timur perlu bersiap siaga menghadapi bencana banjir semasa Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh.


Selain mengikuti perkembangan pihak berkuasa, mangsa banjir turut berkongsikan perkembangan mereka di laman sosial.


Malah, baru-baru ini rakaman video seorang lelaki menikmati nasi bungkus berlaukkan ayam ketika banjir paras dada menjadi tular di TikTok.




Situasi banjir yang dialami oleh keluarga mentua Ameer.




Meskipun keadaannya nampak tenang dan bersantai, namun jauh di lubuk hatinya 'resah' memikirkan situasi pasca-banjir terutama kos membaiki barang yang rosak dan operasi pembersihan.


Rakaman suasana tersebut dilihat sesuai dengan lagu latar belakang yang digunakan, berjudul Tentang Siang, Malam dan Romantis yang popular di TikTok.


"Tenang, ribut jiwa, tiup awan minda dan bentangkan senja..." demikian antara bait-bait lirik lagu tersebut.





Berkongsi pengalaman kepada mStar, pemilik video berkenaan, Ameer Asyraf berkata, dia sudah lali dengan situasi banjir kerana setiap tahun perlu berdepan dengan masalah yang sama.


Bagaimanapun katanya, bencana yang berlaku di rumah mentuanya di Tanah Merah, Kelantan pada tahun ini agak teruk kerana paras air naik lebih tinggi berbanding sebelumnya.


“Kali ini memang tinggi sampai para yang dibuat untuk meletakkan barang turut terjejas.




Paras air banjir tahun ini dikatakan lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.




“Jika diikutkan pengalaman sebelum ini, air banjir tidak mencecah bahagian para... jadi barang-barang elektrik seperti peti ais, mesin basuh dan sebagainya dapat diselamatkan.


“Cuma perabot-perabot sahaja yang tidak sempat dipindahkan,” ujarnya yang menzahirkan syukur kerana kedua-dua mentua yang berusia lewat 60 tahun berada dalam keadaan selamat di pusat penempatan sementara.


Bercerita lanjut, dia hadir ke rumah tersebut bersama isteri dan abang iparnya bagi membantu memindahkan barang ke tempat selamat.


Meskipun kawasan sudah dinaiki air sehingga paras pinggang, namun mereka sekeluarga sanggup meredahnya sejauh dua kilometer.




Paras air banjir tahun ini dikatakan lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.




Menurut anggota tentera berusia 27 tahun itu, air mulai naik pada jam 6 pagi, Ahad.


“Nak gerak balik selepas angkat barang tak sempat sebab hujan masih turun yang menyebabkan air semakin naik. Keadaan pula gelap kerana aliran elektrik telah diputuskan lebih awal.


“Jadi, kami semua bermalam di rumah ini dan makan makanan kering sebagai alas perut. Petang Isnin barulah dapat keluar kerana air mulai surut walaupun cuaca masih hujan,” luahnya lagi.




Para yang dibina untuk meletakkan barang ketika banjir turut ditenggelami air.





Tambahnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, selalunya banjir yang melanda akan surut dalam tempoh satu atau dua hari namun bergantung pada situasi cuaca semasa.




Sumber: mStar






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 01:44 PM | Show all posts
tabahnya mereka menerima ujian
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Susahnya tiap2 tahun kena. Nak membuang macam mana la. Apa tak boleh buat kolam takungan banyak2 etc ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 01:53 PM | Show all posts
aku faham perasaan tak nak tinggalkan rumah..
tapi hat cicah roti air banjir tu mmg bodoe
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Org kelantan memang dah di didik untuk redha atas segala ujian. Senang kerajaan negeri tak payah buat apa2 utk rakyat pun masih di pilih. Tengok tinmok tu....enjoy jer makan2...karaoke....takde pun pikir pasal mak ayah kat kelantan hadap banjir besar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 02:29 PM | Show all posts
undi lagi pas..fitnah lagi UMNO....merasalah kamu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan tetap kena makan...
Takkan nak berlapar pula.kan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 03:17 PM | Show all posts
macam mana nak berak masa banjir ni ek?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 20-12-2022 03:17 PM
macam mana nak berak masa banjir ni ek?

No worry uolss..u takkan rasa nk terberakk..nk terkencing jerrrrr....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda mcm ni pun nk buat viral...siap buat tajuk lawak....abis ko nk suruh dia mkn kat mana lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
respeknya diorg ni. kalau iols dah berhijrah pi tempat lain yg kurang risiko bencana.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruk banjir tahun nie. Rumah iols pon air masuk dalam rumah sampai paras lutut.. Nasin rumah memang dah xdak barang sangat sebab dah banyak buang banjir sebelom nie
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2022 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hasbu nallah wani’mal wakil ni’mal maula wani’man nassir.. rasanya Jiwa dyorg ni dah kuat. Kalau sentiasa sabar dan redha Insyaallah kaya di akhirat nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 12:16 AM | Show all posts
banjir2
makan nasi panas2 + lauk sardin + telur dadar
oitt sedapp
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu iols air paras dada tu mesti dH cuak gila..
Tahun lepas tempat iols affected. Kena redah banjir lawan arus deras air paras paha. Menangis dah iols sbb takut hanyut dlm banjir tu.. Deras gila smpi xleh melangkah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya..dorg dh biasa hadap banjir tu yg xkalut sgt siap makan..tpkn mmg perlu kan..
btw xsemua tmpt kt sskjp tu banjir pun..
penat nnti dorg nk kemas apa semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2024 01:21 PM | Show all posts
?oƚ ɘm ƚᴎɒw uoʏ oᗡ
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 20-12-2022 01:54 PM
Org kelantan memang dah di didik untuk redha atas segala ujian. Senang kerajaan negeri tak payah bua ...

aapa tinmok..tinpit je tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 2-12-2024 01:28 PM
aapa tinmok..tinpit je tau

Hahaha...ni 2022 punye aku pun tak ingat apa aku komen....hi eday...lama tak nampak..hilang terus kat thread fattzura
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2024 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Rogue98 replied at 2-12-2024 01:51 PM
Hahaha...ni 2022 punye aku pun tak ingat apa aku komen....hi eday...lama tak nampak..hilang terus  ...

yahampun tered lama weh..xperasan si spammer tu up
aah  i dah lama sign off dr bodgos..xnk gosip psl retis retis tersebut dah sbb fanatik dorg tu sikit sikit nk cincot

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.071257 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list