View: 6449|Reply: 96
|
Ditendang Di Perut, Seluar Dilondeh- Anak Perempuan Dibuli Di Tadika Islamik, Ibu Nak Lapor Polis
[Copy link]
|
|
Masalah buli di sekolah bagaikan tiada penghujungnya.
Malah dalam sesetengah kes, ia boleh menjejaskan masa depan mangsa kerana trauma untuk ke sekolah.
Begitulah yang terjadi kepada kanak-kanak bernama Ayra yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Seri Kembangan, Selangor.
Dakwaan itu dibuat ibunya, Intan menerusi satu perkongsian di Instagram.
 Foto: IG
“Anak perempuan saya, Ayra menghadiri sebuah tadika berteraskan Islamik sejak pertengahan tahun.
“Sejak menyertai sekolah tu, Ayra menjadi mangsa buli. Setiap hari dia menangis dan enggan pergi ke sekolah kerana takut.
“Sudah beberapa kali Ayra memberitahu dia ditendang di perut, dan seluarnya ditarik ke bawah hingga mendedahkan bahagian belakangnya untuk tatapan seluruh kelas,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Menurut Intan lagi, dia pernah membuat aduan kepada guru kelas anaknya selain bercakap sendiri dengan penjaga kanak-kanak yang membuli namun tiada sebarang tindakan diambil.
Malah permintaannya untuk bersemuka dengan ibu bapa kanak-kanak terbabit tidak dilayan.
“Alasan terbaik yang mereka boleh berikan kepada saya ialah perkara itu sudah dimaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit serta melaporkan perkara itu kepada ibu pejabat.
"Secara jujurnya tidak ada gunanya kerana anak saya terus menjadi mangsa," katanya.
Namun ujar Intan kesabarannya sudah sampai kemuncak apabila mendapati kesan lebam pada wajah anaknya selepas dia pulang dari sekolah.
“Hari ini adalah yang terakhir. Ayra pulang dengan kesan lebam berwarna ungu di muka. Sebelum itu gurunya menghantar mesej kepada saya mengatakan dia ditolak oleh pembuli sama dan jatuh ketika bermain bersama.
“Katanya dia telah meletakkan ais (pada bahagian lebam) dan dalam mesejnya dia seumpama mengambil ringan mengenai kecederaan itu,” ujarnya lagi.
Susulan itu si ibu menyatakan dia akan membuat laporan polis mengenai kes buli berkenaan.
“Saya akan membuat laporan polis mengenai perkara ini dan saya menggesa anda untuk berkongsi perkara ini supaya kita sebagai ibu bapa menyedari apa yang anak-anak kita lakukan atau hadapi di sekolah.
“Ayra baru enam tahun, begitu juga dengan kanak-kanak yang melakukan buki ini kepadanya. Apakah jenis masyarakat yang kita nak didik jika kanak-kanak berumur enam tahun bertindak ganas terhadap rakan sekelas mereka sehingga trauma.
“Saya menggesa anda untuk membantu berkongsi perkara ini dan mungkin pihak sekolah akan mengambil tindakan positif terhadap kes buli,” ujar si ibu lagi.
Hantaran tersebut menjadi tular di media sosial apabila dikongsikan oleh Intan sehingga meraih lebih 13,000 tanda suka dan dipenuhi hampir 400 komen.
Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan tindakan Intan untuk meneruskan dengan laporan polis demi membela nasib anaknya.
“Kasihan saya mendengarnya. Sila teruskan dengan laporan polis supaya sekolah sekurang-kurangnya memberi perhatian yang lebih kepada isu pembuli.
“Geram sungguh dengan parents kepada pembuli ni. Buli bermula dari rumah. Kasihan betul apabila anak-anak membesar jadi pembuli ni.
“Dedahkan nama sekolah tu dan buat laporan polis,” komen beberapa netizen mengenai hantaran berkenaan. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Panasnya hati baca...dah la tadika islam...cikgu buat apa agaknya  |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar la sekolah lain jd cikgu pun byk hati nak kena jaga bukan kte sorg bayar yuran |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 23-10-2022 03:19 PM
Panasnya hati baca...dah la tadika islam...cikgu buat apa agaknya
Akak tak terkejut jadi kat tadika islam sis. Maaf akak jujur jah sis. |
|
|
|
|
|
|
|
member i antar tadika islam kena dera plk..aduii |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 23-10-2022 03:49 PM
Akak tak terkejut jadi kat tadika islam sis. Maaf akak jujur jah sis.
