CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4004|Reply: 28

Siti Khadijah tak kisah jadi pilihan kedua

[Copy link]
Post time 26-9-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Siti Khadijah tak kisah jadi pilihan kedua


Siti berganding dengan Aniq dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang disiarkan slot Akasia TV3 sejak 13 September lalu. Foto Ihsan TV3


KUALA LUMPUR: Biarpun bukan pilihan pertama bagi menghidupkan watak Aira dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali terbitan TV3, pelakon, Siti Khadijah Halim, tidak berkecil hati.

Sebaliknya, Siti percaya watak utama dalam drama itu sudah tertulis sebagai rezekinya.

Justeru, tiada apa yang boleh menghalang untuk dia menjayakannya projek berkenaan.

"Rezeki tidak salah alamat. Allah yang beri kita rezeki, bukan manusia.

"Namun, tidak dinafikan, apabila dibandingkan dengan pelakon lebih hebat, pastinya ada sedikit rasa gusar.

"Namun, dengan sokongan ibu bapa, rakan-rakan dan pasukan di set penggambaran yang menasihatkan agar jangan dengar apa orang cakap, ia masuk dalam kepala saya.

"Ini membuatkan saya berjaya menjiwai watak Aira dengan baik. Alhamdulillah, peminat juga suka dengan lakonan saya bersama aktor gandingan, Aniq Suhair.


Siti menganggap pandangan netizen konon dirinya agak muda untuk menjadi heroin, juga dianggap sebagai suatu pujian. Foto Ihsan TV3


"Lebih gembira apabila drama kami hari-hari 'trending' dalam media sosial," katanya pada sidang media virtual drama Sekali Lagi Cinta Kembali, baru-baru ini.

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali berkisar kehidupan gadis dikenali sebagai Aira lakonan Siti yang lantang bersuara tanpa memikirkan kesannya.

Kisah bermula selepas Aira melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor di sebuah pusat kaunseling.

Aira secara tidak sengaja mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa (lakonan Izzendra) dan Zafran (Zaki Azeman) bercerai atas nasihatnya.

Disebabkan terlalu marah, Zafran mendesak Aira memberi ganti rugi secara bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.

Ini menemukan Aira dengan adik Zafran iaitu Hayyat lakonan Aniq yang akhirnya terpikat dengan kemuliaan hatinya.

Siti mengaku lega selepas menerima banyak reaksi positif penonton drama Sekali Lagi Cinta Kembali yang disiarkan slot Akasia sejak 13 September lalu.

"Sebenarnya, karakter saya dan Aira tak lari jauh. Disebabkan itu, ramai puji karakter saya dalam drama ini berbeza.

"Jadi, kadang-kadang, saya jayakan karakter tanpa berpandu sepenuhnya kepada skrip.

"Alhamdulillah, saya dapat lihat pengarah, Riza Baharudin terhibur dengan dialog yang saya lontarkan.

"Riza suka sesuatu yang spontan. Jadi, saya gembira lihat pengarah suka dengan kerja saya," katanya.

Siti berkata, pandangan netizen konon dirinya agak muda untuk menjadi heroin, juga dianggap sebagai suatu pujian.

"Saya ambil pandangan itu sebagai pujian. Ia membawa maksud saya tampak muda walaupun saya sudah berusia 25 tahun.

"Lagipun, harapan saya adalah untuk tarik penonton muda menonton menyokong drama kita. Kebanyakan remaja sekarang sudah jarang menonton televisyen (TV)," katanya.

Mengenai kerjasama dengan Aniq, Siti berkata, mereka mudah serasi kerana pernah bekerjasama dalam projek lain.

"Karakter kami seperti anjing dan kucing dalam drama ini, mirip perangai sebenar kami. Jadi, tidak susah untuk kami membiasakan diri.

"Kalau diberi peluang untuk bekerjasama lagi dengan Aniq, saya akan terima," katanya yang teringin menjayakan projek 'psycho-thriller' serta menghidupkan watak yang bermain dengan emosi dan mental.

