View: 10044|Reply: 118
|
"Saya Tahu Menantu Terbabit Perniagaan Rokok Seludup, Dadah Tak Tahu,"-Bapa Ejen Kosmetik
[Copy link]
|
|
TUMPAT: "Saya hanya tahu menantu pernah terbabit perniagaan rokok seludup, tetapi tapi kegiatan lain yang menyalahi undang-undang saya tidak tahu," demikian kata bapa kepada Rosnazirah Mohd Naim, ejen jualan kosmetik yang dilarikan sekumpulan lelaki di sini.
Warga emas berusia 70 tahun itu berkata, berat hatinya untuk mempercayai bahawa menantunya yang berusia 36 tahun itu terbabit sindiket penyeludupan dadah, kerana lelaki itu banyak menjalankan perniagaan termasuk memelihara haiwan ternakan.
Foto: Berita Harian
"Yang saya tahu, dia (menantu) ada jual rokok seludup sahaja, selain itu saya tak tahu, rasa susah nak percaya.
"Tapi kalau dia betul-betul terbabit, kenapa perlu libatkan anak saya, kenapa dia yang diculik," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Semat Jal, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 5.10 petang kelmarin, ejen jualan kosmetik berusia 36 tahun dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini.
Wanita itu dilarikan dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand, sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam kelmarin di Kampung Kuala Jambu.
Siasatan awal pihak polis mendapati suami kepada mangsa terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah dan polis sudah menahan tiga individu berusia 25 hingga 47 tahun termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan
Warga emas itu berkata, sehingga hari ini dia masih terkilan kerana gagal menyelamatkan mangsa pada petang Selasa lalu ketika sedang bergelut dengan dua lelaki yang mengheret anaknya itu masuk ke dalam kereta.
Katanya lagi, jika tidak difikirkan pistol yang ditunjukkan penjenayah itu, sudah pasti dia akan cuba menyerang demi menyelamatkan anak keenam dari 12 beradik itu.
"Saya rela mati demi anak dan ketika kejadian, saya diacu sebilah pisau oleh lelaki itu, namun masih cuba melawan sebelum terpaksa berundur apabila mereka mengeluarkan pistol," katanya.
Ibu mangsa yang menghidap penyakit buah pinggang tahap lima pula berkata, sehingga kini rasa trauma masih dirasai dan sedikit sebanyak semakin menjejaskan tahap kesihatannya.
Sambil memohon orang ramai mendoakan keselamatan anaknya dan dipulangkan dengan selamat, dia merayu tidak ditularkan berita tidak benar mengenai keluarganya.
"Entah bagaimana nasib anak saya sekarang yang katanya sudah dibawa ke negara jiran, hidup atau mati kami tidak tahu...tapi jauh di sudut hati saya, mengharapkan anak ditemukan dengan selamat," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Patut gi interview pihak jantan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sskjp balik2 ini je lah kerjaya deyols
Pompuan pakat menega timbang kilo, yg jantan pulak selain membewak, juai benda2 yg terlarang
Nak jumpa jantan yg mcm kerulaming tu satu dlm seribu agaknye
Tuari jantan yg keta meletup tgh jalan pun menega benda terlarang jugak khennnnz |
|
|
|
|
|
|
|
sajat lari masuk border thailand ikut pintu mana ye? curious |
|
|
|
|
|
|
|
Anak mngkin dah bagitau hal sebenar… |
|
|
|
|
|
|
|
Oooooo now i dpt jawapan kenapa ponder2 kelate ni kaya semacam walaupon produk xpernah dgr. No wonder yg sek2 kaya ni byk dari sana. Ingatkan terlibat cuci2, rupanya.... cuba cek suami ponder2 kelate yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya rela mati demi anak dan ketika kejadian, saya diacu sebilah pisau oleh lelaki itu, namun masih cuba melawan sebelum terpaksa berundur apabila mereka mengeluarkan pistol," katanya.
Tp dah kenapa ko mengundur? |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 15-9-2022 04:50 PM
Oooooo now i dpt jawapan kenapa ponder2 kelate ni kaya semacam walaupon produk xpernah dgr. No wonde ...
