View: 8204|Reply: 134
|
Lelaki Berhabis RM700 Sebulan Hanya Untuk Beli Kopi Hari-Hari, Ramai Risau Takut Mati Pucuk
[Copy link]
|
|
Seorang jejaka yang ketagih kopi sanggup membelanjakan lebih RM700 sebulan untuk minuman tersebut!
"First time track monthly coffees spending (Pertama kali membuat rekod perbelanjaan kopi bulanan). Tak berani nak total up," demikian kapsyen yang ditulis dalam satu ciapan di Twitter.
Dalam perkongsian tersebut, pemuda bernama @BaqirNajh turut membuat senarai harga kopi yang dibelinya setiap hari, sepanjang bulan Oktober di beberapa kafe termasuk francais kedai kopi terkenal.
Gambar Hiasan
Mengejutkan, jumlah yang dibelanjakan untuk membeli kopi berjumlah RM706 itu menyamai ansuran bulanan sebuah kereta!
Menerusi rekod perbelanjaan itu juga, ada beberapa hari di mana pemuda tersebut membeli kopi sebanyak tiga kali atau tiga cawan dalam sehari.
Perkongsian tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen, dengan segelintir daripadanya yang juga dalam kategori pencinta kopi, mengakui berkongsi 'masalah' ketagihan yang sama.
Ada juga yang berpendapat jumlah sedemikian tidak berbaloi untuk dihabiskan demi kopi semata-mata kerana boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.
"Lepas la nak bayar Myvi.
"Aku pula spending untuk barang dapur dan makan setiap bulan pun takut nak total up," komen netizen.
Namun ada juga netizen yang mencadangkan agar pemuda tersebut membeli mesin kopi untuk diletakkan di rumah kerana ia ternyata lebih menjimatkan.
"Average sehari RM22.80. Wow banyak tu sedara!
"Beli manual press machine seperti french press. Hanya sekitar RM200.
"Beli sebiji mesin kopi boleh save banyak in the long run. Buat drip kopi untuk ice latte lagi sedap kot dari beli luar," demikina antara cadangan netizen.
Namun tidak kurang juga ada yang khuatir tabiat pengambilan kopi berlebihan akan menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan.
"Bukan nak jadi party pooper (perosak suasana), tetapi kawan-kawan, tolong kawal pengambilan kafein dan gula anda.
"Tak takut ke kalau minum kopi banyak-banyak boleh mati pucuk?
"Memang hari-hari minum coffee ke? Ya Allah tidur macam mana? Terganggu tak?" demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
mmg kalau dia jenis berduit takde la apa. Yang katanya income tak banyak, underpaid. tapi selalu je tengok dok order kopi setaqbaq zus coffee bean mcm kan takde masalah |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, kalau dah macam tu suka coffee, kau beli lah coffee machine. Dah murah dah sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah, aku bukan peminat kopi kut jadi kopi stabak tu daku rasa biasa-biasa saja. |
|
|
|
|
|
|
|
lantak la dia mati pucuk ke apa
bkn dia laki kau
hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
cara baru nak flex berduit ke ni |
|
|
|
|
|
|
|
Acah3 a.k.a flex je ni. Coffee addict / lover x perlu pon kedai kopi franchise ni, sesekali ok la. Lagi baik invest beli coffee machine. Aku pon x faham orang yg berselera amat dengan air kopi aneh2 super manis ni. Aku minum 3 cawan sehari tapi grind sendiri kat rumah la. Bajet sebulan x sampai 100 pon |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Coffee lover xminum campur gula. Biar pior kopi semata.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak memang tak boleh minum kopi Starbucks, setiap kali minum mesti pening kepala |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnye coffee ni baik ke tak kalo konsume mcm brader ni?
sbb ade sorg minah ni iols tgk tetiap hari dia flex dia mengkopi tp anak kecik2 lg menyusu badan
kompius meols kdang2 |
|
|
|
|
|
|
|
Jap akak nak tanya apa beda ko beli je biji kopi lepas tu rebus sendiri kat rumah pakai periuk masak gulai tu jah, dengan beriya pakai coffee machine tu sister? Adakah ada beza rasa atau beza caffeine produced nya sister-sister sekalian alam? |
|
|
|
|
|
|
|
bleh tak nak kata pengambilan kopi berlebihan ni punca anak2 muda skrg over anxiety? |
|
|
|
|
|
|
|
RM700 just for coffee??? Damn!!! |
|
|
|
|
|
|
|
x berbaloi berabis byk2 utk coffee. byk serbuk kopi y sedap tp kena bancuh sendiri. ala bukan susah sgt. y betul2 gila kopi x beli kopi starbuck hari2. lokal kopi lg kick. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lately ketagih kopi.dah setahun ni aku macam hari2 nak kopi. Arghhhhh mencik. Dulu aku tak.suka sangat. Sebab jadi tak tidur lepastu badan menggeletar kurang zat. Sejak tahun lepas aku jadi suka plak..mujur boleh control lagi tak minum hari2. Kulit memang kusam ehhh. Arghhhhh cmne ni..dia macam rasa sensasi dan segar je lepas minum tauuuu. Baru tau patutlah ramai ketagih. |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti keja company2 mnc or glc ker....tu yang tak kisah beli kopi memahal everyday
anyway, meols rasa kalau bujang, beli kopi machine tak berbaloi....biasa orang beli kopi otw to work...jarang sangat yang pagi2 minum kopi lepas tu pegi kerja..for sure lambat
out of topic jap...selalu dapat iklan2 jenis macam..beli this machine/alat/ dah tak perlu dah pegi kedai beli bla bla bla...kalau kau jenis pengguna almost everyday takpe la jugak...ini lepas beli..sebulan sekali pun x guna...baik beli dari kedai jerla...membazir beli mesin tak pakai pun....meols tau..sebab meols pun terpengaruh .....dah beli mesin...sudahnya..tak sampai 2 kali pakai.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|