View: 11889|Reply: 69
|
CERPEN: Rinai Hujan Tidak Membasah [U]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by bintang at 7-11-2010 16:48
Tugas Adni selesai setelah kereta Solahuddin meluncur dari pintu pagar dan membelok di hujung jalan lalu lenyap. Pukul tujuh pagi. Adni akan menutup pagar, melangkah ke teras, masuk ke rumah, dan naik ke biliknya di tingkat atas. Dari kamar itu, melalui kaca gelap yang lebar Adni menatap ke jalan. Jalan blok perumahan yang pendek. Jalan di mana setiap pagi Adni melepas Solahuddin sambil menunduk-nunduk jalannya takut tersilap bertatapan dengan orang lain selain Solahuddin. Jalan di mana setiap pagi Adni merasa seluruh dunia memperhatikannya dan ia merasa tubuhnya menciut, mengecil seperti siput.
Masih ramai orang melintasi di jalan itu. Lelaki berseragam coklat, mungkin pegawai keselamatan di jabatan kerajaan. Perempuan berpakaian serba biru dengan blazer, mungkin pekerja bank. Gadis berpakaian blause ringkas dengan jeans dan bertudung mungkin siswi-siswi IPTA. Mereka mendekap buku entah apa dengan belakangnya, disandang beg yang bergerak turun-naik sesuai irama langkah mereka yang di mata Adni nampak begitu gembira. Ada pelajar sekolah menengah berbaju kurung dan bertudung putih bersama beg sandang yang kelihatan berat. Agak lama mata Adni terpaku pada mereka itu. Sampai tak terasa jalan tiba-tiba lengang, dan waktu menunjuk hampir pukul 08.30 pagi.
Adni kemudian akan menghempaskan tubuh ke katil beralaskan tilam empuk bersaiz king. Di matanya akan tak putus bayangan pelajar sekolah itu. Mungkin sekarang mereka sedang tekun mengadap papan hitam. Mungkin juga guru tak masuk sehingga mereka berhamburan ke kantin atau ke tandas, menghisap rokok. Mungkin ada yang menafaatkan ruang kosang itu dengan mengerjakan tugas berkumpulan. Akan tetapi, tentu lebih banyak dari mereka yang entah bergossipkan apa, lalu terkekek-kekek menahan tawa.
Tiga tahun yang lalu, Adni sebahagian dari mereka. Sebelum, tiba-tiba dia menjadi isteri Solahuddin. Senyumnya lenyap bila mengenang semua itu sudah berlalu. Kini semua itu cumalah menjadi kenangan di benaknya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yesss... bintang kembali dgn cerita nya |
|
|
|
|
|
|
|
Yeh yeh bintang sudah datang...
tak masuk pertandingan ke bintang untuk bln ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeh yeh bintang sudah datang...
tak masuk pertandingan ke bintang untuk bln ini...
qimi08 Post at 25-10-2010 13:37
Untuk cerpen ni tak, sebab agak tak sesuai nak guna nama porumer yang semuanya bombastik nak dimuatkan dalam cerpen versi serius ni... dalam citer bintang yang lain ar .. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerpen baru ek?sugoi ne |
|
|
|
|
|
|
|
Adni masih ingat bagaimana abah dan emaknya, dulu - tiga tahun yang lalu. Mereka ingin mengatakan sesuatu yang khusus dengan Adni. Waktu itu mereka selesai makan malam, dan abah menyuruh adik-adiknya keluar ke ruang tengah. Ina, Adil, dan Epi masuk ke ruang tengah menonton tv yang sudah dimamah tua itu.
Mulanya emak bercerita tentang kesulitan-kesulitan abahnya. Hal yang berkaitan dengan keperluan keluarga. Penyakit buah pinggang emak yang semakin getir jika tidak dicuci selalu dan sudah tentunya memerlukan kos yang tinggi. Lalu cerita beralih ke tempat kerja abah, sebuah kedai yang menjual besi, logam dan berbagai bahan binaan. Adni menduga emak akan bercerita tentang kepayahan atau kesulitan pekerjaan yang ditangani abah dan abah mungkin bakal berhenti atau pindah ke tempat kerja lain. Tetapi ketika cerita diteruskan abah, ternyata abah lebih banyak bercerita tentang kedai itu, kemajuan dan keuntungan yang diperolehi oleh kedai tersebut.
Kerana pembicaraan abah tidak seperti yang Adni bayangkan, dia hairan dan ingin bertanya kerana sama sekali dia tidak memahami pokok persoalan, sejak dari emak bermukadimah sehingga dengan cerita abah. Tetapi cerita yang berputar kemajuan dan kehebatan kedai besar itu tiba-tiba beralih kepada pemiliknya. Dan abah pun bercerita tentang sebuah keluarga. Keluarga terhormat. Kaya, dan sudah sejak lama memiliki perusahaan eksport kayu-kayan, turun-temurun. Seluruh anggota keluarga itu adalah orang-orang yang maju jaya dalam perniagaan. Termasuk si pemilik kedai tempat abah berkerja. Dan ketika kembali bercerita perihal majikannya itu, abah menutup ceritanya dengan;
“Tapi sayang, walaupun sudah hampir empat puluh tahun usianya, dia belum bernikah.”
