View: 6285|Reply: 104
|
Kelar Leher Belakang Kilang Lepas Bagi Isyarat 'Bye'
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki yang mengalami kemurungan sempat meninggalkan pesanan kepada isterinya sebelum dia ditemukan mati dengan kesan kelar di leher di belakang sebuah kilang di Pekeliling Dataran Kledang, Menglembu, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, maklumat berkaitan kes itu dimaklumkan orang awam pada pukul 9.46 pagi.
 Anggota polis membuat pemeriksaan di lokasi seorang lelaki yang ditemukan mati dengan kesan kelar pada leher di belakang sebuah kilang di Pekeliling Dataran Kledang, Menglembu di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di leher sepanjang 16 sentimeter.
“Turut dijumpai berhampiran mayat si mati ialah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Pemeriksaan mendapati, tiada kesan jenayah lain pada badan si mati. Telefon bimbit dan pengenalan diri lelaki itu juga masih berada bersamanya,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit yang merupakan pemborong dan pembekal ikan ke pasar itu ada menghubungi isterinya menerusi aplikasi WhatsApp.
Katanya, menerusi pesanan tersebut, dia memberitahu isterinya untuk mengambil semua wang simpanan di dalam bank bagi kegunaan wanita itu dan anak-anak mereka selain meninggalkan isyarat ‘bye’.
“Berdasarkan maklumat, si mati mengalami kemurungan kerana perniagaan yang diusahakannya sejak 10 tahun lalu itu mempunyai masalah kewangan.
“Si mati juga difahamkan pernah cuba membunuh diri tiga tahun lalu,” katanya.
Tambah beliau, pemeriksaan pakar patalogi ke atas mayat lelaki itu mendapati punca kematian adalah disebabkan si mati mengelar lehernya menggunakan pisau pemotong daging.
“Bagaimanapun, bedah siasat akan dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan punca sebenar kematian lelaki itu. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Macam manalah dia boleh kelar leher dia sendiri tu.. ngeri plak bayangkan [em:8:] |
|
|
|
|
|
|
|
dah mula dah krisis ekonomi. kaka dah pesan dalam forum banyak kali sejak 2017.... 66 negara di jangka bangkrupt menurut laporan imf. boleh baca news indonesia atau follow jusuf hamka.
kepada berduit utamakan family dulu. kalau nak beri hutang time krisis ekonomi beri amount u willing to burn. jgn bg amount sbb kasihan nanti u sendiri rentung takde duit kena scam.
elakkan pinjam dan memberi pinjam sesama forumer. sini bukan kedai ceti haram atau bank. |
|
|
|
|
|
|
|
sakit & terseksanya nak cabut nyawa sendiri kelar-kelar gituuuu!! |
|
|
|
|
|
|
|
meanwhile..
menteri naik gaji  |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
RinIna replied at 8-8-2022 05:16 PM
Macam manalah dia boleh kelar leher dia sendiri tu.. ngeri plak bayangkan [em:8:]
I rasa orang yang gamak kelar leher ni orang yg mmg dah ada masalah mental pun to begin with.. bila ada masalah, benda tu triggered je..
Org normal, ada masalah cemane pun hadap je masalah tu, takde la sampai nak kelar leher sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap: dah mula dah krisis ekonomi. k ...
Ada ke pinjam sesama forumer?? Kenal pun tak. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 8-8-2022 09:45 PM
Ada ke pinjam sesama forumer?? Kenal pun tak.

Maaf lah nk tergelak pulak bc konen chuols |
|
|
|
|
|
|
|
pisau die mesti asah kasi tajam betul... pisau potong daging biase mmg tajam sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
ada..ni mesti uols tak masuk thread edisi melondeh tempoh hari
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah jugak dulu bg pinjam
tp kat forum lain bkn kat sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh boleh pinjam duit kat sini rupanya ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Nnoor2 replied at 8-8-2022 05:13 PM
Bangsa apakah?
i am not racist ya
tp kawasan ni mostly hindu.. probably kaum ni la kot |
|
|
|
|
|
|
|
bintangct replied at 9-8-2022 12:45 AM
i am not racist ya
tp kawasan ni mostly hindu.. probably kaum ni la kot
Oh....harap bukan org islam la...kesian sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Ngeri.. tak boleh bayangkan mcmana the actual act of slitting your own throat..
Kalau slit wrist tu mcm sikit aje kan.. ini leher..
Semoga kita semua dijauhkan dari benda2 mcm ni dan dikuatkan iman dan semangat untuk menghadapi apa jua masalah di dunia ni.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|