Siti mula aktif dalam bidang seni selepas menjuarai pertandingan Gadis Panca pada 2016.

Usai pertandingan itu, Siti menandatangani kontrak bersama produksi A Aida selama dua tahun.

Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... -jadi-pilihan-kedua

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 02:50 PM | Show all posts
igtkan telekung siti khadijah tadi...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia plain sgt la. Cm marhaen je. Nape artis sekarang dah xlawa kebabom mcm dlu ek
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon not bad tp muka lawa yg kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kdg2 ternampak jgk klip drama ni kt tiktok .Yg bagusnya dua2 hero & heroin tak kayu .Rasa lakonan diaorg better drp idris khan & amelia .Cuma khadijah ni nampak matang drp umur dia & aniq tu pulak walau berkot bagai ,tetap di mata iols nampak mcm bdk baru lps spm .Kdg2 nmpk mcm adik kakak .Tapi gandingan khadijah ni bila dgn Meerqeen dlm drama Aish  tu nampak ok .
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
eee tolong la. mcm mana muka mcm ni boleh jd pelakon? heroin plak tu.
muka mcm ni layak jd pasu bunga yg nk reput tunggu dibahan taufan je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2022 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Khadijah ni not bad lakonan dia..boleh asah lg bakat dia... mungkin ada pengarah yg boleh bg watak yg bagus utk dia
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
irvene replied at 26-9-2022 08:22 PM
eee tolong la. mcm mana muka mcm ni boleh jd pelakon? heroin plak tu.
muka mcm ni layak jd pasu bun ...

Hahahahhaa adoi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2022 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cheezel replied at 26-9-2022 05:42 PM
Muka dia plain sgt la. Cm marhaen je. Nape artis sekarang dah xlawa kebabom mcm dlu ek

Dia ni mcm xde aura wow kan? Teringat dulu masa umur dia 18 camtu kot my friend tunjuk dia promote cucuk2 muka cucuk vit C buat shaping muka bagai. Ada satu post tu hauk teruk dia buat video promote produk yg mana terserlah nampak dia bimbo bila jawab komen orang. LoLLLL
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa2 je dia ni..x suka tp x menyampah pun. Hero muda2 belambak skrg tp xda heroin la pulak. Kesian kena pair dgn kakak2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 26-9-2022 09:55 PM
Dia ni mcm xde aura wow kan? Teringat dulu masa umur dia 18 camtu kot my friend tunjuk dia promote ...

Oh dia ada alter muka ke u? Seingat i dia ckp xde buat apa2 pun kat dagu sbb org duk tanya asal dagi dia makin pjg
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
muka dia mcm safiy chinta versi siap
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg aku cantik je muka dia. Tapi bukan cantik sangat. Cantik biasa. Cuma nampak mcm buat muka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap nama dia

muka aniq tu cam muka anak agong….tengku apa nama ntah…..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 10:34 PM | Show all posts
Cantik je dia wpun tak lah wow sgt & ok je jadi heroin, berlakun pun tak kayu sgt....yg jadi heroin semua tu tak ada lah cantik mana pun..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
iols cuma nak tau yer ke sheols gaduh dgn meerqeen? Siap perli perlii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 08:25 AM | Show all posts
muka dia mmg biasa2 tp lakonan dia mantap
klu muka lawa tp berlakon xtaw tgh marah atau sedih blh buat kaka tutup TV terus
xpun tukar tgk anime lg best
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni yg video dot2 ngan zulriporn tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 12:13 PM | Show all posts
lotionmilo replied at 26-9-2022 11:01 PM
iols cuma nak tau yer ke sheols gaduh dgn meerqeen? Siap perli perlii

macam ya. Tapi memang heranlah di IG production pun post lain2. yg si hero boleh pulak dgn antagonist.

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
MsIda replied at 26-9-2022 10:34 PM
Cantik je dia wpun tak lah wow sgt & ok je jadi heroin, berlakun pun tak kayu sgt....yg jadi heroin  ...

Muka dia ni  sekali tengok mcm muka erra zman sembilu dulu.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.055090 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list