View: 5324|Reply: 42
|
Puteri Sarah Bakal Berlakon Dengan Aktor Pujaan Ramai
[Copy link]
|
|
Pelakon, Puteri Sarah Liyana bakal melebarkan sayapnya ke Indonesia selepas terpilih untuk membintangi sebuah projek filem di sana.
Menurut Puteri Sarah, filem tersebut merupakan sebuah projek berskala besar dan dia kini sedang giat melakukan persediaan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana bakal terlibat untuk satu projek filem di Indonesia. Saya sangat teruja dan tak sangka akan ditawarkan peluang seperti ini. Sudah tentu saya akan buat yang terbaik.
IG Sarah
“Saya juga bakal menjalani latihan lakonan di sana dan ketika ini, saya sedang belajar untuk bertutur di dalam Bahasa Indonesia. Persediaan memang dah bermula daripada sekarang.
“Namun, saya tak boleh nak dedahkan secara terperici berkaitan filem ini. Bila mereka dah putuskan nanti, baru saya akan kongsikan,” katanya kepada MH.
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, peluang tersebut secara kebetulan hadir selepas dia dipilih untuk menjadi duta bagi sebuah produk makanan tambahan.
“Baru-baru ini saya dilantik sebagai duta produk makanan tambahan. Ditakdirkan Allah mahu memberikan rezeki yang besar buat saya apabila pemilik produk tersebut juga merupakan produser bagi filem-filem di Indonesia.
“Jadi, dia mengambil saya berlakon selepas melihat kebolehan saya. Pemilihan ini dibuat bukan kerana saya menjadi duta. Tawaran ini turut diberikan kepada orang lain tetapi mereka nampak potensi saya.
Katanya lagi, dia juga telah bertemu dengan produser dan pengarah di Indonesia bagi membincangkan mengenai filem tersebut.
“Ia bukan keputusan satu pihak dan saya juga telah berjumpa dengan produser dan pengarah di sana. Mereka menilai saya sama ada boleh atau tidak bawakan watak ini.
“Tidak kisah jadi duta atau tidak, kalau mereka tak mahu, tetap tak boleh juga. Mereka ada menonton drama-drama saya sebelum ini sebagai rujukan,” ujarnya lagi.
IG Sarah
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan agar segala urusannya sewaktu penggambaran nanti akan sentiasa dipermudahkan.
“Doakanlah segala urusan saya dipermudahkan untuk filem ini. Nantikan projek ini kerana saya bakal berlakon dengan aktor pujaan ramai. Nak tahu siapa? Nantikanlah,” akhirinya.
Sumber: Media Hiburan
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak tua dah nak jadi heroine.lakonan pun so so je.Kalau macam Inneke Koeshirawati tu walau berumur masi sedap dilihat yah.Berbanding PS ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Fattah senyap2 je dpt project dgn Indonesia. Pengarah hebat pulak Tu. Da yakin Ada Baru cerita yaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
jasmeen replied at 17-11-2022 12:21 AM
nampak tua dah nak jadi heroine.lakonan pun so so je.Kalau macam Inneke Koeshirawati tu walau berumu ...
ha dalam tv cerita tv3 malam2 tu nampak tua dah muka sheols...umur baru 37 kan..banyak makan hati kan macam ni le |
|
|
|
|
|
|
|
jadi pelakon tambahan kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Watak sebagai apa? Sebagai hamba melayu budis dari kerajaan sriwijaya yang di hantar ke kerajaan yindu jawa untuk pulihkan hubungan sesama nusantara kah? |
|
|
|
|
|
|
|
She always try hard nak nmpk good2… jd tak berapa nak minat pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree: jadi pelakon tambahan kah?
Tak kan lah nak jadik heroin kann... Haruslah supporting.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rezeki masing². Nak berlakon dgn suami macam x dapat tawaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by anilanil at 17-11-2022 06:47 AM
Tahniah la. Jadi extra pon rejeki. Si cantik manis dian sastro pon ada je jadi extra dlm filem PGL jadi anak penjual obat. Tp dari segi paras rupa si IK yg lebih layak dpt watak org seberang. Tp dia kan taitai. Buat pa kerja? |
|
|
|
|
|
|
|
Iya..muka nya mmg elok..sekali bercakap suara nya nggak enak..ada mcm kartun sket bunyi nye..pada pandangan iols laaa..suara dia x best..lg nak berlakon cerita yindon..kalau drama melayu ok la |
|
|
|
|
|
|
|
Janji dapat tembus pasaran sana selama ni rata2 hat dapat berlakon dgn produksi indo ni pun tak semua dapat watak utama. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah rasa menyampah lak huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
kdg nampak dia biasa2 je...dlm cerita tu nadia brian ok lagi
kdg rasa kayu juga berlakon mcm kejung je
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni real mmg cantik betul, tp dlm gambar/tv tampak biasa saja |
|
|
|
|
|
|
|
Hujung-hujunggggggggggggg aktor sinetron gred C jahhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
stres agaknya barangkali..even muka si nadia idung jambu pun nampak muda walaupun iollss kalu nampak dia mesti tengok tang idung tu..sangat mengganggu yachh
|
|
|
|
|
|
|
|
oklatu85 replied at 16-11-2022 04:41 PM
Fattah senyap2 je dpt project dgn Indonesia. Pengarah hebat pulak Tu. Da yakin Ada Baru cerita yaaa ...
Fattah project apa??? X tau pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 17-11-2022 07:07 AM
Janji dapat tembus pasaran sana selama ni rata2 hat dapat berlakon dgn produksi indo ni pun tak semu ...
Chew Kin Wah antara yg dapat jadi lead untuk series dekat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Cintakapuri replied at 17-11-2022 09:54 AM
Fattah project apa??? X tau pulak
Sorry chuols tertekan report..nah iol tolong jawap project Fattah kt indo. https://www.instagram.com/p/Ck-429sSRI1/?igshid=YmMyMTA2M2Y= |
|
|
|
|
|
|
| |
|