Waktu itu, mendadak dada Adni berdebar. Dan kiranya, memang.. seperti apa yang didebari pada dadanya, tiba-tiba abah dan emak kemudiannya minta agar Adni bernikah. Bernikah dengan majikan abah yang berusia empat puluh itu. Encik Solahudin, begitulah orang-orang biasa menyebut si pemilik bangunan kedai besar itu. Kata abah, telah berkali-kali Encik Solahudin mengutarakan maksudnya ingin memperisteri Adni.
“Tetapi kami,” lanjut abah, “tentu tak boleh segera menjawab. Dan setelah mempertimbangkan seluhurnya, akhirnya, kami putuskan ... sebaiknya kita terima.”
Adni merasa seolah dunia dilanda gempa. Dia tiba-tiba jadi pening dan kepalanya menjadi berat serta dadanya berombak kencang menahan sebak. Lalu dia terus berlari mengunci pintu ke bilik. Bernikah? Tingkatan 5? Dengan si tua empat puluh tahun Solahuddin? Apakah abah tidak memikirkan perbedaan umurnya dan Solahuddin? Persekolahannya? Dan yang paling penting perasaannya? Bukankah sebuah perkahwinan menuntut sekujur perasaan?
Adni tidak pasti apa yang terjadi sungguh-sungguh nyata. Dia sedaya upaya menolaknya dengan beralasan masih ingin bersekolah dan tetap ingin menduduki peperiksaan SPM. Tetapi emak memujuknya, dia belum tentu dapat meneruskan persekolahan kerana sebahagian peruntukan wang gaji abah adalah membiayai kos pengubatan sakit buah pinggang emak yang setiap selang dua hari harus di cuci. Dan selama itu juga Encik Solahuddin membantu biayainya. Oleh kerana itu juga abah terhutang budi dan tersangat malu untuk menolak permohonan Encik Solahuddin memperisterikan Adni. Adni meraung menekup mukanya ke bantal dan emak mengusap rambutnya seraya berkata;
“Kamu akan bahagia Adni, percayalah. Hidup ini bukan hanya berlandaskan cinta semata tapi hidup sangat perlu kepada wang ringgit. Dewasa nanti kamu akan faham kenapa kami lakukan ini untuk kamu, nak. Kerana inilah kebutu*an hidup. Kamu akan dilimpahi kemewahan kelak dan tentu kami tida ingin kamu seperti kami. Emak dan abah ingin melihat kamu bahagia nak.”
Adni mengharapkan semua ini cumalah mimpi. Namun semua itu memang bukan mimpi. Dan hari-hari kemudian adalah hari-hari yang mendebarkan. Sehingga tiba saat hari dia diijabkabulkan. Tangisnya sudah tidak bererti lagi.
Apalagi ketika tiba malam pertama itu. Adni benar-benar panik. Tidak tahu. Tidak ingin, dan terasa ingin berteriak semahunya. Tetapi ternyata suaminya Solahuddin hanya menatap dirinya sekilas dan kemudian tidur membelakangi Adni. Seolah-olah Adni adalah jembalang berwajah puaka. Saat itu, sungguh; Adni sangat lega. Tetapi mungkin malam besok, fikirnya dalam ketakutan.
Namun, malam esoknya dan juga malam berikutnya, Adni masih juga dibelakangi. Dia bersyukur. Namun debarannya kian bermula, mungkin di rumah baru, duga Adni. Tetapi ketika seminggu kemudian mereka pindah ke Taman Mahligai, medan perumahan mewah yang berpusat di celah bandar – rumah Solahuddin. Apa yang ditakutkan Adni ternyata juga tak terjadi. Malam pertama di rumah itu suaminya Solahuddin keluar lewat senja dan pulang pada dinihari. Dan pulangnya dengan seorang lelaki. Setelah beberapa ketika mereka berbual, Adni fikir lelaki itu akan pergi. Tetapi ternyata tidak. Adni dibiarkan suaminya Solahuddin tidur sendiri. Dan suaminya Solahuddin, tidur di bilik bawah dengan lelaki asing itu.
Ketakutan yang lain segera menyergap Adni. Sepanjang malam. Sepanjang malam? Tidak. Sepanjang tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
Solahuddin... ada yg x betul dgn mamat ni ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bintang...tahniah utk karya terbaru....
kak qimi....apakah solahuddin berkahwin utk menutup kekurangan diri....... |
|
|
|
|
|
|
|
bintang...tahniah utk karya terbaru....
kak qimi....apakah solahuddin berkahwin utk menutup kekur ...