Mmg pun...kalau xseludup dadah pun dorg seludup mcm2 benda lain..so xheran la emas ketul2 dibadan rmh mcm istana, kereta mewah sedangkan produk jual psr mlm pun xlaku |
|
|
|
|
|
|
|
ingat nak cakap baik tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Suaminya ada dua rekod jenayah lampau.
Bapa mertua dedah menantu pernah terlibat perniagaan jual rokok seludup
Hint paling utama, menantu banyak menjalankan perniagaan termasuk memelihara haiwan ternakan.
Adakah anda fikir apa yang saya fikirkan? |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 15-9-2022 04:50 PM
Oooooo now i dpt jawapan kenapa ponder2 kelate ni kaya semacam walaupon produk xpernah dgr. No wonde ...
Ko pernah dengar tak produk ekoran beauty yang founder nya pernah kes pukul anak tu? Dia pun kaya semacam mulut hansuang kalau buat live. Aku mula2 tak faham cmne boleh kaya padahal tak pernah dengar produk sheols. Kawan Klate aku kata buleh modal jual dadohhhhhhh. Masa tu macam tak Caya. Tapi skng caya. Haha
|
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 15-9-2022 04:51 PM
"Saya rela mati demi anak dan ketika kejadian, saya diacu sebilah pisau oleh lelaki itu, namun masi ...
Nk tegelak soalan sis.. kalau pisau maybe tk mati terus.. kalau pistol mcm susah skit nak pjg nyawa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rockafella replied at 15-9-2022 05:00 PM
Suaminya ada dua rekod jenayah lampau.
Bapa mertua dedah menantu pernah terlibat perniagaan jual ro ...
Money laundry???
Baca kat komen FB jiran2 kata rumah besar dekat 1 juta. Kereta besauuu. Tengok gambar perempuan tu pakai gelang besau naik Vellfire/alphard |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin... mencurigakan sungguh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by shy79 at 15-9-2022 05:11 PM
tak payah konar baring la pakcik..
dok serumah tak kan tak tau menantu kerja apa selama ni..
lagi pun dok sempadan kalau tak buat kerja2 seludup ni tak sah la |
|
|
|
|
|
|
|
kucing_gebu replied at 15-9-2022 04:54 PM
Mmg pun...kalau xseludup dadah pun dorg seludup mcm2 benda lain..so xheran la emas ketul2 dibadan ...
Adik ipar aku pernah join seludup pati dari Klate ni la. Sekepala maybe 300-600 ketukk. Sehari boleh income 5k. Lagi banyak sumbat Vellfire lagi masyukkk. Keje tak tido la berjaga2. Dalam sebulan dah angkat BMW tapi yang second hand la..
Adik beradik tak tahu..yang tau cume mak dengan suami aku je sebab dia singgah rumah aku Ritu. Mak dia risau. Aku dah cakap keje ni harammm. Laki aku senyap. Tapi dia nasihat adik dia dahhh. Lani dah tak terlibat la sejak bapak dia ninggal baru2 ni duk tanam jagung jelah makan pakai tanggung. Cita2 besar nak cepat kaya tapi malas. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 15-9-2022 05:02 PM
Ko pernah dengar tak produk ekoran beauty yang founder nya pernah kes pukul anak tu? Dia pun kaya ...
Yg viral dia pukul ank tu ke? Yg dlm bideo hodoh tp dkt ig kemain lg muka? I xpernah dgr pasal dadah tu tp now i pon rasa percaya. Sbb produk2 ni xpernah dgr n xpernah nmpk org pakai. Kalau belah kl selangor mgkin proxy cainis utk cuci duit mcm tin alya tu. Belah kelate i rasa mmg majority terlibat jenayah haram yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
kucing_gebu replied at 15-9-2022 04:54 PM
Mmg pun...kalau xseludup dadah pun dorg seludup mcm2 benda lain..so xheran la emas ketul2 dibadan ...
Kwn i org sana dia ada bgtau sorang ni kat kg dia rumah besar gila. Tokey tu ponder produk timbang kilo ambik dkt siam. Tp nama produk haram xpernah nmpk or dgr. Now i rasa pegi sana bkn ambik stok tp ambil dadah atau rokok seludup. Dgn kes ni, baru terbukak mata |
|
|
|
|
|
|
| |
|