Sumber IG
Pelakon yang popular dengan filem Pontianak Harum Sundal Malam, Maya Karin, ingin mengekalkan statusnya sebagai pelakon filem dan mengakui belum terfikir untuk menerima mana-mana tawaran berlakon dalam drama.
Tidak mengejar populariti, pemilik nama sebenar Maya Karin Roelcke, 43, itu berkata, isu itu bukanlah hal besar yang boleh mengganggu perjalanan karier seninya.
"Untuk lakonan, saya akan kekal untuk filem sahaja. Setakat ini memang belum sentuh mana-mana projek drama televisyen.
"Saya tidak melihat ia sebagai satu masalah besar. Walaupun lama tidak muncul, masih ada peminat yang beri sokongan," katanya kepada mStar dalam temubual ketika pelancaran filem Abang Long Fadil 3.
Maya yang turut mengalami 'anxiety' teruk juga mendedahkan masalah itu kembali berulang apabila jadual kerjanya kembali sibuk selepas berehat panjang ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.
Selain berlakon, Maya turut terbuka untuk menerima kembali tawaran sebagai pengacara sekiranya program berkenana menarik.
"Selepas dua tahun tidak bekerja dan kembali terbabit dengan pementasan teater Puteri Santubong. Ketika ini memang rasa anxiety teruk sebab sudah lama tidak bekerja.
"Sekarnag ini masih membiasakan diri untuk susun semula jadual kerja termasuk lakukan persiapan mental.
"Kalau ada tawaran jadi pengacara, saya terbuka untuk terima jika program itu menarik. Mungkin rancangan berbentuk travelog. Saya boleh berjalan sambil bekerja," katanya. -CARI
|