CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2346|Reply: 26

Tragedi Nak Pergi Kerja- Jururawat Maut, Kereta Hilang Kawalan Langgar Lori

[Copy link]
Post time 4-11-2022 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Selangor: Perjalanan seorang jururawat ke tempat kerja bertukar tragedi apabila wanita itu maut dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat persimpangan lampu isyarat Pekan Lama Kuala Selangor.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, wanita berusia 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan sebuah lori jenis Isuzu.




Foto: Harian Metro




Menurutnya, siasatan mendapati mangsa yang juga jururawat sebuah hospital swasta dalam perjalanan dari rumahnya di Sabak Bernam menghala ke Shah Alam.


"Apabila melalui jalan selekoh, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah lori.


"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Ramli berkata, punca kematian mangsa masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata sepasukan sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu.


Beliau berkata, mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2022 01:01 PM | Show all posts
Allahu... kesiannya lah haiii. aku mmg seram bila baca berita2 gini. nnt aku nak drive mulalah aku cuak tgk lori, tgk motor semua
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 01:02 PM | Show all posts
Edited by blastoff at 4-11-2022 01:04 PM

AEFI VAKSIN ? Asyik terbabas je MANYAK dahhh keta sana sini . Adakah tengah bawak keta jadi sesak nafas, pening ,pitam , koma, lalu hilang fokus ekk kemudian keta mulalah terbabas jadinyaaa?


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
blastoff replied at 4-11-2022 01:02 PM
AEFI VAKSIN ? Asyik terbabas je MANYAK dahhh keta sana sini . Adakah tengah bawak keta jadi sesak na ...

Walaupun begitu, aku tetap kesian kerana misi ini pasti sudah diugut kaw-kaw supaya ambil air suchi atau dibuang kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Vaccident ker? Takziah kpd keluarga mangsa.

Yang kes kat Alor gajah melaka tu langgar lori berhenti nak letak kon, both husband and wife also Nurse kan?

Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Triple_8 replied at 4-11-2022 01:44 PM
Walaupun begitu, aku tetap kesian kerana misi ini pasti sudah diugut kaw-kaw supaya ambil air such ...

Yang paling keji adalah dikalangan Dr dan Nurse staff KKM yang mereka sendiri tak cucuk,  sebab mereka sendiri boleh key in dalam system nama mereka ada digital cert, tapi mereka galakkan orang ramai untuk cucuk.

Yang ni manusia paling keji dunia akhirat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2022 02:23 PM | Show all posts
Haaa....rumah kat Sabak Bernam keje kat Shah Alam...??? Bawak laju ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 02:26 PM | Show all posts
tungkai replied at 4-11-2022 02:23 PM
Haaa....rumah kat Sabak Bernam keje kat Shah Alam...??? Bawak laju ke?

jauh tu..rela cari rumah sewa area Klang atau Shah Alam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2022 02:48 PM | Show all posts
tungkai replied at 4-11-2022 02:23 PM
Haaa....rumah kat Sabak Bernam keje kat Shah Alam...??? Bawak laju ke?

myvi mana boleh tak laju..
tak king la gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 03:38 PM | Show all posts
jauhnye keja..dari Sabak ke Shah Alam..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 4-11-2022 02:14 PM
Yang paling keji adalah dikalangan Dr dan Nurse staff KKM yang mereka sendiri tak cucuk,  sebab me ...

Mereka dapatkan sijil tipu, itu sebuah kebijaksanaan. Mereka suruh orang lain cucuk, itu memang keji. Kalau mereka suruh cucuk sebab bos suruh, itu namanya hamba abdi scammer yang akan disumbat dengan cota elektrik jika melawan bos.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 4-11-2022 02:26 PM
jauh tu..rela cari rumah sewa area Klang atau Shah Alam.

Kot ada asrama kt hospital
Blk kejap2
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tu la.. maybe sabak bernam tu rumah family
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
muda nya lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 4-11-2022 02:23 PM
Haaa....rumah kat Sabak Bernam keje kat Shah Alam...??? Bawak laju ke?

Kjer KKM mmg byk yg dok jauh2. Gaji bkn besar mana. Naik pangkat yg x seberapa dipindahkan jauh2. KKM ni doktor je dpt byk benefit
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 4-11-2022 08:11 PM
Kjer KKM mmg byk yg dok jauh2. Gaji bkn besar mana. Naik pangkat yg x seberapa dipindahkan jauh2.  ...

Kejer nurse sepital swasta pun kira under kkm ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 4-11-2022 08:49 PM
Kejer nurse sepital swasta pun kira under kkm ke

Mksudnya cmne tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 4-11-2022 09:18 PM
Mksudnya cmne tu

Nurse swasta bukan under kkm lah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
jiran umah teres haku laki die keje Dr pakar tulang kat serdang n isteri die keje gomen safety kat putrajaya...laki bini ulang alik seremban serdang/putrajaya...skang katanyer tgh apply keje kat htj atau area semban..jauh ooo keje
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
alfatihah utk arwah...semoga ditempatkan bersam org2 yg beriman
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.414339 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list