CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10912|Reply: 92

Kos Bedah Hidung Lana Nodin RM166 Ribu, Guna Tulang Rusuk Sendiri Ganti Silikon

[Copy link]
Post time 27-10-2022 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Lana Nodin sanggup mengeluarkan belanja sebanyak RM166,000 bagi menjalani pembedahan di bahagian hidungnya di Korea Selatan baru-baru ini.


Lana atau Mazlina Hasan Nordin, 44, berkata, kos berkenaan mahal memandangkan dia menggunakan bahagian tulang rusuknya bagi menggantikan silikon atau plastik yang bersifat kekal.


"Kos keseluruhan kira-kira RM166,000... kali ini agak mahal sebab saya buat langsung tak sakit. Tiada darah yang terkeluar daripada hidung.


"Kenapa tulang rusuk? Sebab saya tak mahu berulang kali buat. Kalau apa-apa terjadi kepada saya, suami saya tak perlu nak buka dan buang plastik sebab saya guna tulang sendiri. Ini kira kekal," katanya.










Lana berkongsi mengenai pengalaman pembedahan berkenaan menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya pada malam Rabu.


Dalam pada itu, Lana menjelaskan itu adalah pembedahan kali keempat bagi membetulkan bahagian hidungnya yang senget selepas terlibat dalam sebuah kemalangan ketika menunggang motosikal ketika dia berusia 19 tahun.


Meskipun sudah beberapa kali membuat pembedahan hidung, Lana menjelaskan sebelum ini plastik atau silikon yang dimasukkan sering mengalami jangkitan dan terpaksa ditukar.


"Dah empat kali saya buat pembedahan, ini yang terakhir. Saya dah tak mahu buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik pasti akan berlaku jangkitan.


"Kalau buat di Malaysia atau Thailand, ada pantang kena ikut iaitu tidak boleh makan telur tetapi di Korea, tiada pantang kecuali tidak boleh merokok atau mengambil minuman keras. Dua-dua saya tak ambil, jadi lebih senang," ujarnya.


Sementara itu, Lana menjelaskan dia sudah mendapat keizinan suami, Mohd Daud McKienzie serta ahli keluarga lain sebelum melakukan pembedahan berkenaan.


"Arwah ayah, mak dan adik-beradik okey sebab mereka dah tahu. Kalau saya tiba-tiba nak ubah, memang mak saya akan mengamuk!


"Kalau saya seorang yang suka buat pembedahan kosmetik, bibir dah tak macam sekarang. Jangan terlalu nak kecam, saya tahu saya bukan artis kegemaran korang," ujarnya.


Sebelum ini, Lana ada memuat naik video dirinya sedang bersiar-siar di Seoul dengan bahagian hidungnya berbalut.


Tanpa berselindung, Lana memberitahu sudah 15 hari dia menjalani pembedahan pada bahagian hidung dan akan membuka balutan berkenaan dalam tempoh seminggu lagi.


Ibu kepada dua cahaya mata itu juga pernah mengakui melakukan pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya kesan daripada kemalangan tersebut. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajuma2 selamba jer jalan2 kat gangnam st lps keluar klinik ngan idung dagu berbalut..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowww... si Mendoza pun buat hidung..8500 katanya..kalo sebut nama dia dpt diskaun 6500
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidung asal bentuk cm ne?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 04:30 PM | Show all posts
Carik gambar dia time cerita gol dan gincu the series, tu lebih kurang rupa hidung ori dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 04:32 PM | Show all posts
nak tengok hasilnya cantik ke tak... hujung2 propa jah ratus2 ribu... rhoperrnyaaa kau pegi klinik tepi2 jalan je...

patutnya ratus2 ribu tu boleh stay lama ni ko pun terhegeh2 nak jalan2 balik, persis buat klinik dekat hatyai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2022 04:52 PM | Show all posts
elok je tengok gambar lama dia, tak nampak pun senget cuma nampak pesek dan kembang je ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:13 PM | Show all posts
betulke accident dulu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 05:15 PM | Show all posts
Edited by Incanto at 27-10-2022 05:16 PM

kalau guna tulang rusuk , maknanya kena bedah utk potong tulang rusuk dulu sblm buat hidung?

aduiii..mcm sakit je
atau dia guna tulang rusuk yg ambil daro org mati?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala ala ala
hahahha
Elok la btolkn sket
Bagi helok sket
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiranya dah 15 hari operate baru jln2 lagi seminggu baru bukak..patutler mahal cam nak beli umah.. Kalo cantik leh ler acik nasha pun gi betulkan hidung segitiga tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi helok betul oplas kat SK nih
Macik tengok kat YT channel Braund tu
Ngeri tapi hasil dia helokkk
Takde lah macam oplas kat Thai
Memang natural
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 05:55 PM | Show all posts
idong tu elok buat 3 lubang... satu spare...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhhh..tazabar nk tgk idong baru acik lana. Harapnya cumil. Rengsa sgguh iols ngn idong maikel jeksen tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidung sebelum operate ni memang huduh sungguh, lawa lagi hidung ori. Dasyat 4 kali operate pun masih tak puas hati, ubah ciptaan Tuhan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 27-10-2022 09:15 AM
kalau guna tulang rusuk , maknanya kena bedah utk potong tulang rusuk dulu sblm buat hidung?

aduiii ...

Rasanya guna tulang rusuk sendiri. Guna tulang orang lain kang body reject. Aiol baca reconstruction surgery selalu guna bahagian badan sendiri, macam kalau nak betulkan telinga or buat telinga (dalam kes misalnya ko takda telinga - penyakit microtia atresia), pun guna tulang rusuk gak untuk buat telinga tu. Hawa juga dicipta dari tulang rusuk Adam. Interesting.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus pemenat2 dia yg beli hasil jualan dia.. Dgn duit korang lah acik ni berjaya buat hidung.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 27-10-2022 04:24 PM
Wowww... si Mendoza pun buat hidung..8500 katanya..kalo sebut nama dia dpt diskaun 6500

Tu lg teruk. Dah buat mcm2 tp bila bergmbar tetap pakai filter tebal & mekap tebal
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dpt tgk idung baru?

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2022 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by samshik at 27-10-2022 07:56 PM
Incanto replied at 27-10-2022 05:15 PM
kalau guna tulang rusuk , maknanya kena bedah utk potong tulang rusuk dulu sblm buat hidung?

aduiii ...


Y I olls still wonder.. Ko mesti bedah tulang rusuk jugak.. Tp xkn xsakit apo2 pun, bed ridden pun tak.. lek2 je ko jln merata.. Kwn I olls tulang selangka terlari siket time mainn rugby pun smggu dok spital.. Mcm krik2 dctu.. Tp if ko buek idong sintetik mmg la muleh mryp gini

Kang xbuh reading material org kata I olls jeles plk.. Ni I olls buh



... After the procedure, patients will need time to recover from both the rhinoplasty and the rib graft. Most are able to get back doing only light activities within two weeks and a full schedule after 6 weeks...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.727862 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list