CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3023|Reply: 42

PM UK Termuda, Siapa Sebenarnya Rishi Sunak?

[Copy link]
Post time 25-10-2022 08:58 PM | Show all posts |Read mode
Menyandang jawatan Perdana Menteri United Kingdom (UK) ke-57, Rishi Sunak, 42, merupakan pemimpin paling muda menjawat jawatan nombor satu dalam arena politik di negara itu.


Sunak juga merupakan perdana menteri bukan daripada kalangan 'kulit putih' yang pertama dilantik dalam sejarah 200 tahun demokrasi berparlimen UK, menggantikan Liz Truss, yang meletakkan jawatan selepas hanya 44 hari berkhidmat.


Pesaing terdekat Sunak, bekas perdana menteri Boris Johnson sebelum ini menarik diri daripada menjadi calon Perdana Menteri kerana berpendapat tidak lagi mampu menyatukan anggota Parti Konservatif diwakilinya di Parlimen.




Reuters




Ingin mengenali lebih dekat siapa personaliti tampan lagi berpengaruh ini?


- Sunak Dilahirkan di Southampton, England pada 12 Mei 1980.


- Mempunyai latar belakang pendidikan mampan, bapa Sunak merupakan seorang doktor berketurunan India di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), manakala ibunya, juga seorang berketurunan India, mengusahakan farmasi.


- Anak sulung daripada tiga beradik itu mendapat pendidikan di Kolej Winchester yang menelan kos pengajian sebanyak £43,335 (RM232,558) setahun.


- Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti Oxford dalam bidang politik, falsafah dan ekonomi sebelum menyambung pengajian di Universiti Stanford, Amerika Syarikat dimana dia bertemu dengan isterinya Akshata Murthy, yang merupakan anak jutawan India, N.R. Narayana Murty, iaitu pengasas bersama syarikat teknologi maklumat (IT), Infosys.


- Sunak berkahwin dengan Akshata Murthy di Bangalore, India pada tahun 2009. Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan, Krishna dan Anoushka.


- Pada April lalu, isteri Sunak menimbulkan kontroversi apabila dilaporkan tidak membayar cukai pendapatan antarabangsanya di United Kingdom (UK) dan kemudiannya bersetuju menyelesaikannya dengan membayar cukai tahunan sebanyak £30,000 (RM160,951).


- Bekas penganalisis Goldman Sachs ini juga merupakan ahli politik barisan hadapan pertama yang pernah dimasukkan dalam senarai orang paling kaya di United Kingdom (UK). Kekayaannya bersama isteri dikatakan mencecah AS$800 juta (RM3.8 bilion).


- Sunak menyertai persaingan merebut kepimpinan Parti Konservatif pada 8 Julai 2022 menggantikan Johnson. Pada 20 Julai, Sunak menerima pencalonan terbanyak dalam kalangan Ahli Parlimen dari Parti Konservatif. Beliau kemudiannya berdepan dengan Liz Truss dalam undian kalangan ahli parti namun Truss menewaskannya untuk kepimpinan parti dengan 42.6% undi, Sunak kembali duduk di bangku belakang Parlimen.


- Sunak memfokuskan terhadap isu-isu imigresen dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sebagai keutamaan agendanya termasuk memperjuangkan dasar luar di mana negara yang bekerjasama dengan UK bagi membenarkan migran pulang akan diberi ganjaran dengan bantuan, perdagangan dan visa.


- Beliau juga berikrar meletakkan komitmen untuk membawa "kestabilan dan perpaduan" ketika negara itu sedang berdepan krisis ekonomi.


- Sunak juga dikhabarkan mempunyai hobi mengumpul segala barangan berkaitan jenama minuman ringan popular, Coca Cola. Pernah juga berjenaka dengan rakan-rakan mengatakan dia sememangnya 'penagih Coke' tetapi bukan kokain.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 09:04 PM | Show all posts
ini adalah kemenangan besar untuk india..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Boris pun ada sedut coke?


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 09:51 PM | Show all posts

Aiol x suka hairstyle Boris Johnson yg 24/7 unkempt tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
apalancut replied at 25-10-2022 09:04 PM
ini adalah kemenangan besar untuk india..

He does not represent India.  His parents left India.  What else?  He doesn't speak Indian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal menyusul di Malaysia: PM tertua di Malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
atokcow ijau mumia fosil ron97tahun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
senyum sinis dekkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2022 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Hhmmm...berapa bulan agaknye...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Abdul Azeeeeeeeeeeeeez Abdul Rahim cakap keling dalam Parlimen Mulayu

tambi, ning gasorling gena woli teri noregenna soringgey

anney, anney lagi, anney lagi, ini tambi anney tara dengar

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni macam empty shell.  Blair wannabe.  His speech was SO condescending siap sebut Liz Truss wat salah lak tu.  Full of shit.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rikishi tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2022 10:49 PM | Show all posts
respek ummah uk sbb terima non white jadi PM..ni lah ciri2 negara maju..tak kisah la ko bangsa apa janji tahu wat keje..bukannya dok jaja ketuanan kokosen kehu kilir mcm org sewel
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid: respek ummah uk sbb terima non ...

He was not elected by the UK people pun
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
PanadolExtend replied at 26-10-2022 12:18 AM
He was not elected by the UK people pun

#notmyPM agittewww
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 25-10-2022 10:49 PM
respek ummah uk sbb terima non white jadi PM..ni lah ciri2 negara maju..tak kisah la ko bangsa apa j ...

mana la tak terima..  kaya lagi dari King Chuck
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2022 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Parents dia pun lahir di africa, bukan di india
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena boo lah puloppp, tak lama lah lening

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pulak ke nik ezanee
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2022 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
saje ummah brits main race card

Ironi.. dulu british jajah India now led by an Indian huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.089670 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list