|
View: 1173|Reply: 5
|
Tikam Anak Majikan Sampai Mati Sebab Tak Dibayar Gaji
[Copy link]
|
|
|
Seorang pemetik buah didakwa membunuh anak majikannya di sebuah ladang di Boston, England, Khamis lalu.
Saksi melaporkan, mangsa iaitu Lilia Valutyte berusia sembilan tahun sedang bermain dengan adiknya ketika dia diserang lelaki berkenaan.
 The Sun
Suspek dikenali sebagai Deividas Skebas, 22, berjaya ditangkap sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Lincoln pada 1 Ogos atas dakwaan pembunuhan itu.
Namun, dia hanya bercakap untuk mengesahkan nama, alamat dan tarikh lahirnya semasa pendengaran yang berlangsung selama dua minit.
Keluarga mangsa menyifatkan kejadian itu sebagai mimpi ngeri terburuk dalam kehidupan mereka, lapor Daily Star.
Dalam pada itu, polis juga tidak menolak kemungkinan sekiranya suspek bertindak kejam selepas tidak dibayar gaji oleh ibu mangsa yang mengendalikan ladang tersebut.
Bagaimanapun, kebenaran itu belum dapat dibuktikan kerana timbul penafian kaitan ibu mangsa dengan pengurusan ladang berkenaan.
 Lincolnshire Live
Rakan rapat keluarga itu memberitahu The Sun: “Mereka sangat bimbang. Mereka tidak dapat tinggal di rumah.
“Mereka bimbang pelaku ini masih boleh berada di luar sana. Mereka bimbang mereka boleh menjadi sasaran seterusnya.
“Ia amat mengerikan," ujar sumber itu lagi.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul la tak bayo gaji..
Alamatnya dok mana mana pung mangsa kau buru.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kejam betul orang sekarang
bunuh je..habis cerita, serem |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kpd mana2 persatuan bola sepak kt Msia.....Sila/mohon bayor gaji pemain2 dan staf anda semua... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sue_liah replied at 3-8-2022 03:36 AM
kejam betul orang sekarang
bunuh je..habis cerita, serem
Ramai orang gila sekarang ni. Tak dapat buat kat manusia, dia buat haiwan.
Mujur ada orang baik cepat selamatkan haiwan tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|