CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2665|Reply: 20

Aaron Aziz Rela Tahan Sakit, Asalkan Dapat Berlakon Untuk Bayar Yuran Pengajian Anak-Anak

[Copy link]
Post time 2-9-2022 03:06 PM | Show all posts |Read mode
“Tak kisahlah saya sakit, asalkan dapat berlakon untuk bayar yuran pengajian anak-anak”.


Demikian pengorbanan pelakon Datuk Aaron Aziz apabila tidak kisah menahan sakit akibat masalah saraf tulang belakang yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu asalkan masih boleh bekerja bagi menampung kos pengajian anak-anaknya di menara gading.


Bercakap kepada Kosmo! Online, Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz, menzahirkan kebimbangan tentang risiko yang bakal dihidapi selepas pembedahan, kos perubatan yang agak besar bagai rawatan penyakit berkenaan.


Foto: IG




“Kos pembedahan memang besar. Ubat sahaja memakan belanja dua hingga tiga ribu. Tapi nasib baik saya ada insurans.


“Itu salah satu faktor yang saya perlu fikir. Anak-anak pun masih lagi belajar. Anak perempuan saya, Dahlia Arissa baru memasuki kolej. Anak lelaki saya pula, Danish Anaqi sekarang belajar di sebuah kolej di Jepun.


“Mereka akan masuk ke universiti yang memerlukan perbelanjaan besar. Jadi, tak apalah saya sakit. Saya masih berlakon sebab nak kejar bayar semua yuran anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online.




  



Kata pelakon berusia 46 tahun itu lagi, dia selalu berpesan pada anak-anak supaya tidak bimbang soal duit dan hanya fokus terhadap pembelajaran masing-masing.


“Isteri saya juga selalu ingatkan anak-anak tentang pengorbanan, bekerja keras untuk cari duit demi anak-anak. Insya-Allah saya boleh tanggung pembelajaran mereka,” katanya.




  



Dalam pada itu, Aaron dan juga isteri sudah lama berbincang untuk membangunkan sebuah perusahaan atau syarikat sebagai jaminan anak-anak pada masa hadapan selain memberi komitmen terhadap kerjaya lakonan.


Pelakon filem Ombak Rindu itu juga sedar tidak akan selama-lamanya bertahan dalam industri lakonan dan perlukan ‘sesuatu’ untuk diwariskan kepada anak-anak.




  



“Sekarang saya beri tumpuan pada perniagaan yang diusahakan sebab saya mahu wariskan kepada anak-anak. Sekurang-kurangnya mereka ada jaminan pada masa hadapan.


“Jika saya jadi pelakon sahaja, saya hanya meninggalkan nama ‘Aaron Aziz’ untuk mereka. Untuk apa? Saya perlu sediakan sesuatu untuk anak-anak jika berlaku perkara buruk pada masa hadapan,” jelasnya.


Aaron yang ditemui ketika sidang media drama Takdir Cinta Dhia di Luxe Hall, TGV 1 Utama di sini juga memberitahu, jika tiada sebarang masalah, dia akan melakukan pembedahan pada penghujung tahun nanti seusai pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.


  



“Sekitar bulan 10 nanti saya terlibat dengan penggambaran sebuah filem. Insya-Allah jika tiada halangan, saya akan buat pembedahan tulang belakang pada penghujung Disember nanti selepas pulang daripada umrah,” katanya.


Sejak disahkan mengalami masalah saraf dan tulang belakang tersepit 10 tahun lalu, Aaron kini bergantung dengan suntikan steroid selain ubat tahan sakit ketika bekerja.




  



Bahkan, hasil pemeriksaan doktor turut mendapati terdapat ketumbuhan (bukan kanser) pada bahagian bawa tulang belakangnya yang memerlukan pembedahan.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2022 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak terpaling mmg kene lalui lah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 04:19 PM | Show all posts
haha...alah,org lain lg bersusah payah keje bwh matahari utk anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ilmu da cukup utk ank2 survive... Klu mk pk ada extra nk bg reta kire bonus... X yh mk pk bergolok gadai nk siap kn rete tuk ank2.. Ko pki la duit tu tuk kesihatan ko
Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan baru beli Tesla kan? Mahal kot keta tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Results anak2 dia mmg excel sampai masuk media spore...apa2lah haron asal kau x kacau org dan buat taik kat org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2022 10:49 PM | Show all posts
Betullah tu sebagai parents memang kena buat terbaik untuk anak anak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus abg Aron pentingkan education anak2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu mcm tu buat apa hntr anak2 bljr kat Tenby?
Mahal kot situ
Hntr jelah kat private school atau international school yg murah2 sikit
Merempan jelah
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Timortimur replied at 2-9-2022 11:42 PM
Dah tahu mcm tu buat apa hntr anak2 bljr kat Tenby?
Mahal kot situ
Hntr jelah kat private school ata ...

ada ker private school or international school yg murah sket?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
pujanggacinta replied at 2-9-2022 11:57 PM
ada ker private school or international school yg murah sket?

International school sah2 le mahal
Private school melambak yg murah2
Tenby tu memang mahal kat Setia Alam tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 10:33 AM | Show all posts
Bekorban demi anak-anak dan keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah bertahun2 berlakon menang award macam2 binik niaga tudung anak2 pun gigih niaga xkan sengkek sangat sampaikan sakit pon kena kerja nak tanggung anak belajar? Apa jd kat cafe dia dulu? Bila nak berambos balik spore?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 12:02 PM | Show all posts
Timortimur replied at 2-9-2022 11:42 PM
Dah tahu mcm tu buat apa hntr anak2 bljr kat Tenby?
Mahal kot situ
Hntr jelah kat private school ata ...

Klo sekolah gomen lagi banyak jimat. Anak retis kenalah sekolah mahal. Selesa sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
jas7512 replied at 2-9-2022 09:35 PM
Results anak2 dia mmg excel sampai masuk media spore...apa2lah haron asal kau x kacau org dan buat t ...

Anak2 deyols sgt polite yach depan org
Bab ni acik puji haron & diyana pandai bela anak
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
betapa tak securenya kerjaya sbgai artist... akhirnya kena up juga cerita pasal... perlu bayar itu.. ini... terpaksa belakon... sambar jer mana2 job..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia xde bisnes ke?
Btw anak lelaki dia tak mewarisi kehenseman bapaknya ketika muda.. Anak lelaki dia muka tua dgn smiling line yg sgt jelas. Sorry.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dahhh itu tanggungjawab ko acik haronnnn
bare minimum dah tuuu
moga anak2 deyols tak jadik retissss
pendidikan pun bukan calang2
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 3-9-2022 03:39 PM
Dia xde bisnes ke?
Btw anak lelaki dia tak mewarisi kehenseman bapaknya ketika muda.. Anak lelaki di ...

Takkan nk jadi Managing Director one of the bank lak. Apa qualification dia ada ?.

Hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Skolah tenby.. gila arr..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.069843 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list