View: 5347|Reply: 63
|
"Dah Bank In, Bagi Resit Ok Babe,"- Pengantin Minta Bridesmaid Bayar RM500 Untuk Datang Kenduri
[Copy link]
|
|
Menjelang hari perkahwinan, bakal pengantin pastinya pening kepala memikirkan seribu satu perkara yang perlu diselesaikan.
Selain sibuk menguruskan jemputan, makanan dan busana, bakal pengantin juga pastinya teruja untuk memilih rakan-rakan terdekat yang akan dilantik sebagai bridesmaid ataupun gadis pengiring.
Terbaharu, tular satu tangkap layar mesej WhatsApp yang memaparkan perbualan bakal pengantin dengan seorang rakan yang dipilih untuk menjadi bridesmaid dalam majlisnya.
 Gambar Hiasan
"I nak you be one of my bridesmaids tau," tulis bakal pengantin kepada rakannya.
Dalam satu lagi hantaran mesej, bakal pengantin memaklumkan rakannya bahawa dia perlu membayar wang RM500 sebagai sumbangan untuk majlis yang akan diadakan Januari depan.
"Eh one thing eh, i need RM500/person for contribution and baju bridesmaid on you, I just tell you the color.
"Once dah bank in, provide me the receipt eh babe ok," tulis bakal pengantin itu lagi.
Tangkap layar berkenaan memaparkan rakannya hanya membalas tanda soal selepas diminta menyumbangkan wang untuk majlis tersebut.
Di ruangan komen, wanita itu berkata dia telah menghubungi pengantin berkenaan dan memaklumkan dia tidak dapat menghadiri majlisnya.
Video yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok pada Khamis itu menerima lebih 340,000 tontonan.
Rata-rata netizen turut menyelar tindakan bakal pengantin yang dianggap tidak bertimbang rasa sehingga menyusahkan rakan-rakannya.
"Orang lain pergi kenduri free je. Tiba-tiba pergi kenduri dia nak kena bayar. Dia pakai tema apa ni?
"Dia kahwin kat Itali kot. RM500 tu sekali duit penerbangan dan penginapan.
"Kali pertama dengar orang nak kahwin minta sedekah dengan kawan, RM500 pula tu.
"Ni nak suruh jadi bridesmaids ke nak buat kutipan bantuan majlis kahwin ni.
"Kita pula kena tanggung untuk dia kahwin," tulis beberapa netizen.
Dalam pada itu, beberapa individu turut berkongsi pengalaman mereka ketika berkahwin yang mana semua gadis pengiring tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja untuk majlis rakan mereka.
"Aku kahwin aku bagi kawan aku kain kot. Apa punya member ni.
"Masa saya kahwin, saya habiskan beratus untuk bridesmaids. Setiap seorang. Lepas tu saya sediakan hotel walaupun semalam je.
"Saya sponsor bridesmaids saya baju dan mekap lagi masa saya kahwin. Kawan jenis apa macam tu?
"Untuk majlis saya, saya sponsor semuanya untuk gadis pengiring saya," tulis beberapa netizen lagi. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiktokers lagi. 
Sedia menerima kecaman.
|
|
|
|
|
|
|
|
orang dh penat seharian nk jd pengiring kau, tinggal keja tgal semua aktiviti sehari utk attend ko punya wedd, eh ehhh kita plk kena byr rm500.
x lapar nk g kenduri la kalau mcm ni  |
|
|
|
|
|
|
|
cara jawab pun org yg sama
dia lupa ke org dalam forum ni ada mcm mcm latarbelakang
walaupun ada forummer macam berforum sambil teguk ketom tp tak tingtong
 
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sgt siri bercakap dgn dinding..lapar perhatian bdk tiktok ni |
|
|
|
|
|
|
|
masa adik aku kawen, adik aku siap suro aku belikan dulu tiket flight kwn2 dia nk dtg, alasan xthu nk beli |
|
|
|
|
|
|
|
Miskin nau x mampooo nak sponsor bridesmaids |
|
|
|
|
|
|
|
budaya mana la duk bridesmaids ramai2 ni. peneman tu cukup sorang. i siap bgtau pakai je baju yg mana ada. xyah beli2 baju baru ke apa. nk mudahkan kawan kita. nk raikan dia juga sama2 happy dgn kita. |
|
|
|
|
|
|
|
perempuan selalu tergedik gedik nak jadi bridesmaids sebab nak upload gambar dalam media sosial masing masing |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 7-8-2022 11:40 AM
masa adik aku kawen, adik aku siap suro aku belikan dulu tiket flight kwn2 dia nk dtg, alasan xthu n ...
Hahah pastu beli tak |
|
|
|
|
|
|
|
Pnh jdi bridesmaid. Never again |
|
|
|
|
|
|
|
Sukati masing2 la.
Dia pun bukan paksa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cokoro replied at 7-8-2022 04:19 AM
Pnh jdi bridesmaid. Never again
Mesti uols jadik kuli batak kan. Takziah.  |
|
|
|
|
|
|
|
Klau betul citer hasanah, mungkin influencer yg nk kawin.. tu yg sume nk penaja..
Klau 10 bridesmaids da 5k
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam citer hasanah je. Tapi rasanya memang ada je orang yg mcm ni
 |
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga kena bayar duit ya? Setakat bayar kain pasang tu ada la, tapi tu pun pengantin suruh tambah dalam rm20 macam tu. Kalau nak bayar, jadilah bridesmaid. Kalau tak nak bayar, datang as kawan kawan meraikan majlis member sendiri. Tapi perbualan tu memang macam siri bercakap dengan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Atata replied at 7-8-2022 12:13 PM
Hahah pastu beli tak
memg tidaklah, belikan dulu tu ibarat ko sedekah duit tu terus |
|
|
|
|
|
|
|
Sakai nya tiktokers
Aku siap ambikkan bilik utk bridesmaid aku. Menunjukkan aku bkn tiktokers |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 7-8-2022 11:40 AM
masa adik aku kawen, adik aku siap suro aku belikan dulu tiket flight kwn2 dia nk dtg, alasan xthu n ...
Ko beli tak? |
|
|
|
|
|
|
|
gambar hiasan pon, buruk benar baju bridesmaid. menonjol sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|