CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3091|Reply: 68

[Tempatan] Peguam Najib dakwa RM46 juta duit Najib di kondo, dicuri. Sapow yg curik nih?

[Copy link]
Post time 14-11-2022 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Peguam Najib dakwa RM46 juta duit Najib di kondo, dicuri

https://www.bharian.com.my/berit ... jib-di-kondo-dicuri

Oleh Faris Fuad - November 14, 2022 @ 2:54pm
[email protected]


Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa RM46 juta milik bekas Perdana Menteri itu yang disimpan di sebuah unit kondominium Pavilion Residence di sini, dicuri.

Muhammad Shafee berkata, ia berikutan wang keseluruhan yang disimpan berjumlah RM160 juta, namun polis hanya menemui RM114 juta yang kononnya didakwa hasil penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ketika menyerbu premis itu pada 17 Mei 2018.

Pihak berkuasa itu juga tidak mengira wang di lokasi serbuan, sebaliknya di tempat lain yang menimbulkan pelbagai persoalan.

"Selepas keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 9 Mei 2018, ada serbuan dan banyak barang dirampas di premis itu. Kerajaan baharu ketika itu diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan wang itu dicuri daripada 1MDB.

"Ingat perkara itu. Najib memaklumkan wang yang ada adalah RM160 juta bukan RM114 juta. Maka, ada orang mencuri sejumlah wang itu. Polis pun tidak beritahu bagaimana wang ditemui itu dibungkus dan tidak menyerahkan senarai barang rampasan kepada penghuni premis itu.

"Selain itu, dalam premis itu ada jam tangan milik Najib dan beg tangan milik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Mahkamah ada membuat keputusan mengenai perkara itu antaranya RM114 juta diserahkan kembali kepada Najib dan mengesahkan ia tiada kena mengena dengan 1MDB," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah di sini, hari ini, selepas mendengar keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kerajaan melucut harta bernilai kira-kira RM80 juta didakwa hasil penyelewengan dana 1MDB.

Harta itu membabitkan 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan didakwa milik Najib serta Rosmah disita di Pavilion Residence, milik Obyu Holdings Sdn Bhd.

Pada 20 Mei 2021, kerajaan gagal dalam permohonan untuk melucut wang tunai berjumlah RM114 juta yang disita, didakwa milik Najib dan UMNO.

Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wang dirampas dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd itu diperoleh daripada kesalahan pecah amanah.

Muhammad Shafee berkata, Najib sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang itu.

"Kita minta polis siasat polis (yang serbu premis itu). Ia akan mengambil masa. Kita akan ambil tindakan lain, tunggu masa yang sesuai," katanya.

Ditanya permohonan Najib kepada Jabatan Penjara untuk mengundi pada PRU15, Muhammad Shafee berkata tidak tahu mengenainya.

"Saya juga tidak pasti jabatan itu membenarkan banduan untuk keluar mengundi. Sudah tentu pengarah dan pegawai penjara dibenarkan pergi mengundi," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini biasa terjadi. Polis rampas duit/barang, akan ada sebahagian yg hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 05:50 PM | Show all posts
kaya betul orang kerja 1mdb. nasib baik kaka kerja kerani poen je. tekan2 keluar duit.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 05:53 PM | Show all posts
Harta itu membabitkan 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan didakwa milik Najib serta Rosmah disita di Pavilion Residence

banyak betul  juling mata
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit terlampau banyak..bank pun tak nak terima, kena simpan kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 06:15 PM | Show all posts
dr mn sumber duit byk2 tu... tnya jerrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-11-2022 05:50 PM
kaya betul orang kerja 1mdb. nasib baik kaka kerja kerani poen je. tekan2 keluar duit.

Apa ni carut2 hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi byk nauuu duit, sapa plak yg cicirkan duit 46 juta tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
iolss replied at 14-11-2022 06:15 PM
dr mn sumber duit byk2 tu... tnya jerrrr

Seperti yg telah diberitahu oleh Najib, duit itu datang dari penyumbang dana politik utk PRU-14, Senarai penyumbang2 pun telah diberi kpd pihak polis.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 14-11-2022 06:45 PM
Seperti yg telah diberitahu oleh Najib, duit itu datang dari penyumbang dana politik utk PRU-14, S ...

Susah nak percaya sebab dulu ckp 1mdb xde penyelewengan sekali duduk sungai buloh. Cmne nak percaya cakap banduan vip?

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-11-2022 05:50 PM
kaya betul orang kerja 1mdb. nasib baik kaka kerja kerani poen je. tekan2 keluar duit.

Kerani poen tu hapa benda sis?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 14-11-2022 06:45 PM
Seperti yg telah diberitahu oleh Najib, duit itu datang dari penyumbang dana politik utk PRU-14, S ...

Penyumbang politik tu pe jadah bagi handbag?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi bila duit hilang..maka sabitan akan digugurkan ke? Atau saja nak timbulkan isu. Najib ada complete lejar ke berapa jumlah duit yang dia simpan kat umah tu? Ada gate keeper yang catit semua duit keluar masuk?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-11-2022 05:50 PM
kaya betul orang kerja 1mdb. nasib baik kaka kerja kerani poen je. tekan2 keluar duit.

Syukurler tekan2 ada duit yg keluar, sedangkheun ramai diluar sana yg tekan tekan sampai kad ditelan mesin sebab more than 3 attempts, convinced masih ada duit didalam...

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 14-11-2022 08:38 PM
Kerani poen tu hapa benda sis?

Lebih banyak mengular dari bekerja....

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-11-2022 05:53 PM
Harta itu membabitkan 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan didakwa milik Najib ser ...

Masa bila pakai bra emas?
Masa halloween ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 14-11-2022 08:38 PM
Kerani poen tu hapa benda sis?

Poen tu cabuk ( kerani kerja rendah kuli) -
Ada tempat poen tu lucah atau bahasa lain tempat bau ikan masin.

Sama cm kopek, kopek buah maksudnya kupas buah

Kopek kt kelantan maksudnya hantu kopek vokuru

Contoh lain

Pilak kt sabah mereka panggil pilak
Kat semenanjung mereka panggil long tiger atau rohingya

Benda yang sama je cuma lain tempat lain maksud
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 14-11-2022 08:53 PM
Masa bila pakai bra emas?
Masa halloween ke?

Level org kaya beli sebagai collection bukan nak pakai sgt pun. Kira collector item je

Kita je beli nak menayang.huhu.

Org kaya simpan private item kt penthouse. Kita simpan celah bantal celah katil, lepas tu tuduh bibik friska curi. Walhal dia xcuri pun brg kemas dia sondol lelaki org je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai pulak dia berkira bila orang sakau harta dia. Anggap je la yg hilzng tu you bagi  'hadiah' kat sapa2 yg ambil. ????
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2022 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk nye duit berjuta simpan dlm rmh. Malam2 agaknya tido sambil tabur2 duit atas tilam ngan rosmah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.072744 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list