Sis ingat kat oberC...rupanya Malaysia kak pooh....teruknya |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ayra ni tak jumpa ke pembuli anaknya...baru 6 thn dah membuli kawan. Dik mak ayah kau ahli tinju ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla lapor polis biar pihak yg acuh x acuh tu pening nak jawab |
|
|
|
|
|
|
|
Bila mengadu , jwpn standard ' Ala..biasalah budak2 bergurau,..." |
|
|
|
|
|
|
|
memang pantas la liberalis mengutuk tengok nama tadika islamic.ni masalah pembuli bukan masalah cikgu.bukan cikgu yang dera budak tu.sekolah mana pun tetap ada pembuli |
|
|
|
|
|
|
|
Report polis muncul laa nanti makpak pembuli tu |
|
|
|
|
|
|
|
report jerr pulis kalau dah tahap membuli gini |
|
|
|
|
|
|
|
nikola.tesla replied at 23-10-2022 06:48 PM
memang pantas la liberalis mengutuk tengok nama tadika islamic.ni masalah pembuli bukan masalah cikg ...
yup, mana2 sekolah pn ada pbuli. g pindahkan pun x menjamin keamanan. kang kt sek baru ada pbuli jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Drpd awal tahun
Lamanya dibiarkan anak kena buli
Black n white takdak ka? |
|
|
|
|
|
|
|
anakmak replied at 23-10-2022 09:09 PM
Drpd awal tahun
Lamanya dibiarkan anak kena buli
Black n white takdak ka?
Masuk bkn awal tahun..tapi pertengahan tahun...
1. Cikgu kena ambik tindakan..I form management kalau x berkesan...
Tapi kalau semua x Jalan..Saya sokong je Puan tu report and ask for CCTV footage.. |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 yang masih kecil ni sepatutnya ibu sendiri yang asuh dan jaga
sistem kapitalis yang menyebabkan ibu2 terpaksa bekerja dan anak dijaga orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Tadika apa ni.. Tadika baju hijau ke.. Cikgu buat apa.. Anak aku dulu tadika, balik sekolah je aku tanya apa buat kat sekolah.. Kalo ada budak buli aku gitau cikgu biar cikgu tegur marahkan bagi nasihat.. Kalo tak siap ko aku tgu depan pagar. Tapi takat ni takda apa2 ler semua ok je |
|
|
|
|
|
|
|
Fly_over replied at 23-10-2022 09:05 PM
yup, mana2 sekolah pn ada pbuli. g pindahkan pun x menjamin keamanan. kang kt sek baru ada pbuli j ...
betul.buli ni kalau tak buli guna tangan,dia buli guna mulut dia.entah apa la yang dia makan dekat rumah sampai suka buli orang |
|
|
|
|
|
|
|
tadika Islam ke tak , budak budak semua sama perangai
ada yg baik, ada yg nakal nauzubillah
cikgu kena garang kalau deal dgn pembuli
|
|
|
|
|
|
|
|
azab
kecil-kecil dah jadi bangsat
kena pula hire gang mengaji mesir balik xde kerja jaid cikgu
kadang tu xsuka kerja dengan budak dahh terpaksa kebulur duit sesen dua kena juga tadahhh diri kerja dengan atdika , taska semua
tadika nama mcm universiit timur tengah juga lahhhh ,,,, dulu pun pernah mak bapak adu , anak-anak bercakaran sehingga luka ,koyak baju , cikgu tengok mcm sekelumit punn xpeduli
pakai lebai , pakai tudung labuh tapi bangsat dalaman
Islam ni penuh kaish-sayang kalau dahh imej sahaja melebih makna kata semua yg ko pamerkan hanay hipokrit sahajalah!!
mak bapak bayar utk ko jaga dan didik anak-anak mereka dengan rasa percaya tp ko hanya kebulur duit dan buat business atdika dan taska sahaja
bangsta ternazak
NERAKA KIRIM SALAM |
|
|
|
|
|
|
| |
|