View: 11982|Reply: 109
|
[Tempatan]
Dr. Sheikh Muszaphar digesa berhenti jual produk kesihatan!
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 17-8-2022 09:13 PM
KUALA LUMPUR – Seorang doktor perubatan, Dr. Rafidah Abdullah mahu angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan pasukannya berhenti menjual produk kesihatan keluarannya kepada pesakit yang dirawatnya.
Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi itu telah menerima aduan mengenai penjualan produk itu kepada pesakit daripada doktor dari sebelah utara Semenajung Malaysia.
Dalam surat terbuka kepada Dr Sheikh Muszaphar, Dr. Rafidah berkata, ada jurujual yang mengesyorkan produk itu kepada pesakit kronik buah pinggang dengan mendakwa produk itu selamat dimakan.
“Kepada Datuk Sheikh Muszaphar dan pasukan yang saya hormati, Saya menerima mesej dari rakan seperjuangan dari utara. Ada jurujual yang mengesyorkan produk ini kepada pesakit. katanya ianya selamat untuk pesakit kronik buah pinggang.
“Ya, dalam mana-mana iklan tidak ada menyebut buah pinggang tapi boleh lihat bagaimana pesakit-pesakit kronik boleh tertipu.
“My hope is you and your team make sure all of the sellers stop offering this to my patients,” tegas Rafidah dalam kenyataan di media sosial.
Menggunakan kepakarannya dalam bidang tersebut, Dr. Rafidah mengingatkan masyarakat produk yang dipromosi itu tidak mempunyai kajian saintifik yang membuktikan ia boleh membantu kesihatan.
“Jika berpenyakit kronik, jangan ambil. Terutamanya jika ada penyakit buah pinggang, memang disarankan jauhkan apa jenis produk sekali pun. Jangan terpedaya ya,” katanya.
Dalam hantarannya, Dr. Rafidah turut berkongsi gambar Dr Sheikh Muszaphar sedang tersenyum sambil memegang produk berkenaan.
Pada proster tersebut tertulis ‘Nikmat kesihatan ialah kunci kebahagiaan’ dan terdapat beberapa logo termasuk halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan MeSTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri).
Hasil carian di internet, produk tersebut didakwa hasil ramuan premium daripada Dr. Sheikh Muszaphar yang mempunyai latar belakang perubatan dan beliau juga pengasas produk berkenaan.
Produk itu didakwa hasil gabungan habbatus sauda yang dikatakan makanan sunah dan peria katak yang didakwa sebagai insulin semulajadi.
Produk berkenaan juga pernah disiarkan dalam berita televisyen tempatan dan didakwa telah melalui kajian secara saintifik.
Sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Wow nama2 produk sume terpaling arobic |
|
|
|
|
|
|
|
Yg aku tahu mesti mahai... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg aku tau gum arabic je yg ok utk org sakit buah pinggang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke heols ada jual gel lutut sapu2 tu ke,?
|
|
|
|
|
|
|
|
Heols doktor (taktau masih praktis ke tak), bini doktor. Semua background medical. Terlibat dgn produk mcm ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 17-8-2022 09:36 PM
Heols doktor (taktau masih praktis ke tak), bini doktor. Semua background medical. Terlibat dgn prod ...
pelik kan. ptt lagi aware bab ni. sorg lg doc nordin darus yg elyana katenye amek gk produk die.
doc sheikh tu mcm dh tak praktis dh. byk dgn family je. bini die je yg masih on lagi |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 17-8-2022 09:27 PM
https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/07/afyaa-lancar-sahiyya-aratox/
tak menahan tgk rega die. ni mmg cara pantas nk jd jutawan ke ape ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rege pun bukan kaleng2. Sekali makan terus sihat ke macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak turunkan kolestrol, makan ubat statin. Itu mmg berkesan akan turunkan kolesterol.
Kencing manis dah ada ubat dia
Darah tinggi dah ada ubat dia
Pergi aje klinik kerajaan. Sama ada kau nak telan atau tidak aje.Tak perlu berhabis beratus ringgit setiap bulan beli produk pelik-pelik dari personaliti popular atau celebrity. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 17-8-2022 09:49 PM
Kalau nak turunkan kolestrol, makan ubat statin. Itu mmg berkesan akan turunkan kolesterol.
Kencing ...
Setuju sesgt...kat klinik kerajaan punya lah murah bekalan ubat2 tu...ni produk timbang kilo retis n seleb gak yg dibeli |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang yg menjual produk ni dia punya overclaim mmg tak hengat.. Aritu nmpk ada sorg jual kopi pracampuran and claim boleh merawat kanser.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu local products tu berkesan rawat kanser segala mcm apa hal ko tak patented dek? Keluarkan lah data2 dan samples dah mujarab sangat dek. |
|
|
|
|
|
|
|
namieamuro replied at 17-8-2022 09:41 PM
pelik kan. ptt lagi aware bab ni. sorg lg doc nordin darus yg elyana katenye amek gk produk die.
...
Sacha Inchi Oil tu ke. Ada yg ambil ok ke. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kahwin x pikir dah bende tu
anak dia pun ramai kan
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 17-8-2022 09:49 PM
Kalau nak turunkan kolestrol, makan ubat statin. Itu mmg berkesan akan turunkan kolesterol.
Kencing ...
Kencing manis darah tggi etc tu ubat utk mengawal shj. Never cure. Kolestrol tggi ubat plg berkesan adalah IF dan go vegan. Kencing manis plg berkesan adalah kawal pengambilan gula. Darah tggi plg berkesan manage stress dan jaga makan n bersenam. Mostly penyakit2 tu x perlu ubat pun. Tp dh nama manusia, x boleh menahan diri |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 18-8-2022 01:15 AM
dah kahwin x pikir dah bende tu
anak dia pun ramai kan
Belanja utk sorang dah berapa banyak. Petang lepas sekolah mcm2 aktiviti.
Tapi tu lah, medical background dan title doktor blh terjerumus dgn produk mcm ni. Lepas ni jgn sentap bila doc pidah meratib produk sampah. Tapi kan, sheols ni makan jajan tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by gekkou at 18-8-2022 06:53 AM
guna campuran makanan sunah dan habatus sauda
claim boleh sembuh penyakit
yihhhh sangat
patut la kaya bebenor
|
|
|
|
|
|
|
|
demi duit semua di gadaikan....................... |
|
|
|
|
|
|
| |
|