Penyanyi, Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima mengakui tidak ambil peduli dengan komen netizen terhadap tariannya bersama usawahan, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa memaparkan unsur ghairah.
Menerusi laporan Harian Metro, kata Shima, sudah menjadi perkara biasa bagi penyanyi dangdut menghiburkan penonton dengan nyanyian dan 'gelekan'.
"Saya tak boleh kawal orang nak cakap apa. Mungkin mereka yang banyak menonton cerita tak bermoral dan berimaginasi," katanya.
Kerjasama antara Baby Shima dan Aliff Syukri itu juga didakwa bertujuan untuk mengejar 'trending' di media sosial. Bagaimanapun, kata Shima, kolaborasi antara mereka terjalin tanpa dirancang.
"Saya cuma dapat lagu itu dan apabila mendengar melodi dan lirik lagunya dah rasa best. Sejak awal lagi, saya tidak tahu langsung siapa rakan duetnya sehinggalah ketika hari rakaman lagu dibuat.
"Apabila tahu saya dengab Aliff, saya okey saja. Saya yakin kami profesional dan boleh bekerjasama kerana sudah saling memaafkan kira-kira setahun lalu atas perselisihan faham yang berlaku di Jakarta sebelum ini," katanya. - CARI
|