View: 11024|Reply: 35
|
Erra Fazira nikah dengan jutawan tersebar....
[Copy link]
|
|
Gambar tular yang didakwa perkahwinan Erra Fazira dengan jutawan terkenal.
Cerita Erra Fazira nikah dengan jutawan tidak benar – Pengurus
PETALING JAYA – Nama selebriti terkenal Erra Fazira kembali mencuri perhatian netizen selepas tular foto mendakwa pelakon dan juga penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berstatus jutawan.
Menerusi beberapa gambar yang tular dalam Facebook, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 48, dilihat mengenakan busana pengantin berwarna kelabu.
Turut berada di samping aktres dengan jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu seorang lelaki berpakaian pengantin lengkap bertengkolok dengan warna sedondon. Bagaimanapun wajah lelaki itu tidak didedahkan.
“Gambar perkahwinan dengan jutawan terkenal tersebar. Tahniah Erra Fazira,” tulis kapsyen pada hantaran dalam Facebook.
Menjawab persoalan tersebut, pengurus Erra, Firdaus ketika dihubungi Kosmo! Online menegaskan, berita yang tersebar itu adalah tidak benar.
Kata Firdaus, gambar Erra memakai busana pengantin itu merupakan babak yang diambil dalam sebuah telefilem yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
“Berita palsu. Tidak betul sama sekali. Gambar yang tular itu adalah dalam babak telefilem lakonan Erra.
“Telefilem itu belum dikeluarkan lagi,” katanya.
Dalam ruangan komen, pengguna media sosial juga berpendapat berita tentang perkahwinan Erra dengan lelaki bergelar jutawan itu adalah tidak benar dan mustahil.
Namun netizen tetap mendoakan yang terbaik jika benar berita ibu tunggal itu terkenal itu telah kembali mendirikan rumah tangga.
“Berita palsu. Tapi kalau betul alhamdulillah,” kata seorang pengguna Facebook.
Pada sekitar November tahun lalu, pelakon filem Pasrah itu pernah dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus misteri. Malah, khabar angin itu turut menyebut bahawa Erra merupakan isteri kedua kepada lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi satu kenyataannya dalam Instagram enggan mengambil pusing mengenai semua dakwaan netizen dalam media sosial.
“Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini?
“Apa pun manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,” katanya dalam entri tersebut.
Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.
Sekitar lima tahun lalu, Erra pernah mengaku menjalin hubungan cinta dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir. Bagaimanapun hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... dak-benar-pengurus/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Xlogik langsung sang ratu nk pakai sesimple tu kalau dia betul2 kawen |
|
|
|
|
|
|
|
laku ekk kau erra.. dah berzaman2 kut
|
|
|
|
|
|
|
|
Den tgk muka lelakinya yg berpixel tu mcm iras2 abangla...so mcm remy ramyeon atau deris keris atau sapa2 jela. kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
Jutawan mana ni..untung la klu betul..npk lelaki tu cam peluk erra jer. |
|
|
|
|
|
|
|
kemain clickbait... wartawan kosmo tu mesti bukan manusia yang boleh berfikir nak cari gosip etc...
mesti sejenis duduk dalam hutan rimba dan tempat2 haiwan liar...
sebabtu gosip yang di bawanya pun tak ubah macam binatang bergosip...
perhilitan kutip jap please! lakukan kerja anda tangkap ponen terlepas tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Erra tu dah aman2 hidup single. Sebok nau nak jodohkan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Erra Fazira Dah Kahwin Dengan Jutawan?
Erra Fazira kembali mencuri perhatian netizen selepas tular foto mendakwa pelakon dan juga penyanyi itu sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki berstatus jutawan.
Menerusi beberapa gambar yang tular dalam Facebook, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 48, dilihat mengenakan busana pengantin berwarna kelabu.
Turut berada di samping aktres dengan jolokan Primadona Filem Melayu Alaf Baharu itu seorang lelaki berpakaian pengantin lengkap bertengkolok dengan warna sedondon. Bagaimanapun wajah lelaki itu tidak didedahkan.
“Gambar perkahwinan dengan jutawan terkenal tersebar. Tahniah Erra Fazira,” tulis kapsyen pada hantaran dalam Facebook.
Menjawab persoalan tersebut, pengurus Erra, Firdaus ketika dihubungi Kosmo! Online menegaskan, berita yang tersebar itu adalah tidak benar.
Kata Firdaus, gambar Erra memakai busana pengantin itu merupakan babak yang diambil dalam sebuah telefilem yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
“Berita palsu. Tidak betul sama sekali. Gambar yang tular itu adalah dalam babak telefilem lakonan Erra.
“Telefilem itu belum dikeluarkan lagi,” katanya.
Dalam ruangan komen, pengguna media sosial juga berpendapat berita tentang perkahwinan Erra dengan lelaki bergelar jutawan itu adalah tidak benar dan mustahil.
Namun netizen tetap mendoakan yang terbaik jika benar berita ibu tunggal itu terkenal itu telah kembali mendirikan rumah tangga.
“Berita palsu. Tapi kalau betul alhamdulillah,” kata seorang pengguna Facebook.
Pada sekitar November tahun lalu, pelakon filem Pasrah itu pernah dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berstatus misteri. Malah, khabar angin itu turut menyebut bahawa Erra merupakan isteri kedua kepada lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi satu kenyataannya dalam Instagram enggan mengambil pusing mengenai semua dakwaan netizen dalam media sosial.
“Apa, tak habis-habis cerita tentang kahwin ini?
“Apa pun manusia memang suka bercakap, jadi biarkan sahaja mereka berseronok,” katanya dalam entri tersebut.
Untuk rekod, Erra pernah berkahwin dengan pelakon dan pengarah Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun berpisah pada 2006. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 namun disahkan bercerai pada 2014.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya yang kini berusia 13 tahun.
Sekitar lima tahun lalu, Erra pernah mengaku menjalin hubungan cinta dengan bekas juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir. Bagaimanapun hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
muka mcm deris khan je aku tgok? |
|
|
|
|
|
|
|
jangan caya la klu kat fb2 tu...tekan link kuar shopee |
|
|
|
|
|
|
|
dia betul ke dengan pejal? dengar2 gitu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah tang mana deris khan tu jutawan ? Jutawan dalam drama tu kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Cuma penggambaran sebuah tayangan gambar berbentuk telefilem aje.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|