View: 3909|Reply: 65
|
Belum Kahwin Lemah Lembut, Dah Ada Dua Anak Jadi Garang Nak M*mpus- Suami Takut Balik Rumah Nak Bercerai Dengan Isteri
[Copy link]
|
|
Kes penceraian di negara kita semakin hari semakin tinggi.
Bagaimanapun alasan diberikan suami isteri yang berpisah ini adakalanya tidak masuk akal.
Walaupun kedengaran mengarut, tetapi begitulah realiti yang berlaku pada zaman ini.
Percaya atau tidak tetapi itulah yang terjadi kepada pasangan ini apabila si suami memilih untuk berpisah dengan menjatuhkan talak terhadap isterinya.
Gambar Hiasan
Walaupun soal talak sepatutnya menjadi jalan penyelesaian terakhir dalam konflik rumah tangga, nampaknya lelaki tersebut nekad untuk meleraikan ikatan perkahwinannya.
Menurut Farizal Radzali yang berkongsi kisah rumah tangga lelaki ini di Facebook, si suami mengalami trauma apabila isterinya berubah sikap menjadi wanita garang dan suka memarahinya sejak hamil anak kedua mereka.
“Hari ini kami dapat kes cerai. Permohonan dari pihak suami. Kedua-duanya dalam usia awal 30an. Ada dua orang anak. Anak pertama tiga tahun, anak kedua berusia tiga bulan.
“Si suami nak bercerai sebab isterinya garang, dah tak sama macam masa dia kenal sebelum dan masa mula-mula berkahwin.
“Katanya dia memilih isterinya sebab dia seorang yang lemah lembut. Tak banyak cakap dan suaranya rendah. Sejak mengandung anak kedua, isterinya selalu marah,” katanya.
Malah, sejak anak kedua itu dilahirkan, isterinya masih tidak berubah kerana tetap marah-marah dan selalu menjerit pada anak pertama.
Menurut lelaki yang memiliki suara perlahan dan lemah lembut itu juga, dia sendiri terkejut apabila si isteri menjerit.
Luah lelaki itu lagi, walaupun sudah bersabar dan menegur isterinya berkali-kali, tetapi tiada sebarang perubahan berlaku.
Mengaku tidak lagi bahagia tinggal di rumah sendiri, jiwanya lebih tenang saat keluar pergi kerja kerana tak perlu mendengar jeritan isterinya.
“Isterinya adalah suri rumah. Katanya dia lebih tenang apabila keluar bekerja. Bila nak balik rumah, hatinya mula rasa takut.
“Ya ayatnya dia takut dengan isteri sendiri. Ketakutan itu yang membawa kepada pemikiran untuk bercerai. Kami sudah minta hadir kaunseling di mahkamah tapi katanya dah pergi.
“Dia macam dah trauma dengan isteri. Saya tanya tak akan hanya sebab itu nak bercerai. Katanya sebab itu saja,” imbasnya lagi.
Memahami apa yang menjadi penyebab wanita ini berubah, Farizal menitipkan pesanan kepada golongan suami di luar sana berhubung isu isteri berubah sikap selepas kahwin.
Golongan suami mungkin terlepas pandang untuk menyelami sebab utama mengapa pasangan berubah drastik selepas kahwin.
Terutama sekali golongan suri rumah, Farizal berkata, mereka memikul beban yang lebih banyak seperti menguruskan kerja rumah serta anak-anak berbanding sebelum berkahwin.
Keletihan dialami isteri di rumah cenderung untuk mengganggu tahap emosi mereka setiap hari.
"Dia berubah mengikut keadaan. Lihatlah mana-mana wanita bergelar ibu kepada sekurang-kurangnya dua orang anak.
“Dulu masa sebelum kahwin dia mesti seorang yang lemah lembut dan mempunyai ciri-ciri wanita solehah. Tapi lepas ada anak, blok sebelah (kejiranan) boleh dengar suara dia.
“Jangan pelik ini terjadi kepasa semua para ibu kerana dia perlu menjaga keluarganya dan dia ada keletihannya yang tak sama seperti masa sebelum dia berkahwin,” ujar wanita ini lagi.
Hantaran dibuat Farizal ini menjadi tular di Facebook dan rata-rata netizen memahami perubahan sikap wanita itu semakin lama lama usia perkahwinan mereka.
“Nak bagi isteri sentiasa lemah gemalai upahlah orang gaji. Seorang jaga anak, seorang tukang masak, seorang kemas rumah. Si isteri hanya layan suami dan anak saja.
“Isteri hadap benda sama hari-hari. Suami bila keluar dari rumah segala beban ditanggung akan lupa sekejap tapi isteri kena hadap keadaan sama tanpa ada peluang nak lepaskan tekanan yang ada.
