Sumber IG
Penyanyi yang meledak dengan lagu Teman, Iman Troye, mendaki carta populariti dengan pantas namun ada cerita yang kurang enak mengiringi langkah kakinya dalam meniti perjalanan membina kerjaya.
Gadis berusia 20 tahun itu didakwa sukar memberikan kerjasama termasuklah sukar dihubungi ataupun membalas mesej jika ada perkara penting berkaitan dirinya yang memerlukan penjelasannya segera.
Menerusi laporan BH Online, pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Sahabuddin bagaimanapun menafikan dirinya berubah disebabkan populariti yang diraih dengan mudah.
"Sebenarnya, nombor digunakan termasuk nombor keluarga, teman rapat dan kerja. Jadi, agak mustahil untuk saya belek satu demi satu mesej dihantar apatah lagi kalau mesej dihantar serentak.
"Kadang-kadang, emak pun tak tahu saya di mana sedangkan saya ada di rumah.
"Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi. Saya juga minta maaf bagi pihak pengurusan, insya-Allah kami akan memperbaiki kelemahan berlaku," katanya. - CARI
|