View: 5248|Reply: 73
|
Anak Muda Kini Tak Minat Kerja Hotel, Penat Tapi Gaji Murah
[Copy link]
|
|
Terikat dengan syif dan waktu kerja yang lama, apatah lagi gaji tidak setimpal dengan bebanan tugas membuat anak muda kini tidak berminat bekerja dalam industri perhotelan.
Kebanyakan mereka kini lebih selesa bekerja sendiri terutama dalam bidang penghantaran makanan dan menjadi pemandu e-hailing kerana tidak terikat dengan masa.
Gambar hiasan/Malay Mail
Di Langkawi, Kedah, seorang pekerja sepenuh masa di sebuah restoran francais, Rosniesya Iliyani Roslan, 23, berkata, dia berasa kerja dalam industri perhotelan sangat memenatkan ketika menjalani latihan industri dalam bidang itu pada 2019.
“Saya kerja di bahagian dapur dan kami mula bekerja seawal pukul 4 pagi untuk menyediakan sarapan. Jika hendak berhenti solat subuh, kami perlu menunaikan solat dengan tergesa-gesa.
“Sepanjang waktu bekerja, kami juga tidak sempat untuk duduk langsung dan perlu sentiasa berdiri sehinggalah waktu bekerja habis,” katanya.
Seorang pelajar jurusan farmasi di universiti swasta, Shafika Ali, 25, berkata, walaupun banyak peluang pekerjaan separuh masa dalam bidang perhotelan ditawarkan di Langkawi, namun dia tidak berminat untuk bekerja.
“Ketika mencari kerja sambilan, saya banyak ternampak iklan jawatan kosong di hotel-hotel, tetapi saya tidak mahu bekerja di hotel kerana saya difahamkan waktu kerjanya adalah terlalu lama dan gaji pula tidak setimpal.
“Walaupun tidak banyak peluang pekerjaan sambilan bagi jurusan yang saya pelajari, tetapi saya lebih rela bekerja di tempat lain berbanding di hotel,” ujarnya yang kini bekerja di kedai barang penjagaan diri di Kuah.
Di George Town, Pulau Pinang, kebanyakan anak muda mendakwa mereka tiada hati lagi untuk bekerja di hotel disebabkan tidak sanggup melayan kerenah birokrasi penyelia.
Seorang bekas pekerja hotel, Aswad Abdullah, 39, berkata, dia memilih untuk tidak lagi kembali bekerja di hotel selepas pasca Covid-19 berikutan enggan terikat dengan jadual kerja serta arahan penyelia atau majikan.
Gambar hiasan
Menurutnya, dia kini sudah selesa bekerja sebagai rider makanan dengan memperoleh pendapatan yang jauh lebih besar berbanding di hotel.
“Saya memang tidak akan kembali bekerja semula di hotel iaitu di bahagian front office. Tawarlah gaji banyak mana pun, saya tetap tak mahu. Bukan setakat itu, kita terpaksa menggantikan tugas pekerja lain yang tidak hadir,” katanya.
Seorang pemandu e-hailing yang mahu dikenali sebagai Ayyash, 39, memberitahu, dia sudah serik dan trauma untuk bekerja dalam industri perhotelan susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara dua tahun lalu sehingga menjejaskan sumber pendapatan bulanannya.
“Saya menanggung isteri dan tiga orang anak yang masih kecil. Bayangkan dengan menerima setengah bulan gaji ketika itu, saya terpaksa berhutang keliling pinggang,” ujarnya.
Di Ipoh, Perak, seorang pekerja kedai nasi kukus, Mohd. Mukhsin Mohd. Isa, 29, berkata, dia pernah bertanyakan kepada sebuah hotel di bandar ini mengenai kekosongan kerja dan kemudian diberi tawaran gaji yang rendah iaitu sekitar RM1,500 sebulan sebagai pengemas bilik.
Katanya, walaupun ia gaji minimum, dia yang berkelayakan ijazah sarjana muda berpandangan pihak hotel wajar menaikkan gaji pekerja antara RM1,800 hingga RM2,000 sebulan.
“Daripada bekerja di hotel, lebih baik saya kerja di kedai nasi kukus kerana gaji lebih kurang sama, bahkan skop kerja tidak banyak seperti di hotel,” katanya.
