CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3671|Reply: 27

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah hamil zuriat keenam

[Copy link]
Post time 7-12-2022 09:46 PM | Show all posts |Read mode

AYU Raudhah berkata, dia dan suami tidak kisah menambah cahaya mata lagi dan menerima kehadiran anak keenam yang dikandungnya kini sebagai satu rezeki.

Rezeki anak ramai, Ayu Raudhah hamil zuriat keenam

PETALING JAYA – Selepas mendapat cahaya mata kelima pada Mei tahun lalu, pelakon jelita Ayu Raudhah teruja menantikan kehadiran zuriat baharu apabila kini sedang hamil lima bulan anak keenam.

Ayu, 37, ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan kepadanya dan juga suami apabila bakal menyambut kehadiran insan baharu dalam keluarga mereka tidak lama lagi.

“Alhamdulillah, benar saya kini hamil anak keenam. Usia kandungan sudah pun memasuki lima bulan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha itu lagi, dia sebenarnya segan untuk berkongsi tentang berita tersebut kerana bukan ini kali pertama dia hamil.

Namun, selepas suaminya membocorkan tentang berita gembira tersebut menerusi satu hantaran video, Ayu hanya memanjatkan rasa syukur atas kurniaan zuriat keenam dalam keluarganya.

“Segan sebenarnya nak kongsi berita tentang saya hamil. Lagipun bukan anak sulung.

“Tapi alhamdulillah, saya anggap kehamilan ini sebagai satu rezeki untuk saya serta suami dan tiada masalah untuk menambah bilangan cahaya mata,” katanya.

Ketika disoal tentang jantina bayi keenam yang bakal dilahirkan nanti, Ayu atau nama lengkapnya Raudhah Che Wan memberitahu, dia dan juga suami belum lagi mengetahui tentang perkara tersebut.

“Jantina anak keenam ini kami belum tahu lagi,” katanya ringkas.

Untuk rekod, Ayu yang juga adik kepada aktres Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 9, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleykha, 5, dan Muhammad Aisy Khaliq, 3, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun enam bulan. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/12 ... amil-zuriat-keenam/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok.. ada anak ramai tak jadi masalah. Tapi jgn tak terjaga pulak. Nanti suruh anak sulung jagakan adik2 pulak. Tiber.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2022 09:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2022 09:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:21 PM | Show all posts
Wah boleh saing2 hery kelifah nii
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Subur nya...tahniah dpt baby bru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2022 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikat nonen laki berterbangan ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 06:27 AM | Show all posts
okaylah dia mampu dari segi kewangan, kesihatan, pendidikan utk anak2 & mungkin lain2 jugak. tak perlu family planning. yg kurang mampu tu la sila amik contraception & family planning. supaya anak2 tak terabai di kemudian hari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 06:59 AM | Show all posts
laki dia ni main bola lagi ke? ikut mana? JDT ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Suburrr.....tahniah cik odah n zakwan
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah rodoh & kuantuminit..

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh lah berlawan2 dgn anak drsms n drhalina.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:20 AM | Show all posts
tahniah to both of you! semoga baik baik sahaja buat ibu & anak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniahhhh. Iols first time tgk ayu raudhah dlm cite manjalara. Masa tu mcm eh cantikkknya dia. Gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:32 AM | Show all posts
dia baru 37... blh lar lg... dah 40 esok kuncilah kilang tu gamaknyer....

jarak anak-anak pun sedang elok kecuali yg sulung dgn no. 2

ayu peknan tak tanjat sgt... kalau che ta peknan ai sembah ratu beb
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:41 AM | Show all posts
sunshinelady replied at 8-12-2022 06:27 AM
okaylah dia mampu dari segi kewangan, kesihatan, pendidikan utk anak2 & mungkin lain2 jugak. tak per ...

Setuju.. bukan sahaja quantity tapi quality hidup anak juga perlu diambil kira..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2022 08:46 AM | Show all posts
tengok body pun tau ayu ni jenis harum subur dihati.

kakaknya yg bkahwin dgn Lan petpet tu ada anak kah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 08:48 AM | Show all posts
silakan beranak ramai2
jgn lupa mental dan emosi anak2 juga perlu diberi perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hebat la dek wan walaupun dua menet saja mampu tapi tepat la tembakan nye
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2022 09:24 AM | Show all posts
tahniah, bagus bertambah pengundi melayu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.435450 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list