View: 5867|Reply: 63
|
Azi Dilayan Baik Oleh Penculik, Disorok' Dalam Inap Desa Di Laos
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: "Setiap hari ketika dalam tahanan saya berdoa agar segera dikembalikan kepada keluarga dan Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan," kata Rosnazirah Mohd Naim.
Rosnazirah, 36, yang diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke negara ini pada Khamis lalu sebelum diserahkan kepada keluarga, petang semalam.
Ejen jualan kosmetik itu berkata, dia tidak mengingati secara jelas kronologi penculikannya, namun tahu ditempatkan di sebuah rumah seakan inap desa di sebuah perkampungan di Laos selepas menempuh perjalanan panjang dari Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat.
 Azi (kanan) yang diculik sekumpulan lelaki pada 13 September lalu berjaya dibawa pulang ke negara ini. Foto: Harian Metro
"Ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari kejadian (diculik) untuk menaiki bot, ada beberapa saksi di sekitar tapi mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku atau tidak ingin masuk campur kerana takut.
"Sebaik menyeberangi Sungai Golok, saya dibawa menaiki kereta dan terus menuju ke destinasi yang tidak diketahui, tapi menempuh perjalanan yang lama sehinggalah tiba di sebuah rumah di Laos.
"Sepanjang ditahan, setiap hari saya menangis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebusan, malah tidak tahu apa motifnya," katanya.
Rosnazirah berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk bertanya khabar wanita itu, hari ini.
Menurutnya, sepanjang perjalanan dari Thailand untuk memasuki Laos, mereka menempuh banyak sekatan jalan raya dan hatinya berdoa agar ditahan di mana-mana lokasi tetapi tidak berlaku sehinggalah mereka tiba di destinasi.
Sepanjang ditahan, Rosnazirah berkata, dia menerima layanan baik daripada kumpulan individu yang menculiknya termasuk menjaga makan minumnya, namun dalam masa yang sama berasa bimbang jika diapa-apakan.
"Dalam hati, saya ada juga ingin menjerit meminta tolong, tapi mengenangkan ia mungkin sia-sia kerana kawasan sekitar adalah sawah padi dan tiada yang faham, saya hanya mampu berdoa sahaja," katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, setiap kali ditanya bila akan dihantar pulang, lelaki itu memberi jaminan akan berbuat demikian sambil memintanya bersabar selain memberi tempoh antara tiga minggu hingga sebulan kerana keadaan masih 'panas' disebabkan berita mengenai penculikannya tersebar luas.
Sehinggalah pada satu hari, seorang daripada penculik itu memberitahunya 'you back home' dan Rosnazirah bertanya 'when?' sebelum dijawab 'today' oleh lelaki berkenaan.
"Kami menaiki kereta menuju ke Bangkok dan ditahan oleh pihak imigresen (Thailand) sebelum anggotanya perasan wajah saya yang tersebar berhubung kes penculikan menyebabkan kami semua ditahan dan saya dibawa ke depot tahanan imigresen.
"Tidak lama kemudian saya dibawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand dan selepas itu saya dapat berhubung dengan keluarga dan proses membawa pulang ke negara ini segera dibuat," katanya.
Dalam masa yang sama, wanita itu mengakui masih berasa trauma dan meminta diberi masa secukupnya untuk bertenang sebelum dapat memberi penjelasan penuh mengenai kejadian pahit yang dialaminya itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Sib baik tak jd hamba seks dek. Laki dah dilepas ke belom? Ko gi tunjang kepala dia… jgn lupa dek! |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...yg menculik tu org melayu jugak kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah ye masuk sampai laos |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut cerita dia, dia dapat dijumpa, bukan la hasil intel polis thai dan malaysia.
Just so happen dia sangkut kat sekatan immigresen dan mereka cam muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah syukur.. Klo kite ditmpat die pn xthu kuat ke x |
|
|
|
|
|
|
|
kotakominami replied at 4-10-2022 03:18 PM
Mudah ye masuk sampai laos
Klo ade duit mudah belake u |
|
|
|
|
|
|
|
Sekatan jalan raya banyak tapi semua lepas.....  |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib dia baik dan penculik2 tu pun baik2.haha
Last sekali penculik baik tu pasrah aje kat imigresen untuk buat pengecaman muka. Kira polis Thai takdelah kena kerja keras sangat. Dahla semua sekatan lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa cm bau2 hanyir cite dia nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam dalam novel yg iols baca. Polis buntu dah tak tahu clue kat mana mangsa culik. Mangsa culik dapat meloloskan diri dan minta tolong orang kampung. Kes culik tu memberi clue kepada kes2 culik yg lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Penculik tu bagitau nak balik hari tu, on the way hantar balik baru kena road block. Makna memang penculik tu memang nak pulangkan klu tak kena tahan polis thai tu pun |
|
|
|
|
|
|
|
Orang semua ingat malaysia punya CID Special branch kerja kuat. Polis thai pun dah mati akal. Pakcik ketua polis kelantan tu mcm bagus jer ikut hantar sampai rumah. Kira lepas ni naik pangkat lagi ke pakcik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana nk baca komen2 netizen siam eh psl kes ni? Depa ada ka porem mcm lowyat cari sume ni? |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 4-10-2022 02:49 PM
Alhamdulillah...yg menculik tu org melayu jugak kan...
Kalau ikut apa yang diceritakan kat atas tu depa cakap dalam omputih. Maksudnya bukan melayu la tu. Orang siam kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik kalau dlm movie(maaf terpaksa compare )
Bila je kena culik sepantas kilat polis dpt tau sepantas kilat gak jalan raya semua kena tutup.
Cth ayat polis
“ tutup semua pintu keluar dan masuk sempadan!”
Pastu semua keta yg hala ke sempadan tu akan ditahan herannya mcm dia kata tulaa road block byk tp takde yg tahan keta dorang.
Mmg sambil lewa laa memasing wat keje eh?
Tau2 25hb dapat gaji bg anak bini makan.
Motif penculikan pun tak jelas ujung2 penculik gibab jerr mati2 igtkan polis g serbu ke apa.
Penculik pun gamaknya takde duit dah nk bg makan minum kat dia, buat keje sia2.
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyxez replied at 4-10-2022 05:47 PM
Penculik tu bagitau nak balik hari tu, on the way hantar balik baru kena road block. Makna memang ...
Kan pakat la netizen duk puji2 konon kecekapan polis laa apa la mesti korang bygkan polis berjaya kesan dia kat mana dan pi serbu penculik tu hakikatnyaa penculik tu sendiri yg g anto balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih penculik kerana pulangkan balik dan tidak apa2kan mangsa |
|
|
|
|
|
|
| |
|