View: 6832|Reply: 57
|
PU Azman Didakwa Lagi, Amang Seksual Dan Kelucahan Melampau Terhadap Tiga Remaja Lelaki
[Copy link]
|
|
KLANG – Penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman didakwa lagi atas tiga pertuduhan amang seksual dan satu kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki di dua mahkamah berasingan di sini, hari ini.
PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen dan Majistret itu.
Di hadapan Hakim Syafeera Mohd. Said, tertuduh yang lebih dikenali dengan panggilan Cik Man dituduh dua kes amang seksual fizikal di sebuah inap desa di Sungai Udang di sini masing-masing pukul 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun lalu.
Foto: Kosmo
Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.
Azman Syah yang masih bujang itu juga didakwa menggalakkan komunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp
dengan dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.
Perbuatan itu antara pukul 4 petang hingga 7.30 malam di sebuah rumah di Kampung Meru di sini pada 16 Ogos lalu.
Ini melibatkan dua mangsa yang merupakan remaja lelaki berusia 17 tahun.
Cik Man juga didakwa di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid atas tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek kira-kira pukul 9.15 malam pada 10 Jun lalu.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Azman Syah diwakili Peguam Fahmi Adilah.
Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan keseluruhan RM24,000 bersama penjamin dan syarat tambahan tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan selain melapor diri di balai polis berhampiran rumah setiap awal bulan bermula bulan ini.
Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 12 Januari tahun depan.
Kosmo! sebelum ini melaporkan Azman Syah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 12 Oktober lalu atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
fuh kali ni siap bergari ye..nasib ko la che man..yg sekor lagi da terlepas kawen andartu.. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak tua dan sugul je cik man. patutnya buat macam dewa sayu, senyum senyum konfiden pandang kamera lambai2 gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
CIKMAN NAK MANDIIII NIIIII....cikman merajuk lahhhh!! Ahahahahahaha! |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 7-12-2022 11:51 AM
CIKMAN NAK MANDIIII NIIIII....cikman merajuk lahhhh!! Ahahahahahaha!
Dgn suara ala2 manjanya… muntah dgr |
|
|
|
|
|
|
|
Pnh dgr voicenote tu...ei mmg geli |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes dgn org yg sama ke or kes lain? klu kes dgn org lain x tau nak cakap apa dahh. nama nya alim tapi perangai nauzubillah.. baik laa kau ngorat bini org je dari songsang mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Innocent until proven guilty jugak ke ? Malaysia oh Malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya masih boleh diangkat as PM atau TPM. dun worry che man. org malaysia cepat amnesia atau very forgiving. semoga che man insaf dan diberi petunjuk. semoga keadilan buat mangsa2. |
|
|
|
|
|
|
|
Akan terlepas juga. Yang penting tonggang. |
|
|
|
|
|
|
|
ladybugz: sepatutnya masih boleh diangka ...
Mangsaaaaaa sangattt…. Yihhhhh rengsa amat akak dek! |
|
|
|
|
|
|
|
Dari awal aku dah agak dia ni lain macam
Tapi tak sangka suka budak
Ingat suka bini-bini orang.. eeiii semoga dapat hukuman setimpal |
|
|
|
|
|
|
|
orkidorkido replied at 7-12-2022 02:05 PM
Dari awal aku dah agak dia ni lain macam
Tapi tak sangka suka budak
Ingat suka bini-bini orang.. eei ...
Suka bini-bini orang sister? Ke kau tersalah type sis? Kau nak eja suami-suami ke sister? |
|
|
|
|
|
|
|
nk lambai mende sis dgn bergari gitu
klu bergari sambil lambai2 kang terkena jambak abg polis kt blkg tu plk
dh kena charge lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
che man che man why why, kalau la kau horny sgt kau cari la yg berbayar or yg sukarela bukan paksa rela mcm ni (apa berlaku dlm bilik abis kat dlm bilik) getchew.
|
|
|
|
|
|
|
|
Malunyaaaa lah sian mak bapak dan family dia |
|
|
|
|
|
|
|
haritu i tengok dia aktif je kat ig dia, ni kedalam balik ye?
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..tak tau la nak kata apa dah... |
|
|
|
|
|
|
|
winky1 replied at 7-12-2022 12:56 PM
Innocent until proven guilty jugak ke ? Malaysia oh Malaysia...
Member iols mati2 backup cakap tak betul. Kes dewa sayu pun sama.
Atas alasan tak kan la selalu keluar tv/radio nak buat macam tu. Haiyooo! |
|
|
|
|
|
|
|
antara penonggang agama yg tertangkap... dunia akhir zaman |
|
|
|
|
|
|
| |
|