View: 5158|Reply: 43
|
Nabila Huda Tak Sakit Hati Dengan Ain Edruce, Tiada Masalah Dengan Melodi
[Copy link]
|
|
Hanya setahun diberikan kepercayaan mengendalikan program hiburan popular, Melodi, pelakon dan pengacara Nabila Huda, 37, tidak sedikitpun terkilan atau marah apabila tempatnya diganti rakan baiknya, Ain Edruce.
Malah, anak kepada rockers terkenal, Amy Search itu menerima perubahan secara terbuka, selain menyifatkan pengalaman mengendalikan program hiburan nombor satu itu sebagai kenangan indah dalam perjalanan seninya.
IG Nabila/Ain
"Saya okay sahaja apabila mengetahui Ain menggantikan tempat saya sebagai hos Melodi. Saya tiada masalah, Ain sememangnya pengacara profesional.
"Saya percaya Ain boleh menyerlah dengan mengendalikan program Melodi. Jadi, saya tiada rasa apa-apa pun sama ada cemburu, sakit hati atau tidak berpuas hati.
"Selepas habis kontrak, stesen televisyen memberitahu perancangan baharu, Ain akan menggantikan saya. Ain juga ada menghubungi saya bertanya bagaimana mahu mengendalikan Melodi dengan baik.
"Saya juga sudah terbiasa dengan lakonan, habis sahaja penggambaran, kita akan melangkah bersama pasukan baharu. Jadi, saya tidak menyimpan perasaan negatif," katanya kepada BH Online.
Nabila juga menegaskan, dia tidak mempunyai masalah dengan pasukan Melodi, stesen TV3 mahupun Media Prima Berhad (MPB).
"Semua majikan di MPB juga tidak mempunyai masalah dengan saya. Apabila diberikan tugasan, saya akan melakukan 100 peratus komitmen, tanpa merungut mengenai apa-apa pun," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahan, Frutti Tutti, baru-baru ini.
Nabila berkata, program Melodi banyak mengajarnya perkara baharu mengenai bidang pengacaraan yang tidak pernah dilalui sebelum ini.
Malah, katanya, program hiburan yang dikendalikan itulah berjaya mengatasi ketakutannya ketika berdepan khalayak mahupun bercakap di hadapan kamera.
"Apabila bergelar pelakon, orang anggap kita senang berhadapan dengan kamera, tetapi sebenarnya tidak, susah. Tanyalah rakan pelakon lain, mereka turut dihantui perasaan gugup.
"Mungkin lakonan sudah jadi kepakaran dan datang semula jadi, tetapi bergelar pengacara, ia amat berbeza.
"Saya memang fikir banyak kali untuk terima tawaran. Tetapi, tidak salah untuk keluar dari zon selesa. Dan demi Melodi, saya keluar dari zon selesa saya.
IG Nabila
"Saya berusaha mengacarakan atas talian dan dari rumah berikutan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia jadi pengalaman saya dan pasukan Melodi yang tak pernah dilalui sebelum ini.
"Jadi, kami belajar bersama-sama. Program Melodi adalah salah satu kenangan terindah dan sudah tertulis dalam perjalanan kerjaya saya. Kalau ada tawaran lain, saya tiada masalah, tetapi kena melihat jadual kerja saya," katanya.
Terdahulu, Nabila mengumumkan pengunduran sebagai hos Melodi selepas setahun mengendalikan program popular itu pada 26 Jun lalu.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Wah dah setahun dia jd host melodi? Setahun jugak aku tak tgk melodi... |
|
|
|
|
|
|
|
Wujud lagi rupanya tutti frutti tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kertu dah sis, bertahun da x lyn melodi… memadai gosip retis diforum je jahh |
|
|
|
|
|
|
|
berlakon drama je kak
lagi bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Bosan. Mmg xde hos lain? Astro muka ain ni. Tv3 pun sama. Dhla bingit tah apa yg bestnya |
|
|
|
|
|
|
|
Utk hos melodi, I prefer yg bsahaja..xtry hard
Eg awal, hakak ogy + ahpek in those days
Sekian,
Warga emas
|
|
|
|
|
|
|
|
Bingit la Ain ni dan tak natural |
|
|
|
|
|
|
|
Ain x best. Mcm over skit. Abil pun x best gk. Suka awal, nmpak bersahaja |
|
|
|
|
|
|
|
Laaa kejapnya dah setahun. Rasanya baru je baca dia dapat offer hos melodi. Tak sempat tengok la |
|
|
|
|
|
|
|
lucky_peace replied at 4-8-2022 07:00 PM
Wujud lagi rupanya tutti frutti tu..
Tuti fruiti lain ni kan sis? Bukan kedai yogurt tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
Kira dia ni baik dgn ain..tp dgn manager ain tu dia xmau berbaik lg ke? Bkn main bff naw2 dlu holiday bersama2..lepas kes covid ritu mcm dh x bertegur sapa terus dh..ke dh baik? Iols yg x perasan |
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon dah le abil oii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade beza ke frutti tutti and tutti frutti... Mohon pencerahan.. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Ade beza ke frutti tutti and tutti frutti... Mohon pencerahan.. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Abil makan frutti tutti tu supplements utk kurus ke apatah.. Yg dulu2 tu kita makan aiskrim tutti fruit... |
|
|
|
|
|
|
|
melodi tibi berapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
berlambak sgt rancangan hburan ni. dok focus sgt kat retis msia ni hapa pun x guna. |
|
|
|
|
|
|
| |
|