CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2636|Reply: 22

Wan Maimunah Seksa Diri Ikat Batu Di Bawah Tapak Kaki, "Sakitnya Sampai Ke Pinggang"

[Copy link]
Post time 18-10-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Wan Maimunah berhasrat menyarungkan pakaian serba putih sepanjang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada 1 Disember depan.


Bintang air mata itu tidak kisah sekiranya ada yang menyifatkan tindakannya sebagai membazir.


Walaupun bukan kunjungan kali pertamanya ke Tanah Suci, namun, Wan Maimunah dengan linangan air mata mahu kelihatan elok dan bersih apabila diundang tetamu rumah Allah.




Foto: Berita harian




"Saya tidak tahu kenapa perasaan ini timbul. Saya seolah-olah merasakan pergi takkan kembali. Lebih lagi, saya begitu teruja menyediakan persalinan serba putih untuk ke Makkah.


"Saya juga bercadang memakai telekung putih apabila ke masjid. Bagi saya, tidak salah membelanjakan sedikit wang untuk membeli keperluan apabila menjadi tetamu rumah Allah.


"Jika kita sanggup berhabis untuk hari raya atau menghadiri kenduri, kenapa hendak berkira berkunjung ke rumah Allah?," katanya kepada BH Online.


Wan Maimunah ditemui ketika penggambaran telefilem Dosa Tak Terampun arahan Bade Azmi di Kuang, Selangor, baru-baru ini.


Pelakon yang meraih trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) sebanyak lima kali itu berkata, hatinya lebih tersentuh apabila perlu melakonkan babak jenazah dikafankan dalam telefilem Dosa Tak Terampun itu.




Foto: Berita Harian




"Allahuakbar, saya terkejut ketika membaca skrip. Seolah-olah apa yang terdetik dalam fikiran bakal terjadi.


"Hanya Allah sahaja tahu perasaan saya. Sekiranya pergi dan tak kembali, saya reda. Ini kerana semuanya kehendak Ilahi.


"Cuma, saya mahu mohon maaf terlebih dahulu kerana bimbang tidak berpeluang berjumpa lagi selepas ini," katanya.


Membawakan watak ibu bernama Jamaliah menerusi naskhah menyayat hati, Wan Maimunah berkata, dia sanggup menyeksa diri dengan ikat batu di bawah tapak kaki menggunakan pita pelekat agar kelihatan tempang bagi menghayati watak pesakit kencing manis.


Walaupun kesakitan akibat meletakkan batu di tapak kaki dirasakan sehingga ke pinggang, Wan Maimunah berkata, dia tidak kisah asalkan wataknya menjadi.


"Saya bukan pelakon cerdik, jadi saya perlu mencari idea bagaimana menghidupkan karakter ibu yang menghidap penyakit kencing manis teruk.


"Mungkin pelakon hebat tidak perlu melakukan sehingga tahap ini, tetapi saya perlu melakukannya walaupun tersiksa dan sakitnya hingga ke pinggang bagi memastikan gaya berjalan dilihat konsisten.


"Disebabkan watak Jamaliah suka memendam perasaan hingga tidak lepaskan segala penderitaannya, saya mengalami kesukaran bernafas seperti semput. Sedangkan, saya tidak pernah semput," katanya.


Telefilem Dosa Tak Terampun mengisahkan Jamaliah, ibu tunggal yang memiliki dua cahaya mata, Junaidah dan Adik.


Kehidupan mereka tidak seperti keluarga lain kerana Junaidah menghidap skizofrenia akibat tekanan perasaan daripada kisah silam. Lebih memburukkan keadaan, anak Junaidah iaitu Jufri terjebak dengan ketagihan syabu.


Adik pula gadis yang terlalu mengejar kebendaan dan hidup dalam kancah maksiat.


Selain Wan Maimunah, telefilem itu turut dibintangi Fauziah Ahmad Daud, Nad Zainal dan Syafie Naswip. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 11:05 AM | Show all posts
okay makcik.. semoga dipermudahkan segala urusan ya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:06 AM | Show all posts
Adoi kisah sudah jatuh bertimpa-timpa ni terlalu berat nak tengok.

