CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2337|Reply: 23

"Saya Orang Perjuangan, Akan Tetap Istiqamah Demi UMNO Dulu, Kini Dan Selamanya," Hishammuddin Hussein

[Copy link]
Post time 9-12-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menegaskan beliau akan terus melangkah ke hadapan untuk berjuang dan tidak mahu menuding jari menyalahkan sesiapa mahupun parti.


Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau adalah seorang pejuang dan akan tetap istiqamah dalam perjuangannya bersama Umno.


"Walaupun tidak mudah, kita harus terus melangkah ke hadapan untuk berjuang. Saya tidak mahu menuding jari menyalahkan sesiapa. Saya juga tidak menyalahkan parti.


"Saya adalah orang perjuangan dan akan tetap istiqamah demi Umno - dulu, kini dan selamanya," katanya dalam hantaran di Facebook.




Foto: Harian Metro




Itu adalah hantaran pertama selepas lama menyepi selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Hishammuddin berkata, beliau kini mempunyai lebih banyak masa untuk terus menyumbang kepada perjuangan parti tanpa berada dalam Kabinet.


Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau memahami kerajaan baharu kini perlu menangani dan menyelesaikan pelbagai isu serta cabaran yang amat mendesak seperti kos sara hidup dan kedudukan ekonomi semasa, demi rakyat dan negara.


"Buat rakan-rakan pimpinan, khasnya daripada BN yang menganggotai Kabinet, saya mengucapkan selamat maju jaya.


"Saya mendoakan agar segala ikhtiar oleh mereka yang diberikan amanah serta tanggungjawab, dipermudahkan," katanya.


Hishammuddin turut mengulas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk kerusi Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Rabu lalu, yang menyaksikan Perikatan Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 16,260 undi, manakala BN pula mengekalkan kerusi DUN Tioman dengan majoriti tipis 573 undi.


"Kebetulan dua siri pilihan raya bagi DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai baru saja selesai. Saya sedang mengkaji dan meneliti keputusan bagi dua kerusi ini untuk melihat 'mood' serta sentimen rakyat, khususnya arah sokongan yang diberikan.


"Adalah penting untuk memahami dinamik sokongan itu, terutama dalam mengusahakan kelangsungan dan masa depan parti," katanya.


Beliau menegaskan, usaha memahami ahli parti adalah penting kerana ia banyak bergantung pada ahli akar umbi yang selama ini setia kepada perjuangan serta penerimaan rakyat terhadap BN.


"Ini mesti diberi perhatian kerana saya percaya dalam perjuangan, jangan sesekali kecewakan mereka yang selama ini setia kepada parti," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2022 05:06 PM | Show all posts
Bila nak kena pecat? Berani ke wakjit pecat beliau…
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Harus la rela paksa U-turn sbb heshe menang seat sembrong tuari
Kang kalo tak U-turn cemana nak jadi MP lagi
Sejak ada akta lompat parti tu segala plan jadi tunggang langgang
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 05:16 PM | Show all posts
entahlah Hisham, nampaknya UMNO jln berliku giler ni dengan segala mala manusia kat atas tu...tapi as usual. Harapnya dapat bbantu pulihkan apa apa yg dah dirosakkan. kalau bolehlah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
hisap mudim - anuar zain

(yang najib dengan kakaknya, yang hisap mudim dengan adiknya, najib dengan hisap mudim sepupu, anuar zain dengan ziana zain adik-beradik)









hisap mudim ketawa





anuar zain

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 10:27 AM | Show all posts
Harap ada ramai lagi mcm dia utk betulkan tujuan asal umno.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 9-12-2022 07:01 PM
hisap mudim - anuar zain

(yang najib dengan kakaknya, yang hisap mudim dengan adiknya, najib denga ...

Kalau skandal H2O dengan Nuar Zain yg takde video ko percaya bulat2.... Kenapa skandal Nuar Berahi dengan pelacur China Doll yg ada video ko tolak tak nak percaya pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 10-12-2022 11:02 AM
Kalau skandal H2O dengan Nuar Zain yg takde video ko percaya bulat2.... Kenapa skandal Nuar Berahi ...

Video tu besi

Kena bawakan 4 saksi yang beriman dalam mahkamah syari'ah, video tak ada mata dan telinga, kembali lah kita kepada ajaran Islam yang sebennerrrr...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2022 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 10-12-2022 02:39 PM
Video tu besi

Kena bawakan 4 saksi yang beriman dalam mahkamah syari'ah, video tak ada mata dan ...

Imej kabur. Tak cam sape tgh sembu.


Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-12-2022 02:46 PM
Imej kabur. Tak cam sape tgh sembu.


Ada yang cakap Taik terjulur-julur sukar dikesan di luar negara kerana muka sudah jadi beruang, berjalan macam tembadau dan seladang

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 03:02 PM | Show all posts
Bukan dia ni ke muka tak malu masa g sg buloh nak ambil limelight kj kat sana, dia berkempen kata konon nanti dia dgn kj klu menang akan jadi satu team sebagai menteri kabinetttt, muka tak malu mengharapkan dilantikkk jd menteriiii time berkempenn lol ujung2 nan hado, cashhh! Phuiii lol kohkohkohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 03:03 PM | Show all posts
standard gegehh curi2 hisap vape dlm parlimen, standard apa punya babgsatttlah seko ni phuiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 04:54 PM | Show all posts
Woow...Inilah contoh Tokoh Pendekar Melayu UMNO sejati...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk je diam2
Nak kelam kabut pun
Silap2 esok2 bergabung
Buat keja sudah
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa slow..dah tak de meeting pintu belakang ke.banyak lagi hotel kat key el ni sedia jd tuan rumah meeting tebuk atap
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2022 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dan terus berkubur selamanya..the end
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2022 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 9-12-2022 05:16 PM
entahlah Hisham, nampaknya UMNO jln berliku giler ni dengan segala mala manusia kat atas tu...tapi a ...

Xnk komen pasal pluralosm ke buku apa ke tu Siddiq Noor ke sapa,  tujukan kat Bangnon
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2022 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
namr replied at 10-12-2022 07:08 PM
dan terus berkubur selamanya..the end

Be end dh jd the end

Nampak....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 12:16 AM | Show all posts
Pengkhianat dah ghisau ke tu....gi lah join midin tu...umno dah taknak kau....sebelum kena pecat dan mendapat kemaluan baiklah kau undur jer....hadiahwang dah kantoi kan nama kau yg ketua gang pengkhianat....get ready jer lahhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2022 07:13 AM | Show all posts
Hishammudin...dah tak boleh pergi kemana dah..ingat dulu ada harapan jadi timb ke? sekarang...nasib tak baik hilang terus dari Majlis tertinggi umno
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.133802 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list