Edited by Raline at 24-11-2022 11:53 PM
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri kesepuluh.
Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam 1.33 petang ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan esok.


Tawaran Pakatan Harapan PRU15 dalam Manifesto PH 2022
Pakatan Harapan (PH) memberi 10 tawaran utama Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memulihkan Malaysia dan membina ekonomi masa depan.
Tawaran itu juga bermatlamat menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh melalui pertumbuhan ekonomi, memulihkan keyakinan umum menerusi pentadbiran beramanah serta menyediakan negara untuk mendepani pelbagai cabaran masa depan.
Berikut 10 keutamaan Tawaran Harapan PRU15 yang diumumkan oleh PH : - Tangani isu kos sara hidup
- Perangi Rasuah dan Kukuhkan Institusi Demokrasi
- Perkasa Peluang Ekonomi Belia dengan Terokai Sektor Manusiawi
- Selamatkan generasi tercicir dalam pendidikan
- Bina ketahanan bencana dan mantapkan perlindungan
- Tangani isu doktor kontrak
- Hapuskan isu ketaksamaan gender dan memperkasa sosioekonomi wanita
- Perkasa wilayah Sabah dan Sarawak
- Tingkatkan daya saing setiap rakyat Malaysia
- Pelihara khazanah alam demi anak cucu kita
Sumber:https://ecentral.my/manifesto-ph-tawaran-harapan-pru15/ |