View: 4821|Reply: 47
|
Alyph Glamour Mendadak Sebab Lagu Swipe, Tak Sisa-Sia Pilih DS Vida!
[Copy link]
|
|
Hampir tiga tahun 'bertapa' mencari identiti muzik dirinya, ada hikmah di sebalik penantian Alyph. Bukan sekadar kenal dirinya sekarang, bahkan karyanya sudah cukup kukuh hala tujunya.
Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah, 33, menyifatkan beberapa tahun kebelakangan ini begitu mencabar buatnya. Dia tercari-cari bunyi yang paling tepat untuk dirinya sebagai artis.
Foto: IG
Mana tidaknya, terdahulu dia lebih aktif menerbitkan lagu untuk penyanyi lain. Ketika itu, dia terpaksa ketepikan pencarian hala tuju muziknya demi memberi laluan berkarya untuk orang lain.
Justeru, tampil dengan lagu baharu berjudul Swipe memberikan kepuasan maksima buat anak jati Singapura ini.
Katanya, kini dia yakin acuan tepat pada muziknya sudah ditemui dan pasti.
"Saya makan masa dua hingga tiga tahun untuk mencari diri dan bunyi saya. Sebelum ini saya banyak buat lagu untuk orang lain dan saya pun sudah rasa kekok bila nak hasilkan lagu sendiri.
"andemik Covid-19 jadi hikmah buat saya. Saya dapat teroka diri dan ada cuba hasilkan lagu trilogi yang sebenarnya cuma 'mixtape' kerana saya nak cuba bunyi saya saja," katanya.
Alyph berkata proses teroka diri itu sentiasa berjalan sepanjang tempoh terbabit. Menurutnya, dia sebenarnya ada lagu lain yang cukup tepat dengan bunyinya sebelum memilih melancarkan Swipe.
"Bila saya dapat satu bunyi ini, sebenarnya bukan lagu Swipe tapi lagu lain. Daripada lagu itu, saya terus dapat ilham buat 15 lagu secara terus-menerus dalam jangka masa dua minggu.
"Daripada jumlah itu, banyak perbincangan dibuat dengan label dan pengurusan yang mana satu perlu dilancarkan dulu. Akhirnya kami sepakat pilih Swipe," katanya.
Menariknya, Alyph turut menampilkan usahawan Datuk Seri Vida atau DSV dalam lagu terbabit.
Menurutnya, penampilan DSV berlaku tanpa dirancang dan itu juga punca Swipe ambil sedikit masa dilancarkan.
"Lagu Swipe sebenarnya pendek, cuma dua minit saja. Saya mahu bergandingan dengan orang lain tapi masih tercari-cari siapa paling tepat untuk lengkapkan lagu ini.
"Apa yang saya buat, saya pergi cari di YouTube, filem, dokumentari, demi sepotong skrip yang gempak. Saya nak sesuatu yang menarik dan akhirnya macam-macam bunyi keluar.
"Akhirnya saya jumpa satu klip yang ada suara milik DSV. Kebetulan, suara dialah yang paling sesuai. Label pun cadangkan suruh panggil saja dia dan cakap sesuatu yang mengenai lagu itu," katanya.
Mengenali Alyph, ramai pasti tahu dia pengkarya yang cukup teliti dengan kerjanya. Sebaiknya, dia benar-benar jaga reputasi karyanya serta dengan siapa dia jalin kerjasama.
Lantas, penampilan DSV semestinya mencetuskan banyak persoalan. Adakah tahap kualiti karyanya akan dipertikai gara-gara menggunakan kelibat usahawan penuh kontroversi terbabit?
Bagaimanapun, Alyph ada pendirian tersendiri dan dia yakin dengan cita rasa ditetapkan secara peribadi. Menurutnya, tujuan bekerjasama dengan DSV adalah untuk menghapuskan sentimen berkaitan 'melacurkan' industri.
"Saya nak tunjukkan bahawa media sosial bukan semata-mata apa kita nampak. Kalau buat kerja (muzik) dengan cita rasa yang memikat, insya Allah hasilnya akan diterima orang dengan baik," katanya.
