View: 6762|Reply: 133
|
Rakyat Tersepit- Masak Satu Lauk Catu Makan Sampai Malam, Hanya Mampu Beli Rangka Dan Kaki Ayam
[Copy link]
|
|
KUALA NERANG – Peningkatan kos sara hidup yang menggila ketika ini membuatkan kehidupan golongan B40 di kampung atau bandar semakin tersepit apabila mereka hanya mampu menyediakan satu atau dua lauk sahaja sehari untuk berjimat demi memastikan kelangsungan hidup anak-beranak.
Seorang suri rumah, Annur Syakirah Mahazir, 27, berkata, lauk tersebut akan dicatu untuk dijadikan santapan mereka enam sekeluarga sehingga malam.
Foto: kosmo
“Jika saya masak lauk ayam, ia akan dicatu supaya bertahan sampai malam. Ada juga kami hanya makan sardin murah dan telur untuk dijadikan hidangan untuk saya, suami, tiga anak dan ibu mentua.
“Kami tidak mampu membeli banyak lauk kerana ia mahal. Ikan kembung sekali sekala dibeli dua tiga ekor sahaja, manakala ayam pula saya beli saiz kecil untuk santapan sehingga tiga hari,” katanya di sini semalam.
Menurut Annur, dia bersyukur kerana ibu mentuanya ada menanam cili, sayur dan ulam-ulaman di halaman rumah untuk dijadikan sajian ketika makan setiap hari.
“Suami hanya bekerja kampung dan kami terpaksa berjimat pada tahap maksimum,” katanya yang memberitahu anak sulungnya menghidap jantung berlubang dan saluran injap darah terbalik selain paru-paru rosak.
Sementara itu, di Sungai Petani, keluarga Sanira Abu Seman, 39, di Kampung Baru Air Nasi, Semeling telah mencatu makanan sejak dua bulan lalu kerana tiada pendapatan tetap.
“Saya berhenti beli makanan di pasar sebab terlalu mahal. Suami kadang-kadang akan menjala dan memancing ikan di kolam terbiar untuk dijadikan lauk,” katanya.
“Sebahagian wang digunakan untuk membiayai kos perubatan, lampin pakai buang anak perempuan, Nor Farisha Shakila, 10, yang cacat,” katanya.
Di Hulu Terengganu, seorang tukang rumah, Mohd. Nasir Salleh, 53, berkata, dia hanya membeli bahagian ayam seperti dada, kepak, isi dan kaki berbanding seekor untuk berjimat.
“Seekor ayam cecah lebih RM20 dan kalau beli dua ekor mahu dekat RM50. Baik saya beli ikut kemampuan, potong kecil untuk kami lima beranak,” katanya.
Di George Town, Peniaga ayam di pasar Chowrasta, Mohamad Nasir Abdul Kalam, 31, berkata, ramai pelanggan membeli rangka, kaki atau pedal ayam sebagai menu hidangan keluarga.
“Ada yang minta ayam dipotong 30. Jika yang berduit, mereka akan beli bahagian tertentu ayam. Peniaga boleh bezakan orang tak mampu dan yang kaya,” katanya.
Seorang suri rumah, Aina Zaini, 38, berkata, dia membeli kaki ayam yang dijual pada harga RM4 hingga RM6 sekilogram termasuk rangka ayam RM1 seketul atau RM4 sekilogram.
Katanya, dia akan masak sup kaki ayam dengan nasi untuk mereka lima beranak.
“Saya tak mampu beli ayam yang bernilai RM23 seekor. Sup atau sambal kaki ayam sudah cukup buat kami kenyang hingga malam.