Ju'a Post at 25-10-2010 15:51
Akak pun berfikir begitu jua....
kita tunggu episod seterusnya..... |
|
|
|
|
|
|
|
bintang... adakah solahuddin itu seorang gay aka homoseksual??? Aduhhh kasihan bangat sama adni... menderita zahir batin lah nampaknye nih... |
|
|
|
|
|
|
|
salam...
wah crite bru..
tumpang bc ek... |
|
|
|
|
|
|
|
best best best bintang... nak lagiii!!!!!!!!!
next next next next... |
|
|
|
|
|
|
|
gay ke suami adni????
kesian muda,terpaksa berhenti sek and kawen...oklah...
tapi dapat laki gay...huhuh.... |
|
|
|
|
|
|
|
apa dah jd?..klu gay,knp nak kawen dgn adni?.. |
|
|
|
|
|
|
|
belum ada sambungan dari bintang... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lg bintang...menarik gak nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
cam ada sedikit pembaharuan dlm penulisan kali ini... walau belum abis khatam tapi dpt dirasakan bintang tetap unggul dgn cara tesendiri nnti...
bila nak masuk pertandingan???? |
|
|
|
|
|
|
|
takkan suaminya gay??? cepatlah sambung bintang, tak sabo ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas pukul lapan pagi sehingga nanti orang-orang mulai kembali pulang ke taman perumahan itu sekitar pukul enam petang, bagi Adni memang waktu yang lengang. Tidak ada yang dapat dia lakukan. Hampir seluruh pekerjaan di rumah ini dilakukan oleh Mak Inah. Wanita usianya sekitar lima puluh tahun. Adni tidak pasti sejak bila perempuan separuh usia itu menjadi orang ‘kepercayaan’ suaminya Solahuddin. Tetapi pastilah sudah sangat lama. Kerana, dari cara dia melayani apa pun keperluan Solahuddin, jelas sekali bahawa perempuan itu sangat faham. Jauh lebih mengerti dan tahu daripada Adni sendiri. Mak Inah kurang berbicara dan mengelak dari berbual kosong dengan Adni. Habis tugasannya sekitar pukul empat petang, Mak Inah akan pulang ke rumahnya yang Adni tidak tahu di mana kerana dia tidak pernah diberitahu. Sekitar pukul tujuh pagi Mak Inah sudah pun menjongolkan diri di pintu belakang rumahnya.
Satu-satunya hal tak penting yang dapat dilakukan Adni setelah pukul lapan, mungkin hanyalah membuang sampah. Sampah dari biliknya sendiri ke tong sampah besar sebelum lori sampah muncul mengambil sampah sekitar pukul sembilan pagi. Itu pun tidak dapat setiap hari dia lakukan. Bukan hanya kerana memang tidak ada sampah. Tetapi kerana sejak tiga atau empat minggu kebelakangan ini, setiap kali Adni membuka pintu dan muncul di laman, dia merasa ada sepasang mata - dari rumah depan seberang jalan - selalu memperhatikannya.
Walau hampir tidak pernah berbicara atau berkomunikasi dengan siapa pun jiran tetangganya – yang sememangnya dipisahkan oleh pagar tembok batu tinggi melebihi kepalanya - Adni tahu bahawa sekitar dua bulan lalu rumah berhadapan rumahnya itu didiami oleh penghuni baru. Bukan sebuah keluarga. Tetapi hanya seorang lelaki. Lelaki aneh, fikir Adni setelah beberapa minggu sedar bahawa lelaki itu lebih banyak tetap tinggal di dalam rumah. Tidak pernah Adni mendapati lelaki di sini - lelaki dewasa di kediaman sini tetap diam di rumah. Mereka akan bergegas ke luar rumah sebelum pukul lapan. Jadi Adni berfikir lelaki yang mendiami rumah yang berhadapan dengan rumahnya ini adalah seorang yang aneh. Apakah pekerjaannya? Bertanya ia sendirian.
Adni tentu tidak bertanya-tanya atau tidak begitu peduli kepada lelaki itu jika si lelaki tidak didapatinya sering memperhatikannya. Di balik nakoh, tirai tersibak, dan lelaki itu lenyap tiba-tiba seperti malu bahawa Adni tahu dia diintip. Dan seperti laki-laki itu, Adni turut bergegas masuk ke rumah dan menutup pintu cepat-cepat. Seharian itu, beberapa kali terbayang di kepala Adni peristiwa itu. Juga terbayang olehnya beberapa sangkaan. Sangkaan buruk. Mungkin lelaki yang sering mengintainya dari balik tirai itu adalah seorang penjahat. Iya, siapa tau? Sedangkah dia sendiri kurang mengenali tetangga sehingga Mak Inah pun dia kurang mengenali secara pribadi. Kerana Mak Inah sendiri kurang ingin beramah tamah dengannya malah sering bermasam muka. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|