Sudahlah Wan maimunah, ada Ogy plak. Dua-dua ni pelakon terlampau. Mesti ada scene berjurai ayor mata, hingus meleleh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm best je cite doa yang diampunkan ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 01:38 PM | Show all posts
Semestinya saya tak akan menonton!  Terlalu byk babak airmata...bosan..and so depressing.  And to Wan Maimunah, tak perlu la menyusah dan menyakitkan diri untuk merealisasikan watak.  Ujung2 sendiri sakit, terlantar hospital!  Love yourself.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 01:57 PM | Show all posts
asamfish replied at 18-10-2022 01:38 PM
Semestinya saya tak akan menonton!  Terlalu byk babak airmata...bosan..and so depressing.  And to Wa ...

kannn babak tu cuma berapa detik jer kot... tak berminit2 pun...
tak payah beriya2 ler sangat...
nanti hujung2 kata bayaran tak setimpal..
hahaha...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 aku memang layan drama2 dia, drama2 yg banyak kasik pengajaran.. Tapi sekarang dah mcm tak berminat nak tengok drama2 air mata sangat. Bukan apa, taksub Sgt tengok drama2 mcmni lah yg buat makin ramai org kena anxiety. Cukuplah apa yg pernah tengok sebelum ni.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 03:51 PM | Show all posts
Nak tengok lah.. meolss sediakan tisu siap2 dan juga popcorn semangkuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 18-10-2022 02:32 PM
Dulu2 aku memang layan drama2 dia, drama2 yg banyak kasik pengajaran.. Tapi sekarang dah mcm tak ber ...

Betul, macam drama time raya korban. Semuanya drama air mata. Padahal the essencd of hari raya hadiah untuk umat islam dan kena bergembira syukur semua.

Semua ni agenda illumination brainwash manusia zaman sekarang supaya tak percaya cinta, family values, gender blurring, nak suruh ramai orang bawak bad vibes supaya dapat match denagn vibes penakut sebab dunia akhir zaman orang jahat confirm kalah
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 05:01 PM | Show all posts
penat betul kalau tgk drama dia berlakon..meleleh je air mata
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dari dulu tak minat acik ni..jalan cerita biasa je tp dia nangis tu over sgt turn off nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 05:14 PM | Show all posts
pernah main bola mewakili kelab bola sepak XXXXX

budak2 muda  sehabis tenaga kejar bola utk jaring kan goal...

dgn sliding atas padang berlecak...

sekali tgk coach kat tepi...padang , dia cakap,

takpayah la lebih2 sangat...

jgn la smpai mudarat diri..



betul la tu, nak lebih2 apa nya liga kampung je, haha menang pn Rm300 bahagi 15 orang ,
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
KBW2 replied at 18-10-2022 11:06 AM
Adoi kisah sudah jatuh bertimpa-timpa ni terlalu berat nak tengok.

Sudahlah Wan maimunah, ada Ogy p ...

Ada nampak teaser kat ig mukhsin tu selamba je yaa dia post scene dia tengah high tu
Ig lepas je ye gambo2 gitu?

Kalau tgk gambar bts mmg nampak berat cite nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 05:53 PM | Show all posts
Suchi replied at 18-10-2022 05:33 PM
Ada nampak teaser kat ig mukhsin tu selamba je yaa dia post scene dia tengah high tu
Ig lepas je  ...

Socmed ni pemantauan dia bukan berfungsi pun, banyak jah akaun porno, pedo di luar sana.

Kena report barulah jalan. Kadang dah report pun tak jadi apa, hampeh.


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 05:58 PM | Show all posts
salimrock replied at 18-10-2022 05:14 PM
pernah main bola mewakili kelab bola sepak XXXXX

budak2 muda  sehabis tenaga kejar bola utk jaring  ...

puas iols baca balik artikel atas, ada cite psal bola ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Overnya org tua ni. Nti merungut byran tak setimpal

Koser la nk layan drama air mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2022 06:34 PM | Show all posts
dah kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 18-10-2022 05:14 PM
pernah main bola mewakili kelab bola sepak XXXXX

budak2 muda  sehabis tenaga kejar bola utk jaring  ...

hahhaha.. win sgt ni.. rm300 je ye..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 01:22 AM | Show all posts
dia patut berhenti  buat drama airmata

keluar dari watak seorang pelakon

xde siapa nak kesian punnn

ko pergi xkembali sekalipun xde kesan terhadap dunia ini.
pergilahhh ko
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2022 08:49 AM | Show all posts
Orix replied at 18-10-2022 05:58 PM
puas iols baca balik artikel atas, ada cite psal bola ke apa

moral nya , tak payah la lebey2...

jgn la cincai sgt, dan jangan la berlebihan pula, buat lah berpada2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 71566 Replies : 2285
‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand
Abahmung‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutka
Views : 29892 Replies : 11
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 24988 Replies : 34
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 215770 Replies : 611
Thinking Minds
adila39Thinking Minds
Views : 40513 Replies : 17
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 69902 Replies : 595
Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
AbahmungZoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan
Views : 28335 Replies : 10
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 121983 Replies : 3178
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 107376 Replies : 6186
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
YgBenarAnak perempuan Datuk Seri Najib Razak, N
Views : 14558 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.204010 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list