“Tak ada kerjasama boleh jadi sebab. Ramai saja kawan-kawan yang isteri maintain lembut sebab suaminya helpful. Duit tak berapa (ada) sangat tapi suaminya ringan tulang. Tahu peranan bila pasangan susah,” komen netizen di Facebook. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
stress ngan hidup letew
tp mmg mula2 semua lemah lembut..dah lama tnjk la perangai sbnr.mcm i baru masuk kerja ckp lembut gierr..sopann sangat ok..
dh masuk thn ke 2 mmg hilang semua sopan..asyik marah2 jer..gitoh la perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
Semua benda lepas tangan kat bini kah sampai bini jadi singa |
|
|
|
|
|
|
|
wanita zaman kini memang tidak berkualiti, sukar mencari isteri yg berkualiti memandangkan wanita2 kini lebih banyak menghabiskan masa dgn FB, IG, Tiktok, etc...sudah pasti bilangan andartu akan meningkat dan membebankan negara |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 19-12-2022 10:30 AM
wanita zaman kini memang tidak berkualiti, sukar mencari isteri yg berkualiti memandangkan wanita2 k ...
Lelaki sekarang pun tak ramai yg berkualiti.
Ada tu yg lepak kat forum sambil cite sebab2 isteri tak berkualiti,cite pasal andartu.
Memalukan je. |
|
|
|
|
|
|
|
Nk dengar part isteri pulak |
|
|
|
|
|
|
|
lakinyeehhh geng ummah lemari bikini bottom kut
tu yg kena jerkah je terus lemahhhhhhhhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Iols nak dengo bini dia kata apa..
Ada tak laki ni tolong mandikan anak.ke..atau balik.keje terus tengok.hp.sambil.tunggu bini letak.nasi atas meja.makan |
|
|
|
|
|
|
|
well said
momod tolong bagi tacang lebih kat jejaka hensem ni
|
|
|
|
|
|
|
|
bini kau tu stress..
cuba tengok financial macam mana, anak buas macam mana..
kau entah duit nafkah untuk bini pun tak cukup, kerja rumah pun tak reti nak bantu, anak pun tak tolong jaga, lagi mau komplen nak bini macam tu macam ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
pasal dapat jantan tak guna, itu yg boleh jadi singa lapar kt rumah.. |
|
|
|
|
|
|
|
la habis yg dok sibuk2 beras kita beli tu apa.... hihi.. bincanglah elok2, pisah sementara bagi bini tu rindu ke.. nanti manjalah balik tu... ini kalau hari2 dok buat macam boss je bini yg kene buat semua bende silap2 bukan singa yg keluar lagi naga pun ada dalam badan tu hahahahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Bini stress la ni. Bagus bini nya stress dgn laki marah laki. Ada tu bini stress sbb laki tp marah kat anak..kat laki layan helok. Sampai bini tu jadi habit marah anak sampai ke besar wpom yg punca stress tu adalah dari laki. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 19-12-2022 11:57 AM
Bini marah sbb laki pemalas complacent kot.. asik kena jadi hamba abdi laki je.. maid tak bergaji.. basuh baju, jemur angkatkain, lipat, kemas rumah, masak, gosok baju ofis, urus anak..
Tambah plak kena keja bayor hutang rumah keta, biĺls, groceries.. laki plak bizi main game playstation ke apa ke...
Itu yg bila menambah anak, terus bertukar jadi singa.... aku rasa lah kes nya begini
Edit : dlm thread ni bini surirumah.. mesti laki super duper pemalas lepas tangan sbb dah merasa dia provide duit utk family.. rumah kecik, kereta buruk... makanan tak cukop... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku masa sblm kawin seorang ceria kelakar wat lawak bila dpt anak aku jd emo susah jaga anak
Hmm |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki yg berkualiti khuatir dgn perkembangan wanita2 yg tidak berkualiti seperti andartu dan janda kerana menjejaskan negara dan masyarakat...lelaki tidak berkualiti tidak menyokong lelaki yg concern dgn masyarakat...
|
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti laki yg expect bini lemah lembut senang dipijak buat pemuas nafsu dan orang gaji. haa padan muka sampai takut balik rumah |
|
|
|
|
|
|
|
nak citer belah perempuan je problem.. yg lakinya problem apa pula? setakat "lelaki yang memiliki suara perlahan dan lemah lembut itu juga" kalau tak sefahaman dgn bini tak guna la salahkan sebelah pihak. |
|
|
|
|
|
|
|
nononcrux replied at 19-12-2022 12:38 PM
nak citer belah perempuan je problem.. yg lakinya problem apa pula? setakat "lelaki yang memiliki su ...
Part lelaki baik belaka... There must be a reason, klu pompuan yg biasa lemah lembut tiber jadi mcm singa..itu adalah sebabnya. Kadang suami ni tak nmpk kesalahan dia or memang ego tak nak Mengaku kesalahan dia.. Si isteri yg memendam rasa.. Terus jadi singa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|