CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6366|Reply: 61

Bangga Tersenarai Individu Paling Berjaya Di Malaysia, Ramai Dakwa Fitri Haris Kena 'Scam'

[Copy link]
Post time 28-8-2022 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Kecoh pula jadinya apabila penyanyi Dr Fitri Haris didakwa terkena ‘scam’ selepas ditawarkan untuk tersenarai sebagai individu paling berjaya di Malaysia bagi dimuatkan dalam buku Ensiklopedia BritishPedia Edisi ke-4 2022.


Ia rentetan ada pihak mendakwa nyaris diperdaya selepas mendapat tawaran serupa selain meminta individu yang dihubungi agar melihat pencapaian diri untuk layak disenaraikan dalam sesebuah pengiktirafan tertinggi.


Menjawab tuduhan tersebut, Fitri memberitahu dia sudah menyemak kesahihan badan berkenaan sekali gus menafikan dakwaan wujud unsur penipuan atau dia perlu mengeluarkan wang untuk mendapat pengiktirafan tersebut.


Foto: IG






“Semestinya saya sudah semak dahulu dengan pakar. Pengiktirafan tersebut daripada badan profesional yang berpengkalan di United Kingdom.


“Tidak wujud unsur penipuan seperti yang didakwa,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.


Dalam pada itu, Fitri menjelaskan kekeliruan mungkin berlaku disebabkan terdapat pihak yang kurang faham tentang pengiktirafan daripada pihak berkenaan.




  



Justeru katanya, orang mudah tersalah anggap dan jika benar ia satu penipuan, dia sendiri tidak akan berkongsi kepada umum mengenainya.


“Saya ada baca komen-komen tentang pengiktirafan yang diterima. Orang sebenarnya salah anggap kerana ia bukanlah satu anugerah sebaliknya pengiktirafan menerusi kejayaan saya sendiri.


“Dalam buku itu ada banyak segmen dan saya tersenarai dalam kategori seni dan media,” ujarnya.


  



Fitri menerusi satu edaran kenyataan media kepada mStar pada Jumaat memberitahu perlu menjalani temu bual tiga bulan lalu untuk memastikan kesahihan maklumat sebelum layak menerima 'certificate' dan dimasukkan dalam ensiklopedia.


Kata Fitri, pengiktirafan itu akan dimuatkan dalam Ensiklopedia BritishPedia 2022 yang akan dilancarkan pada akhir tahun ini.










Dalam pada itu seorang pengguna Facebook mendedahkan dirinya pernah mendapat panggilan sama daripada pihak BritishPedia yang ingin menyenaraikan wanita itu sebagai 100 rakyat Malaysia paling berjaya pada tahun 2020.


"Saya punya soalan mudah sahaja iaitu 'apa yang membuatkan anda fikir saya berjaya?' Itu pun pemanggil tak dapat hendak menjawab," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Individu itu turut mendakwa pihak BritishPedia memang pernah menyenaraikan profil seperti Tun Dr Mahathir Mohamed, Tan Sri Tony Fernandez sebagai umpan bagi memperdayakan mangsa.


  



Malah alamat yang kononnya berpangkalan di London tidak diketahui sama ada wujud atau pun sebaliknya.


"Orang kita ini mudah sangat makan umpan. Upah staf yang boleh slang 'Mat Salleh'. Kita pula percaya dan rasa terharu," ujarnya.




  



Dakwa dia lagi, penerima pengiktirafan juga perlu membeli buku berkenaan dalam jumlah tertentu memandangkan ia tidak dijual di kedai.


Wanita tersebut bagaimanapun tidak mempertikaikan pencapaian Fitri namun berharap penyanyi itu lebih berhati-hati pada masa hadapan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa plak tibe2 jd org paling berjaya..

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 11:27 AM | Show all posts
Berjaya dalam apa???? tak kan tuan badan tak tahu? ATAU tiba tiba jadi bangga dengan diri
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Siaper nih
Knaper gambar berdua dengan wife nampak wife awkward
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tau la dia dulu bekas penyanyi nasyid UNIC kot, kawen muda, pastu cerai, pastu kawen lg, then cerai....tu je la pencapaian dia yg aku tau....lain2 aku tktau.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini dia nampak sangat berlakon tak seiring laki
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk dia ni teringat watak raja pendek yg nak kawen dgn princess fiona dlm cerita shrek tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Britishpedia ni macam ko bayar, ko dpt la listed dlm tu. Berpuluh ribu nama orang dlm 1 buku tu. Sama macam dapat award bayar sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng capal ke. Automatik aku assume bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 03:56 PM | Show all posts
Muka dia ni cam muka kawan aku yg single.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Fitri haris ada phd dari UK.
ada baca news around 2019.
cuma dia kerja mana tak pasti.

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Izu keluarga bahagiaaaaaaaaaaa
Masuk dalam list tak..
Iols panggil gitu sebab teringat dia nyanyi lagu tu..slalu kuar video kat tv1 sebelum siaran solat jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik bergambar mulut ternganga
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mamastoney replied at 28-8-2022 12:00 PM
Aku tau la dia dulu bekas penyanyi nasyid UNIC kot, kawen muda, pastu cerai, pastu kawen lg, then ce ...

Oh byk kali kawin juga dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi so die terima lah award tu
Cmne die rase die berjaya paling lak tu
Iols yg almost ari2 bkk forum pn xknl

Xnk lagi tu mengaku kene tipu hahahahahaha
Lantak hang la
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tahanie replied at 28-8-2022 02:03 PM
Bini dia nampak sangat berlakon tak seiring laki

Nmpk over  nau nk nmpk happy kan
Gmbr dgn ank pn cm xde chemistry hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2022 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
zaza201516 replied at 28-8-2022 02:36 PM
Britishpedia ni macam ko bayar, ko dpt la listed dlm tu. Berpuluh ribu nama orang dlm 1 buku tu. Sam ...

Oh gitu
Pastu die kene beli la buku tu sbb nk tayang kt rmh kan
Mesti kene beli 100 buku hahahaha

Cmtu je sng2 je dpt duit hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miss_perfect at 28-8-2022 10:04 PM

Dia Dr? Ada phd ke?

Edit: ohhh baru baca reply kat atas tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal gmbr bini dia sume nganga ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 28-8-2022 05:47 PM
Izu keluarga bahagiaaaaaaaaaaa
Masuk dalam list tak..
Iols panggil gitu sebab teringat dia nyanyi la ...

Izu ke yg jd doctor neuro tu ? Ke slh bkn izu ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.200225 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list