“Kalau bosan, saya masak sup rangka ayam. Walaupun tak banyak, tapi cukuplah dapat rasa isi ayam sikit-sikit,” katanya yang dapat mengurangkan kos mingguan sehingga RM50. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Huh? B40? Selesmen kondom sekaliannn! Inilah lubang jamban kamuuu!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by copy_paste at 26-10-2022 11:36 AM
makan 1 lauk pun dah terasa susah ye,
yerlah tiap org berbeza, nasib baik la aku ni mmg jenis makan 1 lauk je, kalau buat byk lain mmg ke tong sampah la hahahaha,kadang 1 lauk pun ke tong sampah juga perginya.kata lauk catu utk sampai ke tengah malam, aku ni dah lama amalkan lauk makan yg semalam hahahahaha,
baru nak rasa susah ye
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok lah anak2 pun nampak berisi tak macam tak cukup makan. Ada tanam sayuran. Maybe tambah sikit kacang panjang (yg paling senang idup). Cuma tu lah ada anak yg sakit pula. Semoga dipermudahkan segalanya untuk derang ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ntah. Selama2nya dh aku pesen masak sejenis 2 je lauk. Patu selagi lauk tu xabeh selagi tu la aku ulang perangat. Kalo masak bejenis2 mmg confirm tebuang. |
|
|
|
|
|
|
|
kita pun masak 1 lauk. 1 sayur.. salah satu mesti berkuah. jgn membazir |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 26-10-2022 11:59 AM
Kalau ada tanah 1-2 meter tanamlah sayur ubi keledek kacang panjang keladi ulam raja, kalau x bertanah buat kebun bertingkat2
Tempe tauhu togeh soohon kentang campur2, masak sambal, kari isi kentang kaki ayam,
Kalau xde masa, humban ayam sayur beras garlic onion garam lada dalam 1 periuk, masak asing2 hujung2 semua masuk perut, jimat gas
|
|
|
|
|
|
|
|
saya bawa bekal pi opis pun memang 1 lauk je..kadang2 dah xtau nak masak apa..
telur goreng dengan kicap pun boleh rasa sedap..asalkan perut kenyang duit pun jimat..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Kaki ayam tu leh masak kicap Chinese style ,masak kari selain dari sup.
Keperluan lauk n makanan yg harga lebih murah ie telur ,ikan kering ,sotong ke udang Kering ,sayur2an ..tp antara sayur2an n protein..ramai pilih protein dari sayuran . |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun aku mkn 1 lauk tengahari hingga mlm, seketul ayam aku drumstick. Depa 1 famili mkn kaki ayam/rangka ayam. Moga anak2 belajar betul2 dan keluar dr kemiskinan. |
|
|
|
|
|
|
|
samalah senasib .. makan 1 lauk je sehari .. tapi mmg dari muda gitu bukan sebab kekangan hidup..
tapi mmg terasa mahal.. sekoq ayam boleh cecah rm 25 tau |
|
|
|
|
|
|
|
kepada kuarga annur.. anak 3, nampak mcm dah besar tu..kalau mertua sihat atau sakit sikit2, mintak dia tlg tgk anak2..anak3 plak diajar suoaya jangan bebankan nenek sangat..benda boleh tolak ansur kot.. si annur tu boleh cari keje..laki pun jangan harapkan kerja kampung je..cari kerja yang stabil sikit.. walaupun orang kata rezeki dah tertulis sejak wujudnya kita 40ribu tahun di luth mahfuz, tapi jangan lupa, rezeki xkan datang kalau MALAS dan HANYA MENUNGGU..
tepi rumah paling basic tanam la cili,terung,bendi dan sayur yang mudah hasil..at least jimat la 5,6 ringgit beli sayur..
aku ada masa sesak..time tu buat nasik goreng, bawang, sayur tepi umah pastu tambah perasa..kenyang 1 family makan..xde ayam,telur pun xpe..letak je apa yang ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 tengah membesar memang nak makan ayam je setiap hari. Baik akak bela ayam banyak2. Senang dapat telur dan daging.
Tiap2 hari aku makan 1-2 jenis lauk. Xabis lauk semalam sambung esoknya sampai habis.
Jimat ke kedekut tak tau laa... |
|
|
|
|
|
|
|
dah biasa dari kecik mak aku masak satu lauk je untuk satu hari.
sekarang ni pun aku teruskan tradisi beliau, cuma tambah sayur salad dan ulam je, itu pun tak hari-hari. |
|
|
|
|
|
|
|
imanamsyar replied at 26-10-2022 12:14 PM
kepada kuarga annur.. anak 3, nampak mcm dah besar tu..kalau mertua sihat atau sakit sikit2, mintak ...
Cadangan paling cliche gituuu... anda layak jadi wakil parti suatu hari nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
nak2 dah berusia, makan untuk kenyang perut je, supaya boleh buat kerja dengan elok gitu..tak kisah lah makan lauk apa..
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaaa... pucuk pangkalnya kena RAJIN usaha cari rezeki..
|
|
|
|
|
|
|
|
betul2..asalkan anak2 pun x kelaparan..malam pun dah kurang nak makan nasi..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau rumah kampung bertanah tu bela la ayam..
dapat jugak telur and ayam pencen.. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|