“Saya tidak kisah menunggu, asalkan siasatan kes ini bergerak. Nampak usaha keras saya berjalan."
Pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 37, memaklumkan dirinya akan mengambil tindakan selanjutnya berikutan kehadiran Ira Kazar di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
 Kredit foto: IG
Sarah yang mengesahkan pengganggu rumah tangganya sudah memberi keterangan di JAWI bagaimanapun enggan menganggu siasatan dengan berkongsi butiran.
“Apa yang boleh saya beritahu, dia sudah tampil memberikan keterangan dan pegawai sedang menjalankan siasatan.
“Proses ini mengambil masa dan insya-Allah, selepas selesai, saya akan bawa untuk ke peringkat seterusnya pula.
“Ada dua aduan dibuat iaitu satu di Mahkamah Syariah untuk dakwaan sebagai orang ketiga, manakala di Mahkamah Sivil untuk dakwaan melakukan gangguan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
 Kredit foto: IG
Sarah yakin usahanya itu bakal membuahkan hasil biarpun perlu menunggu lama.
“Saya perjuangkan ini untuk diri dan anak-anak. Ia memang proses yang panjang, tetapi Alhamdulillah, ada perkembangannya.
“Saya tidak kisah menunggu, asalkan siasatan kes ini bergerak. Nampak usaha keras saya berjalan,” katanya.
Difahamkan, Ira juga menerima perintah injuksi supaya tidak mengganggu dan mendekati Sarah serta keluarganya.
“Pihak di sebelah sana tidak boleh berkomunikasi langsung dengan saya dan mendekati keluarga saya. Hidup saya lebih aman sekarang,” katanya.
 Kredit foto: IG
Minggu lalu, Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail mengesahkan kehadiran Ira bagi memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan pengarah, Syamsul Yusof.
Berikutan itu, anak kepada pelakon Kazar saisi disiasat mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Kita tunggu berapa lama Ira akan berdiam diri tanpa buat hal. - CARI
|