"Kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah saya tidak pernah datang ke balai polis untuk memberikan kerjasama."
Lufya Omar kesal dan menyangkal dakwaan mendakwa dirinya enggan memberi kerjasama terhadap siasatan polis berhubung kes cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura.
Kredit foto: IG
Pelakon dengan nama Lufya Sheikh Omar, berusia 37 tahun itu menjelaskan dia tidak membuka mulut kerana tidak mahu mana-mana pihak campur tangan dalam insiden berkenaan.
"Saya mahu hal ini diselesaikan segera dengan pihak berkuasa tanpa campur tangan lain dan mendedahkan apa sahaja kelemahan yang terjadi. Disebabkan itu, selama ini saya berdiam," katanya menerusi kenyataan di Instagram Story.
Kredit foto: IG
Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mendakwa pihaknya masih belum merakam keterangan Lufya berhubung kes itu selepas laporan dibuat pada Jun lalu.
Dalam masa sama, Lufya turut berkongsi beberapa tangkap layar perbualannya dengan pegawai yang mengendalikan kes berkenaan sebagai bukti dirinya memberi kerjasama dengan pihak berkuasa.
Kredit foto: IG
"Saya mencari rezeki dengan wajah, tak mungkin toreh muka sendiri untuk popular.
"Tidak mungkin juga saya mahu sembunyikan jenayah bekas suami jika dia terlibat dalam kes ini," jelasnya.
Tambahnya, dia sedih sangat apabila dituduh yang bukan-bukan dan berharap doanya diangkat Allah SWT. - CARI |