LONDON – Penduduk Britain disaran menyingkatkan waktu mandi mereka dalam masa hanya satu minit sebagai sebahagian usaha untuk menjimatkan bekalan air, lapor laman berita RT.
Berdasarkan laporan akhbar The Sunday Times, langkah itu dicadangkan oleh salah sebuah syarikat yang menguruskan bekalan air di Britain.
Menurut laporan, wakil-wakil industri berkata, walaupun langkah itu tidak popular, namun ia perlu dilakukan.
Gambar Hiasan
Penduduk Britain berdepan dua pilihan mudah iaitu sama ada membelanjakan £1 bilion (RM5.3 bilion) untuk infrastruktur air yang baharu atau menghabiskan masa kurang satu minit untuk mandi.
Idea itu diutarakan ketika cuaca panas terik luar biasa melanda Britain sejak beberapa minggu lalu.
Negara Eropah itu merekodkan bulan Julai paling panas yang menyaksikan penggunaan air meningkat mendadak.
Situasi itu mendorong beberapa daerah di selatan England melaksanakan larangan penggunaan paip getah dan pemercik air pada minggu ini.
Ini kerana paras air bawah tanah yang lebih rendah berbanding keperluan dan kekurangan air di kawasan-kawasan takungan seluruh negara.
Pakar-pakar berkata, sekiranya cuaca masih tidak berubah, Britain mungkin terpaksa memperkenalkan lebih banyak langkah penjimatan, termasuk sekatan dan catuan air. -CARI
Post time 8-8-2022 07:41 PMFrom the mobile phone|Show all posts
green~tea replied at 8-8-2022 06:08 PM
Siannya deme duk UK kepanasan
Pernah tpt 1 tiba2 takde air
Dahlah tak bgtau.2 malam after 7.30 x de air
Apa lagi ms first time i cepat2 sruh hubby pergi beli mineral water tu pun smpai2 je stock tggl 1 aje
Post time 9-8-2022 03:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak tau mcmana mandi seminit.. Lagi2 klu kena cuci rambut.. Tapi klu dh cuaca panas, tak mandi, busuklah bau badan kepam.. Time winter tsk perlah klu x mandi seminggu pon badan x berbau..