CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3421|Reply: 29

[Tempatan] Di mana Nur Safiyyah......berumur 12 tahun

[Copy link]
Post time 27-10-2022 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Di mana Nur Safiyyah

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-mana-nur-safiyyah

Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
[email protected]

Disiarkan pada: Oktober 27, 2022 @ 4:48pm


NUR Safiyyah dilaporkan hilang dari kediaman keluarga semalam. FOTO ihsan keluarga

Parit Buntar: Seorang ibu merayu orang ramai mengesan anaknya yang menghilangkan diri dari rumah sejak semalam.

Nur Safiyyah Mohd Syukri, 12, disedari hilang oleh ahli keluarga pada jam 7 malam selepas mendapati pintu di rumah di Kampung Parit Tok Hin, Kuala Kurau, di sini, terbuka.

Ibunya, Misiah Sahar, 35, berkata, ahli keluarga ada menghubungi anak ketiga daripada lima beradik itu namun panggilan tidak dijawab.

"Kami sekeluarga tak tahu dia ke mana. Ada panggilan telefon daripada orang awam yang mengatakan kelibat anak ada di sekitar sini saja, ada juga yang memaklumkan dia akan pulang tak lama lagi.

"Kami cuba menghubungi telefon bimbit yang dibawanya. Pada awalnya panggilan dapat dibuat beberapa kali tapi tidak berjawab.

"Namun selepas itu panggilan disekat termasuk di WhatsApp," katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, anaknya dipercayai keluar dari rumah dengan membawa dua beg termasuk beg pakaian serta duit dianggarkan RM200.

Misiah berkata, tidak berlaku sebarang perselisihan faham antara Nur Safiyyah dengan ahli keluarga lain termasuk dia dan suami.

Menurutnya, dia dan suami pergi ke balai polis berhampiran bagi memaklumkan kejadian namun laporan hanya boleh dibuat selepas 24 jam kehilangannya.

"Pada jam 8 malam ini, kami akan buat laporan dan saya mohon jasa baik pihak yang mungkin mempunyai maklumat atau mengetahui di mana anak saya berada supaya menghubungi kami atau memaklumkan pada balai polis berhampiran," katanya.

Kehilangan Nur Safiyyah turut dikongsi di laman sosial yang turut memaparkan nombor telefon Misiah iaitu 017- 483 9569.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 05:22 PM | Show all posts
kalau dah angkut beg duit segala tu, memang nak lari la..
ayat cliche sangat takde selisih faham tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:30 PM | Show all posts
comel budaknyeee... ko lari mana nak oiiii??kehidupan luar rumah tu tak menyeronokkan pun. duduk rumah je senang, semua mak bapak sediakan, walaupun ada benda yang ko nak tapi diorg tak bagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lattew nakk..  Belajar2 la isap siput sedut.  Untong2 boley wat duit.  Next!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ada la tu numpang:
1.kawan
2.saudara mara
3.boifren
-xkan tido bawah jambatan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam pun ada sorang budak pompuan nak lari rumah sebab stress dgn family. Umur baru belasan tahun yach! Ntah2 budak ni. Buatnya kau kena rugul, satu hal pulak nak kena hadap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Baruuu 12thn..apala yg streh sgt idop mkn tanggung berak cangkung lg ngn makAyah. Bulu pubis pn baru2 nk blaja tumbuh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga kamu Selamat ya sayang..balik ke pangkuan kluarga kamu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakhbar.. i feel for the family dah la anak perempuan. ade lah pengaruh yg x baik dari org sekeliling ni. minta dijauhkan Allah anak2 kita buat mcm ni. moga anak ni pulang la balik dgn selamat
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 02:08 PM | Show all posts
Semoga kanak-kanak tersebut dapat ditemui dalam keaddan yang selamat, tapi rasa curiga berkenaan statement tiada selisih faham, itu sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 02:17 PM | Show all posts
deme gaduh pasai apa nih?
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 02:39 PM | Show all posts
wahwah 12 tahun dah bg hp segala. budak tu pon rupa boleh tahan. yelah klu compare dgn acikla dulu. masa 12 tahun berlemuih dok tepek fair n lovely nak bagi putih. ni okla ni. jaga anak tak betul2.. 12 tahun dah pandai lari rumah ye
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
black_handbag replied at 28-10-2022 02:39 PM
wahwah 12 tahun dah bg hp segala. budak tu pon rupa boleh tahan. yelah klu compare dgn acikla dulu.  ...

Sejam pdpr tuhari mmg wajib ada handphone sis..susah kalau budak sekolah xdak handphone ni..bukan stakat gmeet ja..semua kerja sekolah cikgu update kat group telegram..group whatapp..kalau ank ramai mmg xsempat mak nk pantau.
Ank aii yg pra sekolah & darjah 2 tu pun ada phone..tapi aii xletak la simcard. Dia cuma boleh kol/VC pakai messenger ja..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan segala urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
balikla nak..mak kamu tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 05:12 PM | Show all posts
Yang ni kabarnya dah jumpa yang satu lagi tu belum jumpa lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 28-10-2022 05:12 PM
Yang ni kabarnya dah jumpa yang satu lagi tu belum jumpa lagi

alkisahnya..acaner???
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ditemui selamat di Klang. Naik bas sorang-sorang pi rumah kawan yang baru dikenali sebulan. Gitu la laporan metro.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
2 beg ko usung nak, nape ni???mujur reti bawak duit
kat luar tu tak best mana pun, umah sendiri mcm2 ada
mesti ada gaduh apa2 before kejadian, terasa hati la tu. membongak sgt maknya takde apa2 berlaku.  
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga jumpa adik
Kita mana taw ade masalah family budk ni hadap
Skang ramai betul masalah family haihhhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.047109 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list