Alyph juga berpendapat ada baiknya menyogok peminat dengan sesuatu yang menarik perhatian secara pantas di media sosial. Apa saja yang tular pasti jadi tatapan sepantas kilat.
Namun, dia boleh memilih jalan lain untuk cetus kontroversi tapi akhirnya memilih cara lebih bercita rasa tinggi.
Dia yakin pemilihan DSV tepat dalam misi hapuskan sentimen sinis membabitkan individu sebegitu.
"Sekarang ramai orang buat benda yang mesti kena tular. Matlamat utama orang sekarang adalah tular di media sosial. Saya boleh sahaja nak buat kontroversi tanpa membabitkan Vida tapi saya memilih untuk tidak berbuat demikian.
"Itu bukan sebab mengapa DSV ada dalam lagu ini. Ia boleh dilaksanakan dengan cita rasa tinggi. Dengan kerjasama ini, saya nak hancurkan sentimen terbabit sepenuhnya," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekali tengok macam mat yo...sekali macam laki nora denisss,sekali macam topi nasi..
Ntahla nakkk..kompius aku |
|
|
|
|
|
|
|
Macam akan jadi One hit wonder je |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 1-11-2022 04:38 PM
Macam akan jadi One hit wonder je
Kenapa pulak
Banyak dah lagu Alif @ Alyph ni popular
Alif Sleeq.. kenal kan? |
|
|
|
|
|
|
|
kat tik tok or ig skrg ada dua jer lagu femes.. tgk story/vid orang lagu ni...alih story/vid lain lagu tu
kalau tak si swipe neh...satu lagi, lagu ala2 kekampungan bertik tok berdua ah schweetnyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Adik tiri bossned ke |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh...ahli kumpulan Sleeq tu ke mamat ni?
S'porean kan heols?
|
|
|
|
|
|
|
|
Acik suka sgt lagu sleeq dgn najwa latif dlu.. Untuk dia kot tajuknya. Sdp jg suara dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 1-11-2022 04:38 PM
Macam akan jadi One hit wonder je
Nope....lagu dia byk hits |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat jugak dia
Letupan lagu lagu dia |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu ni catchy with lots of swag, typical rap song material. Kalau ada vida lagu tak sedap pun tak jadi hit, u know what i mean. Viva la vida loca ni sekadar watak tempelan je. |
|
|
|
|
|
|
|
alif sleeq buat lagu Panas De fam tu pon sedap... |
|
|
|
|
|
|
|
Tunan replied at 1-11-2022 05:03 PM
Kenapa pulak
Banyak dah lagu Alif @ Alyph ni popular
Alif Sleeq.. kenal kan?
Oh yeke chuolllzzahhh?
Maafin hakak yg kertu yinnih. Sbb hakak tak kenal beliau.
Dgn PC ini, hakak memohon maaf kpd Dak Halip, kerana mengatakan beliau mungkin One Hit Wonder.
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakominami replied at 1-11-2022 06:25 PM
Nope....lagu dia byk hits
Maafin hakak chuols, hakak tak kenal beliau
Nampakkan sgt hakak kertu |
|
|
|
|
|
|
|
He solo ke? Masa dgn sleeq he x menonjol |
|
|
|
|
|
|
|
Simple tp blh layan except part tok bidah.haha |
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 1-11-2022 07:17 PM
He solo ke? Masa dgn sleeq he x menonjol
Dh Kawen jugak rasenye alip ni |
|
|
|
|
|
|
|
Haha.
Masa baca tajuk aku pronounce alipah..rupanya aliff.. millennium sgt ejaan nama ko dik |
|
|
|
|
|
|
|
Xtau pun vida ada. Tau pun sbb meerqeen helok tu |
|
|
|
|
|
|
|
Lavender_Violet replied at 1-11-2022 05:23 PM
Ohhh...ahli kumpulan Sleeq tu ke mamat ni?
S'porean kan heols?
Org dia putih bersih..sblm COVID ada berapa kali terserempak kat lift tempat kerja SBB ofc sebelah production HSE..isteri dia pelakun sambilan kadang dia shooting kat corridor ofc. Diaorg ni tak poyo bagus! |
|
|
|
|
|
|
| |
|