Gambar hiasan
Bagi Muhd. Takiyuddin Ramlee, 34, pula, dia khuatir untuk bekerja dalam industri perhotelan kerana masih banyak hotel yang belum berupaya untuk beroperasi semula atau sepenuhnya.
Katanya, dia tidak mahu kehilangan pekerjaan sekali lagi sebagaimana yang dihadapinya ketika pandemik Covid-19 melanda negara sebelum ini.
“Industri ini belum kukuh lagi kerana ada rakan yang pernah bekerja di hotel-hotel tidak dipanggil bekerja semula,” katanya.
Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan, kegembiraan pengusaha hotel di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dan Terengganu untuk menerima kebanjiran pelancong sempena musim cuti persekolahan bermula minggu ini terencat berikutan kekurangan pekerja sehingga 30 peratus.
Situasi itu menyebabkan pengusaha hotel pening kepala untuk mencari pekerja bagi mengisi banyak kekosongan jawatan dalam industri tersebut.
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dulu mewah juga industry perhotelan ni pd awal millenium. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang.. Kerja hotel tak boley duduk dek esp waiter/waitress tu sume.. Kalu housekeeping tu kematu la kaki berlari-lari anak ye bilik berpuluh-puluh kena kemas dah cam hamba abdi moden dek.. industri yg kejam unless ko kerja front desk dek |
|
|
|
|
|
|
|
Pastu anak muda nak kerja apa? Bukan semua boleh jadi doktor lawyer... nanti depa ambil pekerja asing acik2 bising pulak |
|
|
|
|
|
|
|
kerja hotel penat woo..nak-nak yang jadi house keeping |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah kerja hotel....klu dulu org cerita kerja kat hotel dgr mcm gah ja realiti gaji bukan ikut gaji basic mcm yg diuar2kan masa nak cari staf....nak2 zmn skg ni yg org klu boleh nak cari kerja yg gaji lebat....pemikiran pun dah kedepan |
|
|
|
|
|
|
|
Skop keje byk, SOP lagi..mana maunya org kita nak tadah. Lain lah kalau bayar masyuk. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu blur2 mintak keje dpt FO
pefeeling pramugari baju kebaya kejekt resort tapi mmng bz time2 grop masuk pernah keje direct 3 hari tak tido mcm zombi rasa.
time tu tk pikir pun pasal duit gaji berapa sekian2..yg penting keje diutamakan dulu. dpt pengalaman dan sedikit duit hantar kpg ckupla. makan semua provided |
|
|
|
|
|
|
|
Jika rate gaji yang ditawarkan menarik, sudah semestinya ramai yang ingin bekerja |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya kan baca pengalaman dorang. Sampai nak duduk kejap pun tak boleh.
Sedih baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila di bagi pada warga asing nanti complain pula kata lebih utamakan warga asing.
Memang susah nak pleasekan bangsa ni kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Ai baru balik menginap di hotel minggu lepas.. ramai je budak2 muda pompuan n lelaki melayu yang bekerja kat situ.. bagus2 diorang ni very polite n well trained. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian juga baca pengalaman orang2 yang bekerja di hotel. Rasanya patut juga gaji mereka dinaikkan. |
|
|
|
|
|
|
|
klu mahal ramai je yg berminat
baik kerja fast food blh mkn smpi gundu |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji x setimpal penat je lebih keje hotel ni apoooo kedekut gaji puik |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji rendah..staff sikit..workload jenuh cover utk staff 3-4 org
.mgkin sbb tu kot selain drpd mgkin ade yg jenis memilih keje xnak buat keje yg memenatkan |
|
|
|
|
|
|
|
daripada anak bangsa kau
tau main game je
cebok berak bersih2 pun malas
kohkohkohkohkohkoh
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan jadi ada sekor forumer tu
"iols suka je pkp"
jenis pemalas keje tau dia asyik main forum je
dasar pondan pemalas
kohkohkohkohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
majikan kemut taknak bayar lebih...memang kena boikot la ambik bangla jaga pool sambil skodeng tiktokers tunjuk cleavage... |
|
|
|
|
|
|
|
ape susah... anak beranak tokey hotel keje la hotel.
kalau takde resources, maknanya business tu tak viable dan secara asasnya business itu adalah dgn menindas/exploit org lain. |
|
|
|
|
|
|
| |
|