View: 215862|Reply: 1588
|
All About Proton Inspira
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Fast-N-Furious at 14-10-2010 14:20
Oleh Ahmad Farizal Hajat
[email protected]
Waja
| Model ganti Waja tampil salinan Mitsubishi Lancer 2.0 GT
PROTON Holdings Bhd yang mengukuhkan semula kehadirannya dalamindustri automotif tempatan menerusi model pelbagai guna (MPV) Exora,bakal mengeluarkan satu lagi model sedan baru menjelang Julai atau Ogostahun depan, dengan harga pengenalan sekitar RM80,000 seunit.
Model yang akan menggantikan Waja dan dikatakan mampumeningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotiftempatan dan antarabangsa itu, akan menampilkan salinan versiMitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.
Menurut sumber terdekat, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi'dalam Proton itu hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaruantara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekaspemegang sahamnya.
"Model yang akan digunakan Proton bagi menggantikan Waja ini akanmenampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbandingmodel Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.
"Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yanglebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter, komponen dalaman menggunakanproduk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lainyang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdayasaing.
"Justeru, model baru itu bukan saja dilihat berada dilandasan terbaik untuk memberikan saingan terhadap kenderaan sedankeluaran syarikat automotif asing lain, bahkan ia turut mampu membantumemulihkan kembali imej Proton sebelum ini," katanya pada Berita Hariandi Kuala Lumpur.
| Mitsubishi Lancer 2.0 GT
| Sumber itu menjelaskan, pengeluaran model baru dengan kuasa enjin 1.8liter itu dilihat pemangkin terbaik untuk syarikat automotif nasionalitu dalam memenuhi perubahan keperluan dan selera pembeli, khususnyagenerasi muda.
Katanya, Proton yang mendapat sokongan padu daripada MMC,dijangka tidak menghadapi sebarang masalah dalam memenuhi permintaan,memandangkan model gantian Waja itu akan dipasang di kilangnya sama adadi Shah Alam, Selangor atau di Tanjung Malim, Perak.
"Melihat kepada perjanjian antara Proton dan MMC, ia tidakmenjadi masalah bagi Proton untuk memasang, menjual dan memberikankhidmat selepas jualan bagi Mitsubishi Lancer 2.0 GT versi Malaysiaitu.
"Ini disebabkan MMC sudah memberikan 'lesen' kepada Protonuntuk menggunakan bantuan teknikalnya, termasuk memasang dan memasarkanLancer 2.0 GT yang akan menggunakan jenama Proton itu," katanya sambilmenambah 'pelesenan' itu turut merangkumi bantuan dalam mengeluarkankomponen Lancer 2.0 GT tempatan serta sokongan dan perkhidmatan selepasjualan.
Ketika ini, model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimportsepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga RM120,598.10 tanpainsurans di negara ini. Model itu diedarkan oleh Mitsubishi MotorsMalaysia Sdn Bhd.
MMC adalah rakan teknikal dan pemegang saham Proton ketika iaditubuhkan pada 1983 sehinggalah pengeluar kereta nasional itumengeluarkan kereta pertamanya pada 1985.
Bagaimanapun, kemelut kewangan kumpulan daripada Jepun itumenyebabkan ia melupuskan kepentingannya dalam Proton pada awal 2004.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Ekonomi/20091214004649/Article/index_html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
halfcut lancer GT ngan ebo X kompom demand jadik tinggi lepas nieh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Enjin 1.8?....enjin model aper dorang pakai nie??? |
|
|
|
|
|
|
|
Enjin 1.8?....enjin model aper dorang pakai nie???
leziahus Post at 14-12-2009 10:57
kat jepun, model lancer GT memang ader enjin yg 1.8 jer beb.. tu baru enjin, version aeroback pong ader, depa panggey GT sportback kalau tak silap haku.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cheh! Cancel nak angkat Lancer GT. Nanti org ingat Waja |
|
|
|
|
|
|
|
kat jepun, model lancer GT memang ader enjin yg 1.8 jer beb.. tu baru enjin, version aeroback pong ader, depa panggey GT sportback kalau tak silap haku..
Fast-N-Furious Post at 14-12-2009 11:03
Lancer GT 660 ada tak? |
|
|
|
|
|
|
|
yaa.... wajalancer ni ada Lotus Ride&Handling.. harga pun lebih murah.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Lancer GT 660 ada tak?
penyo Post at 14-12-2009 11:06
ader.. ader.. kat mesia jer leh jumpa ... kancil tepek emblem mitsu + sticker MIVEC.. adehh... haku pernah jumpa kat puchong.. sapa lar tuan dier..
haku rasa, paling rendah pong, depa install enjin 1.5 kot, dari enjin mitsu lancer variant GS
haku rasa bleh agak senario dia, ala-ala macam senario wira, ader version sedan ngan aeroback, pas tu enjin haku rasa depa buat 2 version 1.8 ngan 1.6, 1.6 tu mungkin sumbat enjin campro kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
harga RM80k tuk model waja lancer ni.....kira nak lawan forte la ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
yaa.... wajalancer ni ada Lotus Ride&Handling.. harga pun lebih murah.. hahaha
cecari Post at 14-12-2009 11:12
Nnt jeles ler geng2 Lancer GT...... |
|
|
|
|
|
|
|
Wowww...Ada berapi nie benang...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
giler!!arga sekita rm 80,000???wuhuhuhu...bubbui proton baru....wa tak mampu... |
|
|
|
|
|
|
|
Model yang akan menggantikan Waja dan dikatakan mampumeningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotiftempatan dan antarabangsa itu, akan menampilkan salinan versiMitsubishi Lancer 2.0 GT yang dipertingkatkan.
korang baca paragraph atas tu betul betul...... yang dipertingkatkan...
pemahaman aku, lebih ganaz , lebih hebat dari mitsu LGT ori... hu hu hu...
mungkin dari segi handling kut?
tak mustahil... |
|
|
|
|
|
|
|
Model yang akan menggantikan Waja dan dikatakan mampumeningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotiftempatan dan antarabangsa itu, akan menampilkan salinan versiMitsubishi Lancer ...
geng_tx Post at 14-12-2009 11:34
Nnt abe geng boleh ler beli satu buat kete rally ye.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by leziahus at 14-12-2009 11:42
Aku rasa dorang guna enjin nie kot
4B10
Specifications
Engine type Inline 4 cylinder DOHC 16v, MIVEC
Displacement 1.8 L (1798 cc)
Bore 86 mm
Stroke 77.4 mm
Compression ratio 10.5:1
Fuel system ECI multiple
Peak power 105 kW (143 PS) at 6000 rpm
Peak torque 177 N穖 (130 ft穕bf) at 4250 rpm
blh fight civic 1.8 |
|
|
|
|
|
|
| |
|