CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1313|Reply: 5

Rakaman Audio Di Antara Najib Razak Dan Kerabat Diraja Arab Jadi Pertikaian

[Copy link]
Post time 22-11-2022 04:46 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Cubaan pendakwaan untuk memasukkan rakaman audio perbualan di antara Datuk Seri Najib Razak dengan seseorang dipanggil Yang Mulia (Your Highness) dikatakan kerabat diraja Arab akan menjejaskan hak bekas perdana menteri itu mendapatkan perbicaraan adil.


Peguam bela utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini berhujah, ia adalah kerana terdapat kebimbangan sama ada cara digunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan rakaman audio itu adalah sah di sisi undang-undang.


Pada prosiding sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon untuk memasukkan rakaman audio yang didedahkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya pada 8 Januari 2020, sebagai bukti dalam perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Najib.


Foto: Google




Menurut Muhammad Shafee, SPRM mungkin tidak mematuhi Seksyen 43 Akta SPRM 2009 berhubung cara mendapatkan rakaman audio itu sekaligus menafikan hak asasi dan privasi Najib serta hak mendapatkan perbicaraan adil, mengikut Perkara 5 (kebebasan diri) dan Perkara 8 (kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan.


Katanya, ia bukan hanya menyentuh perkara berkaitan prosedur dalam siasatan jenayah, tetapi juga membabitkan hak perlembagaan seseorang tertuduh.


"Mahkamah perlu melihat kesan penerimaan masuk rakaman audio itu kepada hak tertuduh.


"enggunaan bukti berkenaan hanya memberi kelebihan kepada pendakwaan sedangkan pihak pembelaan tidak dapat menggunakannya, malah rakaman itu tidak boleh disahkan ketulenannya kerana pembuat rakaman atau rakaman asal tidak perlu dibuktikan di mahkamah.


"SPRM tidak boleh merakam perbualan begitu sahaja tanpa mematuhi peruntukan undang-undangnya sendiri," katanya ketika berhujah bagi membantah permohonan pendakwaan.


Peguam itu berkata, sementara itu Seksyen 41A Akta SPRM 2009 secara tidak langsung menghalang kuasa mahkamah untuk membuat keputusan dalam menerima sesuatu bukti.


Katanya, ia menyatakan mahkamah perlu menerima apa sahaja dokumen yang diperolehi SPRM.


Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian menetapkan hari ini bagi menyambung hujahan.


Najib, 69 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 22-11-2022 04:49 PM



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 09:36 AM | Show all posts
ale utoooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:07 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2022 10:32 AM | Show all posts
The best option is BN untuk rakyat malaysia yg berbilang bangsa & agama sbb dari awal penubuhannya BN sudah tolak PAS & DAP....sekarang rakyat memilih...hadaplah parti parti extremist ini...extreme cina & Islam

pemilihan PAS oleh org Islam adalah reaction dari tindakkan cina extremist dgn DAP...yr call

jangan lupa dlm kalangan kita ada opportunist, suka ambil kesempatan padahal dia pun 2x5, 5x2..cuma tak dapat tempat

sekarang hadap lah tak ada PM sampai sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2024 01:22 PM | Show all posts
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 1.117793 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list