Pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an, Aman Shah meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar pukul 2 petang tadi
Berita duka itu disahkan oleh pembantu peribadi adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar dan anak sulung Allahyarham, Hadzly. Menurut Hazly, Allahyarham bapanya dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu. Tambahnya lagi, jenazah bapanya masih berada di IJN dan akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras sebaik selesai dimandi dan dikafankan.
Sementara menurut Amirudin Mokhtar, Allahyarham Aman Shah meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan malam tadi.
Allahyarham dimasukkan ke hospital tiga hari lepas. Sekarang kami sedang menunggu proses selanjutnya.
Difahamkan, jenazah Allahyarham mungkin akan dikebumikan pada hari ini iaitu selepas solat Maghrib.
Sumber: Astro Awani, Utusan, Harian Metro
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
a ah org yg sama. dulu sebelum nyanyi dia jadi hacker, masa Dj Dave dan nokumalasari. masa tu komputer kat bank belum wujud lagi. Lepas dah jadi hacker, baru dia nyanyi, masa tu komputer kat bank masih belum wujud lagi. DJ dave dan nokumulasari dah nyanyi masa tu. Org kata Dia termasuk artis2 yang cerdik pandai, sama mcm Dahlan Zainudin dan wazata zzain.